Halaman

Isnin, 31 Januari 2011

RON97 NAIK 10sen Lagi


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.


Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.  Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu. Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.


Sumber: malaysiakini

Sekian.

Lu Langsi Lu Mati

Ok! kali nih plak aku nak wat entry pasal ceta baru. Kali nih filem baru terbitan MIG Productions Sdn Bhd yang akan ditayangkan pada  12 May 2011 iaitu Filem Terbaru – Kongsi dengan taglinenya Lu Langsi Lu Mati. Filem aksi komedi yang mendapat tempat aku rasa untuk kali ini  kerana pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam (Adnan Sempit) dan Norliana Samsudin turut menjayakan filem Kongsi ini. 
Antara barisan pelakon dalam filem ini adalah Tumulak (Shaheizy Sam), Norliana Samsudin (Detektif Maya), Fizo Omar sebagai ASP Shariff, Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Shafie Jaafar (Tok Malik), Pooniah (Victor), Chew Kin Wah (Jimmy). 
Haa! tu la pelakon-pelakon ceta nih. Then, aku nak habaq bout sinopsis dia plak. Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.
Kat bawah nih aku bagi Trailer ceta nih. Tengok jangan tak tengok. HAHA! =p
video
Haaa! tamat pasai entry kali nih. Jadi tunggu la filem nih yang depa tayang kat panggung wayang dekat-dekat ngan ampa.  Kalo ampa nak ikot story pasal ceta nih bleyh la usha-usha kat facebook.

Dulu ang kata

Dulu ang kata ang dah berubah
Tapi tak sampai 2 bulan, ang jadi camni
Ang tipu aku 

Dulu ang kata ang nak setia 
Tapi tak jugak
Ang tipu, tipu. tipu aku


Dulu ang kata ang dah takmo tipu-tipu
Tapi ang tipu jugak
Ang tipu, tipu. tipu aku lagi

Dulu ang kata ang tak kan buat macam orang lain buat kat aku
Tapi ang pon sama, buat jugak!
Ang tipu, tipu. tipu aku lagi

Dulu ang kata ang nak aku sorang
Tapi ang lani? ang cari lain!
Ang tipu, tipu. tipu aku lagi

Dulu ang kata aku dah berubah, nak aku macam dulu
Tapi bila aku dah berubah, ang lari
Ang tipu, tipu. tipu aku lagi

Dulu ang kata aku tak pertahankan apa aku nak
Tapi bila aku dah pertahankan?
Ang tipu, tipu. tipu aku lagi


Dulu ang kata ang takot ilang aku
Tapi lani? sapa ilang sapa?
Ang tipu, tipu. tipu aku lagi


Dulu ang kata ang dah tak curang sekarang
Tapi ang curang jugak
Ang tipu, tipu. tipu aku lagi


keja tipu, tipu. tipu aku lagi. Bila nak abih?

Arhh! sudah la GamUHU ang merepek tengahari rembang nih. Toksah bajet banyak orang baca blog ang. Bukan femes pon. Tak abih-abih ang merepek. Angau erk? =p

Sekian.

Masalah Mulut Berbau


Halitosis disebabkan sisa makanan di celah gigi, gusi bermasalah

MASALAH mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.

Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?

Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.

Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin utaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.

Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.

INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau
  • Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
  • Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap
  • Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda
  • Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.
Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:

1) Minum teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

2) Minum banyak air
Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.

3) Penggunaan herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

4) Belajar mengawal tekanan
Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

5) Berhenti merokok
Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.

Sumber: Google

Sekian.

Ahad, 30 Januari 2011

Aku Taktau

Aku taktau ang macam tu
Aku taktau ang macam nie
Aku taktau ang sanggop buat semua nih
Aku taktau ang jenih orang macam nih
Aku taktau ang hanya berMAIN
Aku taktau apa sebab ang buat macam nih
Aku taktau macam mana kita jadi macam nie
Aku taktau apa salah aku pada ang
Aku taktau ini suma akan terjadi
Aku taktau aku penah terpikir suma nih
Aku taktau ada jugak orang macam nie
Aku taktau angLAH orangnya
Aku taktau apa yang dah lepas adalah kehendak ang 
Aku taktau ang sengaja 
Aku taktau aku MANGSA
Aku taktau ang buat aku MAINAN


Hanya aku taktau, aku SAYANG ang sorang


Sekian.

