Halaman

Selasa, 17 Mei 2011

Guwa terkena Beb!

Masih ingat dengan entry semalam yang sebelum nih? Ada aku cakap taip nak ceta pasal hantu buatan lak kan? Ingat dak? Lantak la ampa ingat ka dak. Nih aku nak start dah. Pi la ambik kuaci ka, milo panaih ka, cekodok ka, bleh makan masa baca kat bawah nih. Erk! banyak pulak melalut. Sori sori. :D

Okey aku nak start nih, jangan marah. Haish! 

Tempat: Rumah sewa PAS (warna hijau)
Masa: Tengah-tengah antara malam dengan pagi
Cuaca: Sejuk tapi tak beku
Pelakon: Aku dengan bebudak rumah sewa

Macam biasa malam-malam, lepas balik makan. Rutin kami ada yang melepak depan rumah sampai 2 3 pagi, main game PC laptop, makan lagi, bergayot dengan awek. Nih jadi masa kat rumah sewa lama. Masa tu aku sem 3. Rumah kampung tapi kembaq DUA bijik. Sebelah rumah aku ni membe jugak. 

So, kira DUA-dua rumah ni open la. Kadang-kadang lepak rumah sebelah, kadang-kadang rumah aku. Kalau kat rumah aku, bilik aku dengan ray(bukan nama sebenar) yang jadi mangsa. Biasalah bilik masteroom. Agak luas dan celuih muat dengan ramai rakyat pelarian nih.

Satu malam tu, membe aku Ray nih bukak idea yang agak extrem. Extrem tak la sangat tapi aku comfirm tak banyak yang akan buat benda nih. Dia plan nak mengusik membe aku sorang lani ni, cummie. Cummie ni buleh dikatakan penakot SIKIT la, tak banyak. Aku pon bukan berani sangat. Berani-berani takot jugak. Depa ni pakat buat si Ray ni jadi antu pucong then pi mengusik cummie nih. Bilik si cummie ni kat belakang. So, kadang-kadang tu kira seram sejuk jugak la.

Lebih kurang pukoi 2 pagi kot, depa ni dok mekap si Ray ni kat umah sebelah. Aku time tu tengah saket pala. So, tak la join diorang mekap. Lagipon aku tak setuju sangat buat benda gila tu. Bodo! Kalau mai yang betoi tak ke naya?. Tapi dengan ramai yang sokong kira ikot majoriti la. HAHA! 

Then, tang! tang! tang! tang! 

maka siaplah lord of the rings Hantu Pocong Buatan! *jangan tengok kalau ada kencing manis, sakit jantung, ketuat, dan buasir.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Amacam? mau FIGHT? HAHA! bodo budak-budak nih. Mekap jadi sial!

Okey, sambung..

Masa dah siap nih, ada membe aku mai kejut aku tido. Aku masa tuh dengan saket kepala ya amat. So, terbantut la hajat nak join tuh. 

Aku cakap "takpa lah, aku nak tidoq, saket pala nih"

Membe aku nih gerak la pi umah sebelah. Masa tu si cummie dah tidoq kat bilik belakang. Masa geng Hantu Buatan ni nak masok rumah aku, sampai kat pintu aku dengar depa ni dok tahan gelak ja. Aku jaga lagi time tuh. Membe aku yang seko tu tak bagitau kat si Ray ni aku saket pala, dia ingat aku saja tido.

Entah macam mana, aku pon tak sedar time mana aku tetidoq. Pastu aku asa ada orang dok cuit kaki aku. Aku ingat membe aku tadi ni kejut lagi nak ajak join. Kira nak sound ja. Tapi alih-alih bila aku bukak mata siket. 

Nahhh!!! hambik kau! 

Ada natang dok melompat-lompat dok depan aku sambil sepak-sepak kaki hujung kaki aku.

Celaka! aku cuak sial. Yang lain aku tak ingat, aku pikir DUA ja. Aku nak ambik pisau bawah bantal aku nak baling tapi tak jumpa. Then, aku capai helmet tepi aku tuh, elok nak hanyun. Baru aku nampak muka si Ray nih. 

Gampang! 

Padahal warna biru kot pocong tuh. HAHA! 

Guwa terkena Beb!

Tapi depa ni bukan rancang pon pasal aku, last-last si cummie tu terkejut dengar aku jerit. Dia pon keluar bilik, tengok-tengok POCONG BIRU tu dok depan dia. Mau pucat muka budak tu.

Memang gampang la sekor-sekor punya perangai.

Buat DUA kali, kali ke-dua tu membe aku sorang lagi, Asswat kena. 

p/s: Kali ke-DUA budak rumah sebelah, Acap nampak yang REAL kat depan rumah bawah pokok pelam mangga dengan mata merah.

Sekian.

16 ulasan:

nub berkata...

tudiaaa dia mai betoi2 oo. haha

~~Ticer Wann~~ berkata...

sapa suh panggil dia sangat... kan dah kena.. haha

AiDa AzRyN berkata...

LOL.. XD

GamUHU berkata...

@nub: dia datang dengan lenggang lenggoknya. :P

@Ticer Wann: Nak berkenalan. :D

@Aida Azryn: keh3x. :)

I'm not a girl , not yet a women berkata...

gila. beraniy main2.

GamUHU berkata...

eyka: HAHA! hidup hanya sekali. kita ENJOY!

biha a.k.a PETOM berkata...

wah,..maen2 skali trkena btul2 lak kang..haha

GamUHU berkata...

cik johok: HAHA! InyAllah tak. :D

fRaMe+LenSeS berkata...

terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum Nadh nk pomot, join contest Aku Ingin Berubah sahabat Nadh,,.

Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

GamUHU berkata...

@frame+LenSes: sama-sama. menulis hanya suka-suka. thanks for ur info. :)

cik gagento berkata...

best sgt2..

GamUHU berkata...

@cik gagento: thanks. :)

Republic Aku berkata...

bukan dia datang nak tanya tu,mana hang dapat uniform kaler biru ....jeles kot ...berzaman pakai kaler putih...boring arr...

GamUHU berkata...

HAHA! dia tak dan nak tanya kot. kalau tak aku nak jawab. Guna NILA pon buleh. :D

ghuzwatul qolam berkata...

Pocong lah! Pocong! Bukan Pucong.

Puchong tu tempat aku tinggal. Ahaha.

GamUHU berkata...

@ghuzwatul qolam, sama ja bunyi. TAPI takdak "h". :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...