Halaman

Selasa, 31 Mei 2011

Hukum Bercumbuan Tanpa Zina

1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).

3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)

5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.

Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;

- Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
- Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
- Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4516)

Wallahu a’lam.


p/s: Nak tengok kebaikkan yang dapat dari berciom? Tapi untuk dah berkahwin dah erk!. Yang belom tu dosa tanggung sendiri ok?!. klik sini --> Berciom Bagos?

Sekian.

Khamis, 26 Mei 2011

Kaki Bertaruh

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Leman yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menympan RM1000 nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. 
Apa kerja pak cik?

Pak Leman : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu 
dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan 
saya jangan haraplah nak menang. 



Pak Leman : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Leman : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan 
telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan 
bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada..

Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Leman.

Manager : Pak cik sorrylah ye. telur saya masih lagi ada.

Pak Leman : Betul ke? Aku tak percaya. Mari sini aku pegang. 

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Leman pun berkata..

Pak Leman : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Leman pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni 
pak cik tak dapat pergi bank lagi. ke3x

Tiba-tiba Pak Leman mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. 
Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Leman.

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Leman : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik, Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.

Manager : Tak guna punya orang tua.

p/s: watak disini tiada kaitan yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Sekian.

Rabu, 25 Mei 2011

Tujuh kalimah

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barangsiapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah & Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "

1. Mengucap Bismillahirrahmanirrahim pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Sekian.

Selasa, 24 Mei 2011

Gadis Melayu

Gadis Melayu? Sapa pernah jumpa sila bagitau aku, aku nak suruh mak bapak aku antar rombongan meminang! Lani ada lagi ka gadis Melayu ni? Macam mana rupa gadis Melayu tu? Cantik? Body lawa? Virgin? Berlesung pipit? Muka iras Lisa Surihani? Jalan kepit-kepit? Mai habaq aku sat.

Tapi Gadis
Melayu zaman sekarang pada aku adalah yang suka tunjuk lurah tet**. Jalan dengan penuh bergaya dan pakai seluar ketat. Baju bentuk "berbukit-bukit". Seluar londeh. Yang pakai legging pon aku rasa gadis Melayu jugak. Menonggek kiri kanan. Setuju?

Gadis Melayu zaman sekarang aku rasa dia tak suka dengar nasihat, tak suka terima pendapat orang lain, termasok mak bapak diorang. Lebih kepada diri sendiri yag betul. Takpun depa punya PAKWE. Betol? Tapi TAK SEMUA!. Kan? Gadis Melayu sekarang juga aku rasa dah pandai nak tegakkan benang yang basah. Yang salah pon dah jadi betol. Apa kes? Mana ang belajaq?

Gadis Melayu juga aku rasa zaman sekarang gedik-gedik. Kalau yang dulu-dulu tak gedik, tak percaya sudah. Gadis Melayu sekarang juga pandai menari, tak caya jugak? Boleh ampa tengok group GULA-GULA. Melayu kan? Gedik tak? Pandai menari tak?


Bagi aku Gadis Melayu DULU dengan lani dah BANYAK SANGAT beza. Tak caya? Tengok gambar Gadis Melayu yang DULU. Camna? Berkenan?

Oukeh! tengok yang SEKARANG pulak? 




TAPI ini yang berlaku hari ini pada GADIS MELAYU. Mungkin bagi gadis-gadis, lelaki yang salah. Tapi tak boleh jugak. Manakan pokok bergoyang kalau tadak angin. Renung-renungkan. Apa yang aku tulih hanyalah pendapat dari fikiran aku. Ampa punya taktau la macam mana. Maaf kepada yang terasa hati dan sekiranya ada kesilapan.

p/s: Jangan tanya aku pasal lelaki MALAYU terakhir macam mana sebab aku lelaki yang tak pandai menilai lelaki.

Sekian.

