Halaman

Ahad, 30 Januari 2011

Loghat Peghelih 3

Huhh! mengantok la plak tengah arinih. Dah la semalam tidoq pukoi 5++ dah. Nih angkara bola la neh. start pukoi 8:20 sampai la 4:55pg. Sekali empat game da aku bantai tengok semalam. |Everton 1 vs 1 Chelsea|Australia 0 vs 1 Japan| Southampton 1 vs 2 Man Utd|Hercelus 0 vs 3 Barcelona|. Dengan angin kat luaq kuat gila-gila. Kuaq town pon tak besh tadak awek kawan. Hidop bujang cenggini la nampaknya. Ekeke!. Haa!! bertemu lagi kita yea murid-murid. Harini cikgu keleboq nak ajaq loghat utara yang seterusnya iaitu pada kelas yang ke-3. So, sama-sama la kita ikuti pembelajaran arinih. yang tak betoi tu datang dari saya, dan yang betoi tu dariNya. Kita mulakan yea? Bismillah hir rahamaan nir rahim..

101. Pelepoh = kena pukul
102. Dangau = Pondok
103. Lengat = Kukus 

104. Seluit = Lumpur yg kene dekat pakaian atau lumpur yg sikit
105. Kernyeh = Sengeh, Senyum lebar
106. Main Kut = Main kutu
107. Biji tujuh = Batu seremban
108. Panking = Kerusi Panjang / Bench
109. Eboit-Eboit = Orang yg gemuk berjalan lenggang lenggok
110. Belengaih = comot
111. Belutin = errr...belengaih di ketin kot...
112. Ketin = betis?
113. sentap ketengkoi = cramp (orang melayu kata apa tah?)
114. honaq = loyar buruk @ nakal (macam loqlaq gak tu-jahat tangan)

115. Seluloi = selalu
116. Kerap = berulang-ulang kali
117. Ceroi = cair
118. Demah = Bertungku
119. Lagha = sia sia 

120. Penat = Letih

contoh : "Tak nak pi laa hari ni, penat." maknanya, Tak mahu pergi hari ni sebab LETIH.

121. Mangkit/Bangkit = Bangun
122. Kebas = Semut-semut

contoh : "Tunggu sat aku takleh mangkit ni, kaki kebas" maknanya, Tunggu sejekap aku tak boleh bangun kaki semut-semut.

123. Kêrek = Kedekut/Belagak

contoh : " hang jangan nak Kêrek kat aku" maknanya, "Kamu jangan kedekut dengan aku"

124. Setboit = Almari
124. Biruu = Almari baju
125. Lenga = Bijan

contoh: "Hang pi kedai beli lenga lima kupang" maksudnya, " Kamu tolong pegi ke kedai belikan bijan lima puluh sen"

126. Meregha = Benda
127. Serengkoi = Setandan/sejambak
128. Gena = macam mana
129. Gitu = Macam tu
130. Pepak = Kunyah
130. Jemerkat = Kelam-kabut / clumsy
131. Celuih = Muat

contoh : "Takyah sumbat la dah tak celuih doh ni" maksudnya, "Jangan masukkan lagi sebab dah tak muat"

132. Cemuih = Benci / Meluat
133. Jerkah = Jerit / Tengking
134. Cekelat = Gula-gula
135. Belanga = Kuali
136. Tuli = Pekak / Kurang pendengaran
137. Selek = Sapu

contoh : "Chek tengah selek cat kat pintu ni" maksudnya, "Saya sedang sapu cat di pintu"

138. Sêpak = Lempang

contoh : "Aku sêpak budak ni sat lagi ha, ketegaq sungguh" maksudnya " Aku lempang budak ni karang, degil sungguh"

139. Buah ulu = Baulu
140. Kuih Goyang = Kuih Loyang / Sarang
141. Mengala = Membajak
142. Tangala = Pembajak
143. Megheka = Buat pasal
144. Teriak = Menangis
145. Chek = Saya / Gantinama manja diri

contoh : "Chek nak pi Pekan sat" maksudnya, "Saya nak ke Bandar / Kangar"

146. Membo = Kawan
147. Keloloh = buat lawak lebih-lebih / gelak lebih-lebih
148. Tikmau = Tak Mahu
149. Celepa = Balang kecil
150. Celapak = Bergegas




Bersambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...