Halaman

Isnin, 16 Mei 2011

Satu Malam

Malam tu, bebudak rumah sewa aku campor la dengan budak kelas aku then membe housemate aku masing-masing bizi tengah ngadap buku. Biasalah darah muda, last minit baru kalo study termasok jugak aku. Lebih kurang pukol 12 masing-masing still berjaga dengan buku nota dan soklan past year. Pintu still terbukak walaupon mak bapak aku pesan tak baik rumah depan simpang bukak pintu ternganga luas-luas. Senang orang taruk 'benda'.

Dengan perangai tak ubah yang tak hairan pasal benda-benda tuh. Aku abaikan, bukan sengaja TAPI terlupa. Okey! masa untuk rest otak yang padat selepas 2 jam sengah bergelumang dengan teori-teori serta fakta yang aku meluat tengok. Shit!

Ada yang keluaq pegi top-up. ada yang main game. ada yang tengah bancoh air kat dapor. Aku? Macam biasa sembang kosong kat ruang tamu.

Tengah lepak-lepak, sambil makan kacang + tarik sepam dua. Masing-masing usha aku lepas bunyik tapak kaki kat luar rumah. Masa tuh aku duduk lebih kurang 10 langkah dari pintu. Kira bertentang la. Bebudak ni pulak duduk depan aku. Then, elok lepas bunyi tapak kaki tuh, dengar macam orang baling kacang kat luar rumah jugak. Aku dengar kedua-dua tuh. Yang lain usha aku lagik.

Salah sorang tu tanya "ada sapa mai?" Aku jawab "tak dak sapa pon" sambil usha-usha luar kot ada membe-membe sekaki yang lepak sama-sama mai. 

Elok ja aku toleh muka ke luar then nak ambik kacang kat depan aku nih. Aku nak nampak macam ada 'benda' lalu kat depan rumah. Warna itam pekat, besar kambing, TAPI macam anjing. 

"FUCK! menatang apa?" Bisik ati aku.

Tapi pandangan tu nampak setakat sekali imbas saja sebab terlindung dengan keta dengan motor kat luar rumah. Masa tuh bulu-bulu aku jangan tanya la, mau 90 darjah cacak.

Tapi aku tak bagitau kat sesapa pasal benda tuh. 

Abaikan. Mungkin hanya menguji aku dirumah sewa baru nih. Maklumlah kami penyewa pertama selepas DUA tahun tidak berpenghuni.

++++++++++++++++++++++

Masa nak tido malam tuh, lebih kurang pukol 3 pagi kot. Aku tak sure, Elok nak lelap mata aku dengar macam kucen lari kat atas syiling rumah. Celaka! kucen nih pagi-pagi buta main kejar-kejar nak romen ke ape. 

Tersentak dengan tuh, roomate aku usha aku. Baru aku teringat. Erk! atas syiling macam mana kucen naik. Padahal mana ada ruang nak masok. Tak kan tuan rumah ni bela kucen atas syiling kot. Bodo ka apa?!

Lantak la kau kucen. Kau nak lari ke, kejar-kejar ke, romen ke, jangan kacau aku cukop. Esok aku exam la bodoh!.


Dalam ati aku tak pikir benda alah tu kucen, sekadar menyedapkan ati. Bukan takot, orang tua-tua cakap kalau ada "benda-benda" nih abaikan jerk. So, aku ikot cakap depa.

Elok ja tido lebih kurang setengah jam kot, aku terkejot macam bunyi benda jatoh kat dapor. Pinggan kot kalau tak silap. Bengong! dah la payah nak tido, bunyi benda-benda alah pulak. Erk?!! sapa basuh pinggan kat dapor? Tapi lampu tutop. Aku usha membe aku kat sebelah, Ada. Gila ke apa basuh pinggan dalam gelap. Sumpah! memang sah aku dengar orang tengah basuh pinggan kat dapor, bunyi air, pinggan berlaga-laga dengan singki. Aku mula tak sedap ati.

Tarik selimut. Tidor. Lantak la kau nak basuh pinggan ke, toilet ke. mop lantai ke. Esok aku ada kelas, mengantok la bongok!

Esok tu lepas balik kuliah aku tanya bebudak rumah sewa aku "Ampa ada mangkit pi kat singki semalam?"

Masing-masing jawab "Tadak pon, kami bangon pagi ni baru jaga". 

Gurlpp! Shit! rumah ni pon sama macam rumah aku sewa sebelom nih. Takpa. "Kau" buat kerja "kau", aku buat kerja aku. 

p/s: Nanti aku ceta pasal hantu buatan. keh3x.

Sekian.

2 ulasan:

zacky ~786~ berkata...

giler .`babeng.. aku bace pn dah tkot.. kikikii.. klw die tegur.. ckp cmnie..

" cobaan "

men la mambang2 ckit.. hahaa..
gurau jer bro..

GamUHU berkata...

@zacky: kalau ramai-ramai berani aku kata. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...