Ahad, 22 Mei 2011

Highway Terpanjang di Dunia

Okey nampaknya agak lama jugak aku tak bagi info nih. So, malam nih aku nak bagitau pasal Highway Terpanjang kat dunia. Ampa tau kat mana? Dari apa aku search kat incik Google, nih aku jumpa. Jom tengok.

Lebuhraya Pan Amerika adalah rangkaian jalan raya utama sepanjang hampir 48,000 km. Ia menghubungkan kebanyakan negara tanah besar utama di Benua Amerika dalam satu sistem rangkaian jalan raya, kecuali selang hutan hujan sejauh 87 km. Menurut Guiness World Records, Lebuhraya Pan Amerika adalah "jalan raya kenderaan bermotor" terpanjang di dunia.


Sebahagian besar rangkaian Lebuhraya Pan Amerika sudah siap sepenuhnya dan merangkumi dari Prudhoe Bay, Alaska, di Amerika Utara sehinggalah bahagian selatan di Amerika Selatan. Beberapa penghujung lebuh raya didakwa wujud, termasuklah bandar raya Puerto Montt dan Quellon di Chile dan Ushuaia di Argentina. Tiada jajaran khusus yang ditakrifkan di Kanada dan Amerika Syarikat, walaupun beberapa lebuh raya di sana dipanggil "Pan Amerika".

Lebuhraya Pan Amerika melalui pelbagai bentuk muka bumi dan kawasan iklim, daripada kawasan hutan tebal sehinggalah kawasan genting pergunungan yang sejuk. Memandangkan lebuh raya tersebut melalui banyak negara, jajarannya tidaklah sekata. Terdapat beberapa jajaran yang hanya boleh dilalui semasa musim kering, serta terdapat juga beberapa jajaran yang berbahaya.
Jajaran yang terkenal di sepanjang Lebuhraya Pan Amerika termasuklah Lebuhraya Alaska dan Lebuhraya Antara Amerika (jajaran antara Amerika Syarikat dan Terusan Panama). Kedua-dua jajaran tersebut dibina semasa Perang Dunia Kedua untuk menghantar bekalan ke kawasan pedalaman tanpa perlu menghadapt ancaman serangan bot-U.


Lebuhraya Pan Amerika melalui 15 negara berikut:-


Bagi tujuan pelancongan, bahagian utara Lebuhraya Pan Amerika di bahagian Amerika Utara kadang-kadang dianggap sebagai dibentuk daripada Lebuhraya Alaska, seterusnya melalui sepanjang pantai barat Kanada dan Amerika Syarikat, kemudiannya ke arah timur dari San Diego, California dan akhir sekali ke jajaran utama di Nogales, Arizona.

Sekian.

Jumaat, 20 Mei 2011

Tazkirah Jumaat

Tadi masa aku berblogwalking, banyak betol pasal malam jumaat. Tapi kebanyakkan untuk orang dah 'kahwin'. So, bagi orang macam aku nih yang tak kahwin lagi. Jom kita layan takzirah Jumaat nih.


Mari melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah. 



Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:- 


1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? 

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. 


Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia. 

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. 

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. 

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. 

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.



Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. 

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. 

Mengapa Ka'bah terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian. 

Khamis, 19 Mei 2011

Ragam Luar



RON 97 nak naik tak lama lagi? Awat ampa kalot? Bukan ampa pi gali, korek sendiri.

Mahal? Negara PENGELUAR minyak lain lagi MAHAL kot dari MALAYSIA.

Depa tak hingiaq macam ampa pon.

Bersyukur la sikit.

Haishh! Tak caya? Tengok ni..

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.



Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.



Terima Kasih Muhyidin! RAKYAT DIDAHULUKAN. 

Tahniah Najib Razak, Kerana berjaya melindungi daripada pengetahuan rakyat. BEWARE! :)

Tetapi tidak mengapa, kerana saya masih bersyukur kerana harga petrol di Malaysia masih lagi termurah di dunia termasuk juga lebih murah daripada Thailand dan juga Singapura.

