Halaman

Isnin, 2 Mei 2011

Perginya Osama bin Laden

Pengasas dan pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden telah terbunuh dalam satu serangan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad, Pakistan, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama pagi ini (waktu Malaysia).
Jenazah Osama yang menjadi buruan AS sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di ibu negara Pakistan selepas dipantau sejak tahun lalu.
Obama mengesahkan laporan itu menerusi satu ucapan disampaikan ke seluruh negara itu (sekitar 11.30 pagi ini, waktu Malaysia).
Media AS menyiarkan secara langsung ucapan itu.
“Malam ini (waktu Washington), saya boleh melaporkan kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa AS telah mengadakan satu operasi yang membunuh Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda, dan seorang pengganas yang bertanggungjawab ke atas kematian beribu-ribu orang yang tidak berdosa,” kata Obama dalam ucapannya.
Kata Obama, sejurus selepas mengambil alih jawatan presiden pada Januari 2009, beliau telah mengarahkan Pengarah CIA Leon Panetta untuk menjadikan penangkapan atau pembunuhan Osama sebagai keutamaan perang mengatasi Al-Qaeda.
“Kemudian pada Ogos lalu, selepas kerja penat bertahun-tahun oleh komuniti risikan kita, saya diberi taklimat mengenai kemungkinan tangkapan Osama. Ia jauh daripada kepastian. Dan, ia mengambil masa berbulan untuk mengadakan operasi ini.
“Saya berulang kali bertemu dengan pasukan keselamatan saya ketika kami menghimpunkan lebih banyak maklumat mengenai kemungkinan bahawa kami telah mengesan tempat perlindungan Osama di satu kawasan dalam Pakistan,” katanya.
Kemudian pada minggu lalu, kata Obama, beliau pasti bahawa AS mempunyai maklumat secukupnya untuk mengambil tindakan dan telah memberi kelulusan bagi operasi membawa Osama ke muka pengadilan.
“Hari ini, atas arahan saya, AS melancarkan opersi yang disasarkan ke atas kawasan di Abad Abad, Pakistan,” kata Obama lagi.
“Selepas kejadian tembak-menembak, mereka membunuh Osama dan memperoleh jenazahnya,” katanya.
Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.
Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.
Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.


Berikut adalah petikan akhbar dari Berita Harian.


"Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam serangan yang dilakukan tentera Amerika Syarikat (AS), kata Presiden AS, Barack Obama dalam satu pengumuman menerusi televisyen negara itu, sebentar tadi."


Yang nyata seandainya kematian ini benar, akan lahir ramai lagi "Osama" yang menuntut pembelaan di atas kematiannya.

p/s: betoi ka Osama Bin Laden tu wujud? sure?

Sekian.

8 ulasan:

fadhdeela berkata...

yeke?ke gimik diaorg jer..nak mengkaburi mata kita smua..huhuhu

Meh sini: Video Marshanda Nikahh!! giler smart

Sini jugak: Trip to Penang!!Besttt!

GamUHU berkata...

fadhdeela: wallahualam..maybe betol. maybe tak. kalo tak silap. Tim Osman dan Osama Bin Laden orang yang sama.

E's berkata...

btoi ka da ko bliau neh?

GamUHU berkata...

E's: tiktau nak kata la. betoi la kot.

アヌム ちゃん~~ berkata...

Salam.visit here^^ nice blog.keep blogging :)
Feel free to read my new entry @ frommetoyou~
(^____^)

GamUHU berkata...

アヌム ちゃん~~: salam, thanks singgah. ouke.

sitinurfaeezah berkata...

tq sebb anda merupkn follower sy y ke 777.. sila ke link d bawah yer.. :)

http://inisayapunyacerita.blogspot.com/2011/05/777.html

GamUHU berkata...

sitinurfaeezah: welcome. btw thanks promote.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...