Loghat Peghelih 3

Huhh! mengantok la plak tengah arinih. Dah la semalam tidoq pukoi 5++ dah. Nih angkara bola la neh. start pukoi 8:20 sampai la 4:55pg. Sekali empat game da aku bantai tengok semalam. |Everton 1 vs 1 Chelsea|Australia 0 vs 1 Japan| Southampton 1 vs 2 Man Utd|Hercelus 0 vs 3 Barcelona|. Dengan angin kat luaq kuat gila-gila. Kuaq town pon tak besh tadak awek kawan. Hidop bujang cenggini la nampaknya. Ekeke!. Haa!! bertemu lagi kita yea murid-murid. Harini cikgu keleboq nak ajaq loghat utara yang seterusnya iaitu pada kelas yang ke-3. So, sama-sama la kita ikuti pembelajaran arinih. yang tak betoi tu datang dari saya, dan yang betoi tu dariNya. Kita mulakan yea? Bismillah hir rahamaan nir rahim..

101. Pelepoh = kena pukul
102. Dangau = Pondok
103. Lengat = Kukus 

104. Seluit = Lumpur yg kene dekat pakaian atau lumpur yg sikit
105. Kernyeh = Sengeh, Senyum lebar
106. Main Kut = Main kutu
107. Biji tujuh = Batu seremban
108. Panking = Kerusi Panjang / Bench
109. Eboit-Eboit = Orang yg gemuk berjalan lenggang lenggok
110. Belengaih = comot
111. Belutin = errr...belengaih di ketin kot...
112. Ketin = betis?
113. sentap ketengkoi = cramp (orang melayu kata apa tah?)
114. honaq = loyar buruk @ nakal (macam loqlaq gak tu-jahat tangan)

115. Seluloi = selalu
116. Kerap = berulang-ulang kali
117. Ceroi = cair
118. Demah = Bertungku
119. Lagha = sia sia 

120. Penat = Letih

contoh : "Tak nak pi laa hari ni, penat." maknanya, Tak mahu pergi hari ni sebab LETIH.

121. Mangkit/Bangkit = Bangun
122. Kebas = Semut-semut

contoh : "Tunggu sat aku takleh mangkit ni, kaki kebas" maknanya, Tunggu sejekap aku tak boleh bangun kaki semut-semut.

123. Kêrek = Kedekut/Belagak

contoh : " hang jangan nak Kêrek kat aku" maknanya, "Kamu jangan kedekut dengan aku"

124. Setboit = Almari
124. Biruu = Almari baju
125. Lenga = Bijan

contoh: "Hang pi kedai beli lenga lima kupang" maksudnya, " Kamu tolong pegi ke kedai belikan bijan lima puluh sen"

126. Meregha = Benda
127. Serengkoi = Setandan/sejambak
128. Gena = macam mana
129. Gitu = Macam tu
130. Pepak = Kunyah
130. Jemerkat = Kelam-kabut / clumsy
131. Celuih = Muat

contoh : "Takyah sumbat la dah tak celuih doh ni" maksudnya, "Jangan masukkan lagi sebab dah tak muat"

132. Cemuih = Benci / Meluat
133. Jerkah = Jerit / Tengking
134. Cekelat = Gula-gula
135. Belanga = Kuali
136. Tuli = Pekak / Kurang pendengaran
137. Selek = Sapu

contoh : "Chek tengah selek cat kat pintu ni" maksudnya, "Saya sedang sapu cat di pintu"

138. Sêpak = Lempang

contoh : "Aku sêpak budak ni sat lagi ha, ketegaq sungguh" maksudnya " Aku lempang budak ni karang, degil sungguh"

139. Buah ulu = Baulu
140. Kuih Goyang = Kuih Loyang / Sarang
141. Mengala = Membajak
142. Tangala = Pembajak
143. Megheka = Buat pasal
144. Teriak = Menangis
145. Chek = Saya / Gantinama manja diri

contoh : "Chek nak pi Pekan sat" maksudnya, "Saya nak ke Bandar / Kangar"

146. Membo = Kawan
147. Keloloh = buat lawak lebih-lebih / gelak lebih-lebih
148. Tikmau = Tak Mahu
149. Celepa = Balang kecil
150. Celapak = Bergegas




Bersambung..