Sumber: Dppk Klang

p/s: Al-Fatihah kepada pemilik blog Telordibasuh yang meninggal dunia pagi tadi. semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN

Sekian.

Selasa, 17 Mei 2011

Zaman Sekarang

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la"

Ucapan sebegini memang selalu kita dengar dimana-mana saja. Tapi bagaimana dengan yang ini?

"Mari lah rogol saya". Mesti kita tak pernah dengar kan tetapi, perbuatan wanita zaman sekarang (BUKAN SEMUA) seperti bermaksudkan sebegini. 

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!". "I love u sooo much honey". "aku tak boleh hidup tanpamu!"."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu". "Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu". "Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u".

Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama dia tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 30 hanya untuk 'topup' credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Ada yang sampai beratus-ratus ringgit. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?". "U ada kat mana?". "I miss u sayang". "U tak tidur lagi ke?. "U ada teman baru ke?". Itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang popular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu. Kenapa buat mak macam ni"?. Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?.

Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...puihhh!. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. keh3x..

Ada lagi yang ingin diluahkan

"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey". Wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. "Esok abang nak lagi boleh?". "No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju. Ada yang beraksi telanjang terus. Ada yang beraksi kat taman-taman. Ada yang beraksi kat depan masjid!. Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. Bengong!

Dua-Tiga minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenalah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa U tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". 

Jeng jeng jeng!!!

Hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. EMPAT Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!". Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari". Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. 

Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyayangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib. 

Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala-galanya!.

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.


Sekian.

Guwa terkena Beb!

Masih ingat dengan entry semalam yang sebelum nih? Ada aku cakap taip nak ceta pasal hantu buatan lak kan? Ingat dak? Lantak la ampa ingat ka dak. Nih aku nak start dah. Pi la ambik kuaci ka, milo panaih ka, cekodok ka, bleh makan masa baca kat bawah nih. Erk! banyak pulak melalut. Sori sori. :D

Okey aku nak start nih, jangan marah. Haish! 

Tempat: Rumah sewa PAS (warna hijau)
Masa: Tengah-tengah antara malam dengan pagi
Cuaca: Sejuk tapi tak beku
Pelakon: Aku dengan bebudak rumah sewa

Macam biasa malam-malam, lepas balik makan. Rutin kami ada yang melepak depan rumah sampai 2 3 pagi, main game PC laptop, makan lagi, bergayot dengan awek. Nih jadi masa kat rumah sewa lama. Masa tu aku sem 3. Rumah kampung tapi kembaq DUA bijik. Sebelah rumah aku ni membe jugak. 

So, kira DUA-dua rumah ni open la. Kadang-kadang lepak rumah sebelah, kadang-kadang rumah aku. Kalau kat rumah aku, bilik aku dengan ray(bukan nama sebenar) yang jadi mangsa. Biasalah bilik masteroom. Agak luas dan celuih muat dengan ramai rakyat pelarian nih.

Satu malam tu, membe aku Ray nih bukak idea yang agak extrem. Extrem tak la sangat tapi aku comfirm tak banyak yang akan buat benda nih. Dia plan nak mengusik membe aku sorang lani ni, cummie. Cummie ni buleh dikatakan penakot SIKIT la, tak banyak. Aku pon bukan berani sangat. Berani-berani takot jugak. Depa ni pakat buat si Ray ni jadi antu pucong then pi mengusik cummie nih. Bilik si cummie ni kat belakang. So, kadang-kadang tu kira seram sejuk jugak la.

Lebih kurang pukoi 2 pagi kot, depa ni dok mekap si Ray ni kat umah sebelah. Aku time tu tengah saket pala. So, tak la join diorang mekap. Lagipon aku tak setuju sangat buat benda gila tu. Bodo! Kalau mai yang betoi tak ke naya?. Tapi dengan ramai yang sokong kira ikot majoriti la. HAHA! 

