Halaman

Ahad, 8 Mei 2011

AisKrim Malaysia

Bertemu lagi yeah kita di-hari ahad yang agak kepenatan nih. Oukeyh, pagi tadi lepas tido TIGA jam jerk, meng'online'kan diri dengan fesbuk and berblogging. BiasaLAH rutin harian sepanjang aku mendiami rumahKU syurgaKU selama dua bulan. 

Pagi tadik tengah layan tido pagi tadi, IBU MAK aku kejut cakap tuan rumah *bapak aku* ajak pi bendang. Al-maklum lah sekarang kan musim orang mengala petak. Opss! sori korang tak paham, keh3x. i mean membajak sawah. So, aku pi la tolong bapak aku apa yang patot. Tak kan nak harapkan tuan rumah je yang uruskan. Aku tak kejam ok?

Nie baru balik dengan agak penat la jugak dah lama tak masok bendang tuh. Hehe! Then,thanks la kat korang  banyak-banyak sebab sudi meneroskan agenda dalam pembacaan entry yang tidak berilmiah nie. Aku tak nafikan yang hasil penulisan aku kadang-kadang tu diibaratkan karangan budak tahun 6 yang tidak mengikut standard piawaian penulisan  yang digaris pandu dalam silibus skema pemarkahan UPSR

+++++++++++++++++++++++++++


Okey! itu hanya mukadimah, berbalik pada tajok entry aku kali nih. Pasal AisKrim Malaysia!
Korang tau AisKrim Malaysia? mesti ada yang tau. comfirmLAH. kan? Korang tau ke tak aku nak tulih jugak pasal nih. Tak kira! AisKrim yang dimaksudkan dalam konteks nie bukannya dari jenis stok mahal-mahal, ini hanya sekadar AisKrim murah-murahan yang agak kurang  publisiti dari media-media. Bukan macam Cornetto ataupon Magnolia. Apatah lagi kalo Wall's Double Selection. Nak makan yang nih time kecik-kecik dulu. Memang tak tercapai dek akal-ku la, jarang-jarang deh. 

Haa! camni bentuknya kalau nak tau. Tak la secantik pembalut AisKrim branded yang lain. Cukop sekadar dengan plastik lutsinar. Pasal plastik japgi aku story panjang lebar. Saiz-nya memang cenggini. Kurus kering potongan badannya mengalahkan ramping Megan Fox. Kebiasaanya berbentuk panjang. *tolong jangan otak kuning*

Kalau korang perhati, apa yang istimewa pasai ada persamaan karakteristik dengan hantu pocong dimana kat bahagian atas plastik aiskrim nie terdapat ikatan bunjut. Itu yang wat menda alah ni spesel kes sikit dari jenis aiskrim lain.

Cara buat aiskrim ni memang teramat-amat muda. Tak sampai sengah*1/2* jam dah siap. Tak gadoh nak kacau kawah macam buat dodol, takpun sesusah menumbuh padi. Korang nak buat benda alah nih cuma kena sediakan plastik aiskrim dengan perasa aiskrim takpun kordial minuman pon buleh. Tak payah guna banyak-banyak benda. Nampak sangat nipunya kalau guna banyak-banyak benda tuh. 

Time mak aku selalu buat aiskrim nih tuk adik-beradik aku, BUKAN UNTUK DIJUAL. Plastik aiskrim yang selalu guna cap King-Kong. Aku ingat lagi, ada gambar sekor king-kong bajet hensem kaler itam tengah berdiri sambil tangan dok genggam plastik aiskrim. Apa punya objektif si pengeluar benda tuh buboh gambaq tu aku pon taktau sampai sekarang.


Masa tue kalo tak silap aku harga dalam RM2.50 sen. Kaler dia transparent. Taktau la kot lani depa dah naik harga tu sejajar dengan kenaikan harga minyak RON 97. Maybe la. dah lama kot tak beli benda alah nih. 

Bukan apa, kadang-kadang tuh makcik juai karipap, apom balik, donut, pisang goreng pon naik harga sama macam minyak. Terlalu dan terlalu mahal kot. Harga cekik darah. Musykil aku. 

Pernah sekali tu, aku just gurau-gurau dengan makcik jual pisang goreng nih. Aku tanya soklan yang korang agak tak berani nak tanya dan agak cepumas jugak sebab tak setuju dengan harga dia tuh.

