Halaman

Jumaat, 28 Januari 2011

Loghat Peghelih 2

Haaa! hari nih jumaat 28-01-11. Bermula lah cuti pertengahan semester untuk budak-budak poli ataupun yang lebih fokus lagi kat budak² rimba bara crew. Azam masa cuti kali nih aku nak siapkan kerja-kerja yang banyak tertangguh. Assignment individu, kumpulan, proposal dan macam-macam lagi. Tambah² plak abih ja cuti nih, ada mid-sem. hadoi~ HAHA! start pukol 3:00 ptg dah mula online. Nampaknya, pukol 4 5 pagi satni baru la nak offnya.

ermm kali nih aku nak sambung entry pasal loghat peghelih arituh. Ekeke! untuk sapa-sapa yang tatau tuh, peghelih tu maksud dia PERLIS. Alaa tak kan tatau. tempatsatu-satu nya negeri yang boleh b'poligami. 

Ok! kita sambung pelajaran kita yea murid-murid.


51. Sawa = Ciku
52. Ulaq = Ular

Buah Sawa tu maknanya Buah Ciku la tapi jangan di
campurkan ULAQ SAWA tu sebagai ULAR CIKU hahaha

53. Gerengau = Cakar
54. Randuk = Harung
55. Jahama = Muqaddam
56. Majai = Meyampah
57. Meghela = Lebih kurang gedik jugak la
58. **** = Kemaluan perempuan (heheh kene hide mende ni)
59. **** = Kemaluan lelaki (ni pun sama)
60. Mergheli = Dah biasa
61. Kukoq = Parut
62. Nyoq = Kelapa

Kalo orang suruh pi KUKUQ NYOK, maknanya dia suruh gi
Parut Kelapa la.

63. Awat = Kenapa
64. Sat = Kejap
65. Pekan = Bandar / Kangar

Kalo dengar orang perlis cakap nak pi PEKAN sat, maknanya dia nak gi ke bandar laa bukan nak gi Pekan Pahang.

66. Maaloh = Mualaf
67. Ketegaq = Degil
68. Tertomoih = Tersungkur
69. Kerkoh = Gigit
70. Mentahkedarah = Makan sampai tak ingat dunia
71. Hora = Joli katak
72. Wang Wing = Kesana sini takde arah tujuan
73. Taa hun = Soo Hun
74. Ta huu = Tauhu
75. Toyu = Kicap
76. Gagah = Tak Putus Asa
77. Kupang = Puluh Sen
78. Duit = Wang / Sen

Kalo orang perlis cakap TIGA KUPANG LIMA DUIT tu
maknanya Tiga Puluh Lima Sen la

79. Hayai = Rasa yg manis kearah kelat
80. Segan = Malu
81. Malaih = Segan
82. Kebuloq = Lapar
83. Deryan = Durian
84. Buah Rambuit = Rambutan
85. Serun = Seram sejuk
86. Meron = bakar

kalo membakar sampah cuma perlu sebut memeron, tak yah
laa sebut memeron sampah kang percuma jek kene gelak.

87. Pelat/Pelaq = Berpaling tadah, berubah fikiran dengan cepat

Contohnya "Hang jangan dok buat pelat" maknanya "Hang
jangan nak ubah fikiran atau jangan berpaling tadah"

88. Gerik = Gigit sekali sikit atau di gigit serangga / binatang kecil

Contohnya " Kain tu di gerik lipas" maknanya " kain tu di makan/gigit lipas"

89. Market = Pasar (heheh kelas orang kampung aku cakap omputih)
90. Ghembang = Tengah hari
91. Pelek = Telo / Slang
92. Cakuih = Cuit
93. Carik = Koyak
94. Tutuh = perkataan keras untuk Makan/Pukul
95. Tuntun = Sorong atau pimpin

(sorong utk motosikal/ basikal, pimpin untuk anak adik awek etc)

96. Leypot = tak cergas
97. Senerih = berlanggar sisi
98. Boktan = mengerjakan sesuatu benda (selalu nya kearah nak bagi rosak)
99. kolek = conductor bas atau lori
100. Rentaih = Rosak, Jahanam



Bersambung..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...