Then, tang! tang! tang! tang! 

maka siaplah lord of the rings Hantu Pocong Buatan! *jangan tengok kalau ada kencing manis, sakit jantung, ketuat, dan buasir.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Amacam? mau FIGHT? HAHA! bodo budak-budak nih. Mekap jadi sial!

Okey, sambung..

Masa dah siap nih, ada membe aku mai kejut aku tido. Aku masa tuh dengan saket kepala ya amat. So, terbantut la hajat nak join tuh. 

Aku cakap "takpa lah, aku nak tidoq, saket pala nih"

Membe aku nih gerak la pi umah sebelah. Masa tu si cummie dah tidoq kat bilik belakang. Masa geng Hantu Buatan ni nak masok rumah aku, sampai kat pintu aku dengar depa ni dok tahan gelak ja. Aku jaga lagi time tuh. Membe aku yang seko tu tak bagitau kat si Ray ni aku saket pala, dia ingat aku saja tido.

Entah macam mana, aku pon tak sedar time mana aku tetidoq. Pastu aku asa ada orang dok cuit kaki aku. Aku ingat membe aku tadi ni kejut lagi nak ajak join. Kira nak sound ja. Tapi alih-alih bila aku bukak mata siket. 

Nahhh!!! hambik kau! 

Ada natang dok melompat-lompat dok depan aku sambil sepak-sepak kaki hujung kaki aku.

Celaka! aku cuak sial. Yang lain aku tak ingat, aku pikir DUA ja. Aku nak ambik pisau bawah bantal aku nak baling tapi tak jumpa. Then, aku capai helmet tepi aku tuh, elok nak hanyun. Baru aku nampak muka si Ray nih. 

Gampang! 

Padahal warna biru kot pocong tuh. HAHA! 

Guwa terkena Beb!

Tapi depa ni bukan rancang pon pasal aku, last-last si cummie tu terkejut dengar aku jerit. Dia pon keluar bilik, tengok-tengok POCONG BIRU tu dok depan dia. Mau pucat muka budak tu.

Memang gampang la sekor-sekor punya perangai.

Buat DUA kali, kali ke-dua tu membe aku sorang lagi, Asswat kena. 

p/s: Kali ke-DUA budak rumah sebelah, Acap nampak yang REAL kat depan rumah bawah pokok pelam mangga dengan mata merah.

Sekian.

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru!


Bayangkan jika aku tidak pernah menerima hukuman? mesti hidup aku tidak seperti sekarang. Bayangkan jika sekalipun aku tidak pernah kena marah serta dirotan, bagaimana agaknya kurang ajar aku sekarang?

Semoga kesihatan kalian bertambah baik dan dipanjangkan umur. Terima kasih kerana merotan, ciom, memulas perut, ketuk sana sini, dan memarahi aku selama aku bergelar anak muridmu.
 
Ketahuilah jasa baktimu akan ku kenang sampai mati. Tanpa kalian aku tak akan melanjutkan pelajaran hingga ke IPTA sekarang. Love You All. *cikgu pompuan lawa-lawa sahaja*. :D HAHA!.

p/s: Lama tak jumpa cikgu sekolah rendah. 

Sekian.

Satu Malam

Malam tu, bebudak rumah sewa aku campor la dengan budak kelas aku then membe housemate aku masing-masing bizi tengah ngadap buku. Biasalah darah muda, last minit baru kalo study termasok jugak aku. Lebih kurang pukol 12 masing-masing still berjaga dengan buku nota dan soklan past year. Pintu still terbukak walaupon mak bapak aku pesan tak baik rumah depan simpang bukak pintu ternganga luas-luas. Senang orang taruk 'benda'.

Dengan perangai tak ubah yang tak hairan pasal benda-benda tuh. Aku abaikan, bukan sengaja TAPI terlupa. Okey! masa untuk rest otak yang padat selepas 2 jam sengah bergelumang dengan teori-teori serta fakta yang aku meluat tengok. Shit!

