Halaman

Khamis, 5 Mei 2011

Harga Minyak Naik Lagi!!

Okey! bagi yang belom tau tuh. Nih aku nak habaq mai. Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 0.20 sen menjadi RM2.90/liter dan menjadi SEJARAH terbaru dalam aspek kenaikkan minyak di Malaysia.

Haa! ampa tau dah? Jangan risau ni ada lagi aku nak habaq.
azlan
Bagi pengguna minyak RON 95, tidak berlaku kenaikan dan harga masih kekal RM1.90/liter buat masa ni, masa lain taktau lagi la. Dalam kenyataan aritu kerajaan mengatakan harga minyak tidak akan dinaikkan selepa pilihanraya Negeri Sarawak 2011. Tapi lani macam mana? Aku bukan nak berpolitik kat sini. Lagipon aku TAK SUKA politik. Tapi apa dah jadi lani? Dulu lain, Sekarang lain. Macam mana rakyat nak caya? 

Haa! kali ni apa pulak alasan? Minyak dunia naik lagi? Pada hari pengumuman kenaikkan harga minyak sebelum ni, harga minyak mentah pasaran dunia sekitar $115. Tapi lani berapa? baru $110, boleh naik 20sen pulak tu.


RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON 95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Okey! kerajaan yang baik hati, kena la pikir apa kesan kenaikan ni. Bukan harga minyak ja naik. Harga barang-barang lain pun terikut sama. Mula la peniaga menaikkan harga barang sesuka hati. Makcik-makcik karipap, cucoq badak, goreng pisang, atas alasan minyak naik. Padahal bukan guna ataupun hantaq guna minyak RON 97 pon!. Takkan la nak jadi macam yang dok jadi dah baru kerajaan nak bukak mata, jadi macam Libya dan Mesir baru nak bertolak ansur. Tolong la, jangan jadi macam tu.

Mungkin apa yang dipikirkan rakyat Malaysia tak kan buat, tak sampai hari. TAPI, kalau asyik kena "tenyeh" kepala ja tetiap tahun, sampai macam-macam masalah timbul, inflasi, makan susah, harga barang naik terlampau, kejadian tersebut tak mustahil terjadi. 

So, pikir-pikirkan LAH! apa reaksi rakyat terhadap kenaikkan ni dan apa tindakan mereka yang BERKUASA. 
"rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"
sumber: malaysiakini

Sekian.


9 ulasan:

HonEyBuNNy berkata...

salam ziarah....;-)

minyak ohh minyak...;_)

GamUHU berkata...

HonEyBuNNy: thanks ziarah. minyak dah naik. :)

HEROICzero berkata...

Terima kasih Barisan Nasional.

GamUHU berkata...

HEROICzero: yesh! sebab naikkan harga minyak. :)

adib syazwan berkata...

pergh!melampau betul!

GamUHU berkata...

adib syazwan: rakyat didahulukan pencapaian diutamakan!

nelly berkata...

semua nak naik ~
=='

hawasumiri berkata...

mhalnya.. mcm ne nnt tahun 2020, bertambah2 mahal la..

GamUHU berkata...

nelly: naik jangan tak naik, pangkah jangan tak pangkah. ucapkan terima kasih.

hawasumiri: barang makin naik. negara makin? sama-sama kita tengok perubahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...