Sabtu, 29 Januari 2011

Tolong Ingatkan Aku

Ana Raffali - Artis

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

p/s: TAHNIAH Ana Raffali!! HAHA! tak terlewat lagi kot aku nak wish kat dia. =P

Sekian.

A-A-D Nuffnang

HAHA! mesti ampa heranKAN apa tu A-D-D Nuffnang. Sebenaqnya, A-A-D Nuffnang singkatan yang aku buat sendiri "Ada Apa Dengan Nuffnang.HEHE! Kalo ampa nak tau(bagi yang tatau lagi la) Nuffnang.com nih peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. "Nuffnang" ialah gabungan dua perkataan dalam bahasa Jafaikan. Ia bermaksud "Cukup Bagus". Jafaikan ialah sejenis dialek pelbagai budaya yang sedang tersebar di kalangan belia London. Walaupun ibu bapa depa nih asal dari Bengali ka, India ka, Arab ka, Brazil ka atau London Stock.
Dengan gunakan Nuffnang.com nih puak-puak pengiklan buat la iklan berasaskan grafik takpun video dalam lebih 100,000 blog kalo tak silap aku(sumber: Nuffnang). Depa nih ada cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia. Antara para pengiklan yang menggunakan Nuffnang nih sebagai pengiklan ialah Citibank, Nokia, Sony, Procter & Gamble, Nokia, Nike, Nestle, dan banyak lagi. Selain pengiklanan berasaskan blog, depa jugak jadi sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.
Lanih Nuffnang dah jadi port akhbar-akhbar utama macam The Star, Malaysia dan The Sunday Times, Singapura selain media-media lain. 
++++++++++++++++++++++++
Haa!! camtu la lebih kurang mukadimah pasal Nuffnang.com nih. Mula-mula aku pon tatau pasal wujud benda alah nih. Aku perasan bout nih lepas terjah blog mamat mana tah. Pastu teros search kat google nak tengok natang apa Nuffnang ni sebenaqnya. Then, lepaih kaji punya kaji, baru aku tau apabenda nih and letak la gadget sebelah tuh.
Then, lepaih 4 bulan kot lebih kurang aku letak iklan tuh kat blog, saja pi usha tengok profil aku kat Nuffnang tuh. Ada sengah cakap dapat income kalo ada orang click kat iklan tuh. Kata pihak Nuffnang, setiap iklan yang diklik, aku akan dibayar minimun RM0.25. Pastu aku usha tengok part p'kembangan blog aku nih. HAHA! malu den nak habaq. :p  
Camnih la result yang Nuffnang bagi kat aku. Minggu nih ja 285 orang view blog aku dan 95 daripadanya adalah unique visitor. HAHA! Aku pon tatau apa unique visitor benda tuh, so jangan tanya aku apa tu unique visitor. Lagipon aku pasang benda alah nih suka-suka ja lepaih tengok blog mamat mana tah nampak stylo gitu. Kira ok la tuh, tak la terok sangat kan and tak la glemer sangat. Aku bukan nak glemer pon dengan berblogging nih. Saja suka-suka ja and ilangkan gatal-gatal tangan dengan menaip entry. keh3x.

Ermm, takat nie ja la nih aku tulih entry pasal Nuffnang nih. Aku pon tatau apa lagi nak taip pasal benda alah nih. Ok! chiow.
Sumber: Nuffnang.com


Sekian.

Jumaat, 28 Januari 2011

Ku Relakan Kau Pergi

Artis - Okey


Indahnya sewaktu kita bersama
Terasa bagai di syurga
Engkaulah sinaran cahaya ilhamku
Penawar kedukaanku

Sehingga kini ku masih terbayang
Ketika memadu cinta
Tak daya ku melupakan segalanya
Kenangan cinta kita

Setelah ku kehilangan dirimu
Seluruh hidupku kegelapan
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam dan karam di lautan

Cinta suci
Biarlah ia pergi
Demi kebahagianmu
Ku relakan dikau
Pergi dariku

Oh kasih mengertilah
Hatiku ini yang terluka
Nantikan ku di pintu syurga
Hanya airmata
Menjadi teman hidupku


Sekian.