Ada yang keluaq pegi top-up. ada yang main game. ada yang tengah bancoh air kat dapor. Aku? Macam biasa sembang kosong kat ruang tamu.

Tengah lepak-lepak, sambil makan kacang + tarik sepam dua. Masing-masing usha aku lepas bunyik tapak kaki kat luar rumah. Masa tuh aku duduk lebih kurang 10 langkah dari pintu. Kira bertentang la. Bebudak ni pulak duduk depan aku. Then, elok lepas bunyi tapak kaki tuh, dengar macam orang baling kacang kat luar rumah jugak. Aku dengar kedua-dua tuh. Yang lain usha aku lagik.

Salah sorang tu tanya "ada sapa mai?" Aku jawab "tak dak sapa pon" sambil usha-usha luar kot ada membe-membe sekaki yang lepak sama-sama mai. 

Elok ja aku toleh muka ke luar then nak ambik kacang kat depan aku nih. Aku nak nampak macam ada 'benda' lalu kat depan rumah. Warna itam pekat, besar kambing, TAPI macam anjing. 

"FUCK! menatang apa?" Bisik ati aku.

Tapi pandangan tu nampak setakat sekali imbas saja sebab terlindung dengan keta dengan motor kat luar rumah. Masa tuh bulu-bulu aku jangan tanya la, mau 90 darjah cacak.

Tapi aku tak bagitau kat sesapa pasal benda tuh. 

Abaikan. Mungkin hanya menguji aku dirumah sewa baru nih. Maklumlah kami penyewa pertama selepas DUA tahun tidak berpenghuni.

++++++++++++++++++++++

Masa nak tido malam tuh, lebih kurang pukol 3 pagi kot. Aku tak sure, Elok nak lelap mata aku dengar macam kucen lari kat atas syiling rumah. Celaka! kucen nih pagi-pagi buta main kejar-kejar nak romen ke ape. 

Tersentak dengan tuh, roomate aku usha aku. Baru aku teringat. Erk! atas syiling macam mana kucen naik. Padahal mana ada ruang nak masok. Tak kan tuan rumah ni bela kucen atas syiling kot. Bodo ka apa?!

Lantak la kau kucen. Kau nak lari ke, kejar-kejar ke, romen ke, jangan kacau aku cukop. Esok aku exam la bodoh!.


Dalam ati aku tak pikir benda alah tu kucen, sekadar menyedapkan ati. Bukan takot, orang tua-tua cakap kalau ada "benda-benda" nih abaikan jerk. So, aku ikot cakap depa.

Elok ja tido lebih kurang setengah jam kot, aku terkejot macam bunyi benda jatoh kat dapor. Pinggan kot kalau tak silap. Bengong! dah la payah nak tido, bunyi benda-benda alah pulak. Erk?!! sapa basuh pinggan kat dapor? Tapi lampu tutop. Aku usha membe aku kat sebelah, Ada. Gila ke apa basuh pinggan dalam gelap. Sumpah! memang sah aku dengar orang tengah basuh pinggan kat dapor, bunyi air, pinggan berlaga-laga dengan singki. Aku mula tak sedap ati.

Tarik selimut. Tidor. Lantak la kau nak basuh pinggan ke, toilet ke. mop lantai ke. Esok aku ada kelas, mengantok la bongok!

Esok tu lepas balik kuliah aku tanya bebudak rumah sewa aku "Ampa ada mangkit pi kat singki semalam?"

Masing-masing jawab "Tadak pon, kami bangon pagi ni baru jaga". 

Gurlpp! Shit! rumah ni pon sama macam rumah aku sewa sebelom nih. Takpa. "Kau" buat kerja "kau", aku buat kerja aku. 

p/s: Nanti aku ceta pasal hantu buatan. keh3x.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...