Halaman

Sabtu, 14 Mei 2011

Nostalgia Sekolah Rendah

Bila masuk cuti panjang macam ni, kadang-kadang rasa macam nak pecah kepala ja. Bosan gila. Duduk terperap dalam bilik macam gadis sunti sambil online. Tapi 2 3 arini tak la bosan sangat. Boleh pi tolong tuan rumah pi bendang.

Aku ni kalau larh anak dara tanpa tengok muka, mau berpuluh ribu jugak duit hantaran nih. Paling tak dua doploh ribu dalam tangan boleh dapat. Bukan riak! mana taknya, anak dara pure kot. Duduk umah 24 jam. Kalau ada 25 jam tuh. 25 jam la gamaknya. Setakat nak memasak(senang-senang jerk), kemas rumah, pasang langsir, basuh baju guna berus sabut, sidai kain, dan macam-macma lagi la pasal rumatangga ni,celah jari jerk. So, kira tak banyak la dalam doploh ribu tuh. Termasuk la pakej urut dan segala bagai. HAHA! berbaloi-baloi.

Zaman lani, kalau masok part duet kawen, demand nak 5 angka. Pastu, nombor-nombor plak kena susun elok-elok, Paling tidak ikot tarikh lahir la. takpun RM 22,222.22. Tarikh nikah pon sama jugak. Nak yang style macam 11.11.11. Ada sapa-sapa nak kawen time ni?

Tapi selalu yang jadi, lepas 2 3 bulan kawen, si laki mula makan kat kedai mamak. Otak pon serabot pikir si bini kat umah. Mana taknya. Keja satu hapa pon tak bleh buat. Masak nasik pon nasik kat bawah dekat seinci jadi kerak. Boleh kata suma tak kena. Dulu sebelom kawen lain. Arghh! apa aku melalut. Cukop!.

+++++++++++++++++++++++

Tengah berblogwalking tadi lepas makan. Tetiba aku teringat pasal kenangan dulu-dulu

Kenangan masa masih menuntut dan bergelar budak sekolah rendah.

Masa pagi-pagi siap lawan lagi dengan membe-membe aku sapa pi skolah dulu. Lawan sapa dulu letak gerek (basikal) kat tepi tiang paling tepi. HAHA! time budak-budak walaupun dah darjah 6. Tapi aku asyik number 2 jerk. Mana taknya, membe aku nih anak tauke kantin. So, dia pi awai la dari aku. Aku start pi skolah dengan gerek masa darjah 3 kot kalo tak silap. Tu pon lepas aku dapat adik. Yayy!! hakhak! bukan apa sian kat mak aku nak jaga adik lagi.

Time skolah tu aku ada tabung. Korang ada tabung? aku ada tabung Gajah dapat dari BSN. keh3x. Kira mak bapak aku bukak akaun kat BSN kami adik beradik dapat la sorang satu. Pastu siap kena tanda lagi, takot tetukaq, yang aku punya ada ikat riben merah kat leher gajah tuh. 
Balik ja sekolah mesti simpan dalam tabung nih tak kira la duet ketas ke syiling. Tapi yang banyak syiling. Tunggu raya kalau duet ketas pun. Time sesak-sesak penah jugak aku korek tabung nih. Naseb la mak bapak aku taktau. Kalau tak silap nak beli keta mainan tuh. dash yonkuro. Mana tahan suma kawan-kawan aku ada. Nak tak nak aku berani jugak korek. Naseb lepas. Hakhak!.

Then, kalau kat sekolah, aku nih dulu ex-pengawas masa darjah 4 sampai 6. Tapi perangai lebih dari jemuan setan. Seronok jaga kelas time cikgu mesyuarat. HAHA! bebudak pengawas ni larh jadi otai masa tuh. Buleh merayap ja pi mana pon sambil jaga kelas. Cewahh! ingat aku lekeh sangatKAH? :P


Paling best kalo lori milo datang. Dapat minom pree. Tapi beratur ambik sorang satu je. Kalau dah jahat nakal tu macam-macam cara ada. Sampai tukar baju, bagi abang milo tu tak cam masa pi ambik. Mula-mula pakai baju sekolah, pastu tukar pakai baju sukan. Naseb tadi ada PJK. Takpun pakai songkok. Then pi kali kedua tak pakai. Lepas dah satu. Dapat DUA gelas. Padahal milo kat umah haram tak melantak. Saja gatai.

++++++++++++++++++

Kat umah, time tadak duet malas nak korek tabung takot kantoi. Malam-malam tengok ja tuan rumah tengah baring-baring tengok Buletin Utama kat tb3 tuh. 


"Abah, mai orang nak cabut uban abah"

tuan rumah pandang muka mak. Mak yang tengah lipat kain sambil ajaq adik mengeja tu pandang muka tuan rumah. Pastu mak bersuara..

"Haa, tu ada apa nak beli tu nak duet, Tak gadoh suruh dah mai dah. Makalau tak, seksa nak mintak tolong"

Ades, kena pulak. Macam tau-tau aku ada agenda lain. Keh3x. Tapi aku dengan muka dono teroskan kerja mencari. Alih-alih dapat jugak habuan 3 4 hinggit. Buleh beli mercon. :D

Takat ni ja kot aku story, malas nak taip dah ni. Jom pi BW pulak. Babai.

p/s: rindu sekolah masa pakai seluar biru tua dengan tangan lencana di dada dulu.


*Aku dah post entry ni tapi lepas blogspot down sebab under maintenance tengok-tengok ada dalam entry yang belom dipost. Tak paham aku.

Sekian.

6 ulasan:

Siti Mashitah Saidin berkata...

air milo free ngn air kotak tuh slalu ingt.. hehe

GamUHU berkata...

HAHA! hanya tinggal sejarah..

cik teyn teyn berkata...

rindu zmn muda ke?? hehe

bab cabut uban tu , kite sama. hahahaha

GamUHU berkata...

cik teyn teyn: teringin nak muda balik. yeshh! ada geng. :p

Nur Amanina berkata...

alahai, rindu pulak sekolah rendah. dpt air milo bagai -,-

GamUHU berkata...

Nur Amanina: jom jom..masok balik. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...