Loghat Peghelih 2

Haaa! hari nih jumaat 28-01-11. Bermula lah cuti pertengahan semester untuk budak-budak poli ataupun yang lebih fokus lagi kat budak² rimba bara crew. Azam masa cuti kali nih aku nak siapkan kerja-kerja yang banyak tertangguh. Assignment individu, kumpulan, proposal dan macam-macam lagi. Tambah² plak abih ja cuti nih, ada mid-sem. hadoi~ HAHA! start pukol 3:00 ptg dah mula online. Nampaknya, pukol 4 5 pagi satni baru la nak offnya.

ermm kali nih aku nak sambung entry pasal loghat peghelih arituh. Ekeke! untuk sapa-sapa yang tatau tuh, peghelih tu maksud dia PERLIS. Alaa tak kan tatau. tempatsatu-satu nya negeri yang boleh b'poligami. 

Ok! kita sambung pelajaran kita yea murid-murid.


51. Sawa = Ciku
52. Ulaq = Ular

Buah Sawa tu maknanya Buah Ciku la tapi jangan di
campurkan ULAQ SAWA tu sebagai ULAR CIKU hahaha

53. Gerengau = Cakar
54. Randuk = Harung
55. Jahama = Muqaddam
56. Majai = Meyampah
57. Meghela = Lebih kurang gedik jugak la
58. **** = Kemaluan perempuan (heheh kene hide mende ni)
59. **** = Kemaluan lelaki (ni pun sama)
60. Mergheli = Dah biasa
61. Kukoq = Parut
62. Nyoq = Kelapa

Kalo orang suruh pi KUKUQ NYOK, maknanya dia suruh gi
Parut Kelapa la.

63. Awat = Kenapa
64. Sat = Kejap
65. Pekan = Bandar / Kangar

Kalo dengar orang perlis cakap nak pi PEKAN sat, maknanya dia nak gi ke bandar laa bukan nak gi Pekan Pahang.

66. Maaloh = Mualaf
67. Ketegaq = Degil
68. Tertomoih = Tersungkur
69. Kerkoh = Gigit
70. Mentahkedarah = Makan sampai tak ingat dunia
71. Hora = Joli katak
72. Wang Wing = Kesana sini takde arah tujuan
73. Taa hun = Soo Hun
74. Ta huu = Tauhu
75. Toyu = Kicap
76. Gagah = Tak Putus Asa
77. Kupang = Puluh Sen
78. Duit = Wang / Sen

Kalo orang perlis cakap TIGA KUPANG LIMA DUIT tu
maknanya Tiga Puluh Lima Sen la

79. Hayai = Rasa yg manis kearah kelat
80. Segan = Malu
81. Malaih = Segan
82. Kebuloq = Lapar
83. Deryan = Durian
84. Buah Rambuit = Rambutan
85. Serun = Seram sejuk
86. Meron = bakar

kalo membakar sampah cuma perlu sebut memeron, tak yah
laa sebut memeron sampah kang percuma jek kene gelak.

87. Pelat/Pelaq = Berpaling tadah, berubah fikiran dengan cepat

Contohnya "Hang jangan dok buat pelat" maknanya "Hang
jangan nak ubah fikiran atau jangan berpaling tadah"

88. Gerik = Gigit sekali sikit atau di gigit serangga / binatang kecil

Contohnya " Kain tu di gerik lipas" maknanya " kain tu di makan/gigit lipas"

89. Market = Pasar (heheh kelas orang kampung aku cakap omputih)
90. Ghembang = Tengah hari
91. Pelek = Telo / Slang
92. Cakuih = Cuit
93. Carik = Koyak
94. Tutuh = perkataan keras untuk Makan/Pukul
95. Tuntun = Sorong atau pimpin

(sorong utk motosikal/ basikal, pimpin untuk anak adik awek etc)

96. Leypot = tak cergas
97. Senerih = berlanggar sisi
98. Boktan = mengerjakan sesuatu benda (selalu nya kearah nak bagi rosak)
99. kolek = conductor bas atau lori
100. Rentaih = Rosak, Jahanam



