Halaman

Jumaat, 7 Januari 2011

Tragedi Kedai Mamak!

Post ketiga untuk tahun 2011 nih aku rasa nak hasilkan entry pasal sumtink happen masa aku stay dengan membe² kat jitra. Masa semester satu aku stay kat ostel, so tadak la buas sangat dengan membe² macam lepak memalam sampai 3 4 pagi kat luaq ostel. tapi ada gak kami fly pi tgk UEFA dekat kedai mamak. Masa aku sem 2, dah duduk dgn membe² kat umah sewa. Ok! so dah jadi jahat la jugak sket². Mau tetiap malam lepak mamak tapi lepas pukol 12 malam. Yela masa tu masing² kebuloq lepas berjaga study merapu sambil tengok movie kat lappy. Tempat paling femes kalo nak lepak memalam ofcoz la kedai mamak.

Biasa la, student macam aku ngan membe² aku nih mesti la pilih kedai yang murah² dan agak berpatutan la dengan makanan dia tu.

Sebab?

Banyak sebab yang kedai² mamak nih jadi port lepak malam².  First, sebab 24 JAM. kedai² mamak ni sampai pagi² buta pon open lagi. Kalo kedai melayu ka, pukol 12 midnight tu dah abih dah. tunggu masa nak bungkoih² ja then balek. Kami budak² yang jadi burung hantu nih ofcoz la cari kedai² yang open 24jam nak isikan perot dah kebuloq and lepak².

Second, sebab kedai mamak jadi tumpuan lebih-lebih lagi ujong minggu takpun awai pagi sebab, ada tv besaq. Alasan nih bagi orang² macam aku yang memang sah² kaki bola. So, memang sesuai la nak layan team febret lawan. kalo nak pi tgk kat kedai melayu comfirm² depa layan ceta adamaya ja.


Third, kalo kat kedai mamak jugak kebanyakkan tu ada wifi tak macam kedai² melayu. Jangan kan wifi, kadang-kadang tu astro pon tadak. Dah la free, wifi tu laju plak tu. Nak download pon laju ja. Best kot. :p kecuali guna letrik ja ada kena cas. sesetengah tu ada gak tak kena cas. Ekeke!


Tapi apa plak keburukan makan kat kedai mamak? ofcoz ada! Kalo mintak pendapat aku la bout nih. macam ni la jawapan aku lebih kurang. banyak yang tak baik bout kedai mamak nih tapi aku nak story pasal satu nih ja . Especially, pasal kebersihan. bukan kat dapoq ataupun makanan depa, skali dengan staff² skali. kurang memberangsangkan. mau muntah aku kalo dok dekat². Banyak story aku dapat pasal kebersihan  restoran² mamak nih. ada yang aku baca dari artikel, ada yang betoi t'jadi kat membe aku. 

First, membe aku ada ceta pasal kedai mamak @ maple @ a'ne nih kat aku. Masa tu awal taon 2010, kalo tak silap aku masa depa pi lepak aku tadak kat umah sewa kot. eh! silap aku tidoq awai sebab dua ari tak cukop tido. Ermm, ceta dia lebih kurang macam ni la. Bila depa pi lepak then nak ambik order, ada la a'ne sekoq nih mai ambik order, then nak dijadikan ceta, membe aku nampak a'ne tu baru kuaq dari belakang. kira area toilet la. Ok lagi camtu, then a'ne tu pakai cincin yang ada batu besaq tu. Ntah macam mana tah membe aku sorang nih perasan ada kuning-kuning kat cincin tuh. Yuckkkkss! stylo! Lepas dari aritu. restoran mamak tu dah di'blacklist'kan oleh kami. 


Second, pasal restoran mamak jugak tapi area kedah xspecially kat aloq staq, aku ada baca artikel kat mana tah. Kes tu jadi lama dah kot kalo tak silap. Ada seorang ustaz dari Majlis Agama meminta supaya hamba Allah tu menyampaikan kepada rakan² muslimat serta muslimah akan satu perkara yang agak membimbangkan iaitu SEMUA KEDAI² MAMAK DI ALOR STAR DAN SEKITARNYA ADALAH 'COMFIRM' HARAM DIMAKAN kerana TAUKE² CINA ADALAH PEMBEKAL AYAM kepada restoran² mamak tersebut.

Dengan terkejut dengan perkara yang terjadi, hamba Allah itupun bertanya kenapa perkara tersebut boleh terjadi sedangkan Majlis Agama mempunyai kuasa untuk menghebahkan kepada umum. Jawapan yang diberikan ustaz tersebut sebab mamak² tu dah ikat kontrak dengan tauke² cina tu. Kalo disebarkan bisnes mamak akan terjejas and tauke² ayam akan saman mamak² then mamak² akan saman Majlis Agama. Ustaz itu meminta supaya disebarkan kepada rakan² serta kenalan, dengan cara ini sajalah dia mampu lakukan. 

Ok la. kalo nak ikotkan tu banyak lagi pasal kedai² mamak nih. aku ja lupa, kalo nak story tu tobat banyak. So, dah maghrib aku nak chiow dulu. Nanti ada masa aku tulih lagi entry lain untuk sambungan pasal mamak nih. Itupun kalo ada masa dengan kisah²  baru. Okeh gerak dulu. 



Sekian.

p/s: Aku mohon maaf kalo ada pembaca² yang terasa dengan entry yang ditulih nih. Apa yang ditulih ada kebenaran dan pengalaman. Tadak niat nak menyinggung perasaan mana² pihak.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...