Bersambung..

kawan BUKAN lawan

Hari nih last day untuk budak² poli sebelum mulanya cuti mid-sem. Lepas ja balik kelas dari tadi dalam pukol 4:45. Aku teros gerak balik then siap² apa yang patot. basuh baju, ambik buku² nak buat assignment masa cuti nih. Bapak!! banyak kot lecture bagi assignment. Dah la lepas dari cuti nih suma subjek nak buat mid-term. WTF!! apa satu aku tatau nak buat nih. Lepas settle suma tuh, bermulalah kembara aku ke negeri kelahiran (background music: Gila-gila remaja - kaza). Lebih kurang 30 minit ja aku tembak dari umah sewa. Sampai sorang membe aku nih text "gila babi,lajunya,kat smpdan ka kat umah". Laju tu tak la laju sangat tapi 100-110km/j jugak la ambik masa nak sampailah rumah tuh. standard la dengan moto tak seberapa. bukan LC!!. 


Ok! kali nih aku nak story pasal membe aku sorang nih. budak nih aku kenal kat satu room chatting time aku gila² dengan chatting dulu nih. Aku pon pelik cmna aku bulih rapat dengan budak nih. Sedaq-sedaq aku dah rapat, sampaikan membe² aku yang dok umah sewa skali tuh kata budak nih skandal aku. lancao la skandal!!. Mana taknya, kalo pasal aku ja suma dia tau, dari ada problem sampai la appy sehappynya and macam tu gak la sebaliknya. HAHA! lupa plak. budak nih nama meera tapi aku panggil mella. Ntah camana ntah aku buleh lekat nama tu. Biarkan bout nama dia tuh. Bagi aku tak penting. 


-budak SENGAL-

Kalo tak silap aku, kami mula rapat mybe sebab asal dari negeri yang sama, and cara kami idop jaoh dari kolumpo, selangoq, rawang, penang. Tambah² loghat kami pon sama, apa dia cakap aku paham and camtu la sebaliknya. ehh! lupa! Mella nih umoq tua dari aku setaon dari aku, kira pangkat kak la kalo nak ikotkan. TAPI aku memang tak buleh nak panggil KAK kat dia. Sekali lagi aku mintak maap sebab taktau kenapa?, mengapa?, why? aku tak bleyh panggil dia KAK. Kalo aku panggil pon mesti aku rasa tak kena bagi pihak aku dan pihak dia jugak. 

Dalam banyak-banyak member pompuan yang paling aku rapat dari dulu sampai lani, aku asa budak ni la yang memang paling kamcing ar. Mella nih pon bukannya baik sangat pon TAPI dia banyak ajaq aku erti idop mean dari macam² aspek. erti kawan sebenaq, awek, musuh. 

TAPI dia tak la sama macam kawan yang sanggop tolong masa minyak moto abih sebab dia nih pon bukan ada kat m'sia. dok oversea nuh. BELAGAK!. HAHA! aku tau mella wey, ang bukan nak marah aku. Tapi yang paling stylo lagi, walaupon dah dekat 2 taon lebih kawan, kami TAK PENAH jumpa lagi. Camna nak jumpa. time dia balik sini, busy memanjang dengan pakwe. Sopa pelaq!!. Aku cukop bangga la dapat kawan camnih coz, time aku ada problem, tak kira la dengan membe, family, awek, dia ney la tempat aku mintak pendapat, ilangkan tension (sering kena makian aku), dengan luahan hati dan dedikasi aku sampai sayok², kadang² tuh sampai tak mandi lagi sanggop dengaq problem aku, bagi nasihat yang kadang-kadang macam celaka tuh. tolong satukan aku dengan 'orang' tu. walaupun tak bertahan lama. It ok der aku tak salahkan ang pasal suma-suma tuh. AKU RESPECT SAMA LU DER!. sumpah aku TAKKAN lupa kawan macam ang nih.
"Wey mella aku tau ang akan baca blog aku nih. aku dengaq-dengaq dah buat blog. WAKAKA! aritu bukan main kata kat aku tamo buat. cam aram lagi. jangan lupa jadi follower noh. =P " 

Thanx a lot, my friend.


Sekian.

p/s: to meela: balik taon depan jumpa mak njang noh. WAKAKAKA!



Selasa, 25 Januari 2011

Loghat Peghelih 1

Hadoi! letih betoi arinih. Bukan sebab kelas padat ataupon keja banyak. tapi dah dua ari t'masok arinih tak sehat. Nih suma angkara roomate aku la neh sebarkan virus selsema. Huhh! Haa, kalo ampa nak tau aku nih asal dari peghelih. bukan kedah. tapi stay and study ja kat Kedah. 

Hari tuh aku ada terpikiaq la nak wat entry pasal loghat nih memandangkan kebanyakkan budak-budak yang bukan wargapenduduk utara tak paham loghat yang telah disampaikan, diucapkan, dilafazkan dan apa-apa ja yang berkaitan. Eh! ada ka perkataan 'wargapenduduk'. Lantak la, janji ampa paham apa yang aku nak sampai kan. Pastu untuk memudahkan ampa paham takpun  kalau yang ada niat untuk belajaq bahasa utara tuh. Haa kat sini aku nak hasilkan entry pasal loghat utara ekspeseli loghat perghelih. hehe! konon nak jadi cikgu la neh. keh3x (sumpah! aku tak suka sangat jadi cikgu, tapi kalau rezeki takleh tolak). Ok! murid-murid, kita mulakan pelajaran kita yea murid-murid.

1. Ayaq = Air
2. Kasuit = Kasut/Selipar
3. Gerek = Basikal
4. Tok = Nenek
5. Wan = Atok
6. Chaq = Atok
7. Depa = Mereka (dia orang)
8. Kapo = Korang
9. Mereka = Buat cerita
10. Hang = Kamu / Awak
11. Hangpa = Kamu semua / Awak semua
12. Mak Penakan = Emak Saudara
13. Pak Penakan = Bapa Saudara
14. Anak Penakan = Anak Saudara

Cucu cicit tok wan penakan tu boleh digunakan sebab disini
perkataan PENAKAN di umpakan sebagai SAUDARA. Tapi dilarang
keras dari menggunakan perkataan JIRAN PENAKAN atau
KUCING PENAKAN dsb.

15. Moi = Bubur Nasi
16. Buboq = Bubur
17. Kola = Kuala
18. Keleboq = Lumpur

Bagi orang Kuala Lumpur yang nak belajar bahasa Perlis,
jangan pulak di translate kan perkataan KUALA LUMPUR tu
sebagai KOLA KELEBOQ.. haha!

19. Pungkoq = Punggung
20. Merenyeh = Cakap banyak
21. Gatai = Gedik
22. Hemoi = lebih kurang cakap banyak laa tapi mende baik
23. Keluaq = Keluar
24. Ajaq = Ajar
25. Achaq = Limbahan
26. Acaq = Acar (acar buah, rebung etc)
27. Rimbuk = Tumbuk / Kilas
28. Lintaq = Kilat
29. Reban = Roboh
30. Lau = Reban Ayam/itik
31. Gelema = Kahak
32. Cerendek = Lebih kurang dengki laa tapi dalam diam
33. Lepoit = Lembek
34. Cungit = Jongkit
35. Cungang-cungit = Jongkang-Jongkit
36. Darai = Pondan / Maknyah dan seangkatan dengannya
37. Gelemat = Pekat
38. Kelam = Gelap

Kalau KELAM GELEMAT tu maknanya GELAP PEKAT la

39. Merelit = Berkilat
40. Merelau = Bersinar
41. Ulu = Arah Hulu
42. Hiliaq = Arah Hilir
43. Menyatuh = Arah Matahari Jatuh
44. Mentenait = Arah Matahari naik
45. Kelepiat = Menepis
46. Liplap = Berkelip-kelip
47. Damuih = Kotor
48. Kincit = Cirit
49. Ayaq Menek = Air Lemenate Sasparica (erm, ade lagi ke ayaq ni?) atau sebarang air botol
50. Mentara = Chief @ tukang masak masa kenduri

Kumpulan Rock MANTERA tu bukan di anggotai oleh Chief tukang masak masa kenduri 


bersambung..


Sekian.

Isnin, 24 Januari 2011

Cinta Setia

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut. Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.




Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.


Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...