"Makcik goreng pisang ni guna minyak RON 97 ka?"

Elok abis ja perkataan "ka?" kat ujong pertanyaan aku tuh. Sepantas kilat sudip yang berada erat di tangan makcik tadi tu terbang melayang hingap di dahi aku. Memang sharp ja target makcik nih. Terbaik!

Tapi jangan caya. Aku gurau. 

+++++++++++++++++++++++++++

Okey! cukop merepek. Sambung balik. Kkat mana tah tadi? Haa! dah bagitau pasal pastik cap king-kong tuh. Nih aku nak sentuh pasal perisa dia plak.

Bab-bab perisa nih memang best. Dulu masa kecik-kecik, Mak aku penink nak buat perisa apa. Suma kami adik beradik mintak. Dari perisa asam boi*febret aku*, jagung, milo, pandan, laici, sarsi, bandung, lagi apa erk? dan seangkatan dengannya. 

Then tiba masa nak bekukan kat dalam peti ais. HAHA! aku tengok dah macam pelangi kat atas tu. Macam-macam kaler ada. Sampai mak aku nak simpan dia punya stok ayam, daging, ikan tak muat dek penangan aiskrim nih dari kami adik-beradik. Bising giler dia, sebab kena sumbat jugak sampai padat je kat peti beku tuh.

Sori MAK. Haha! dulu kami memang macam ni. :D

Haa! kat kampung aku dulu sebenaqnya ada juai kat kedai. Tapi sebatang sampai 10sen. Oleh sebab itulah, kami suroh Mak buat. Jimat sket. Tak la melabur kat orang lain. Kadang-kadang tu ada jugak aku jahat, tibai yang mak aku buat tuh then bawak gi kelas KAFA juai kat membe-membe. hakhak! Jahat!

Dengan mengambil kira faktor cuaca dan iklan Malaysia yang lazimnya kaya dengan unsur panas terik, memang sesuai adanya aiskrim nih. Boleh buat hilangkan dahaga.

Rindu dowh kat aiskrim nih. Tapi SAYANG budak-budak sekarang kurang tahu dengan aiskrim nih. 

p/s: Esok nak suruh ajak Mak aku buatkan. Lama tak pekena aiskrim nih.

Sekian.

25 ulasan:

biha a.k.a PETOM berkata...

wahhh, sedap nye wei! aku suke yg perisa asam dgn milo.. tghari2 ni tgok aiskrm sedap lah pulak!

storyfromme berkata...

ingat lagi time sekolah rendah dulu suke beli aiskrim 20sen ni.

GamUHU berkata...

biha: perghhh! meleleh kot kena tengah2 ari nih.

storyfromme: dulu sekupang. pastu dua kupang. pastu TADAK dah.-.-

nur berkata...

nak jugak boleh ke.. perisa durian..

zacky ~786~ berkata...

terbaik laa aiskream malaysia..

GamUHU berkata...

nur: HAHA! tak buat lagi. :D

zacky: Memang TERBAIK!!

shahjiehan berkata...

dlu sekupang je.. sekarang..sehingget 4~ mahelllll

GamUHU berkata...

shahjiehan: beruntung hidop masa tu. :D

Nini Mohd berkata...

sekarang pun ada jugak tau aiskrim camni.
tapi susah nak jumpa la.
kat kampung banyak.
tapi kitorang kat sini biasa buat untuk makan sendiri jer.
budak2 memang suka aiskrim camni. ;)

Latest entry : bertuah lah korang yang masih mempunyai ibu. Selamat Hari Ibu. ='(

GamUHU berkata...

Nini Mohd: dats right. Tapi tak berleluasa macam dulu jualan aiskrim ni. :)

Adibah faizah berkata...

Skarang da 2o sen da aiskrim ni..
Da bsar malu nak beli aiskrim ni...buli bdak2 sruh blikan..hahaha
Pastu kna buli blik ngan budak..sruh blanje...adoi2

GamUHU berkata...

Adibah faizah: HAHA! tu la buli lagi. Nih dah jadi pembuli and mangsa buli. Baru adil. :D

RIAN berkata...

sekarang pon pemes lagi la eskrim ni. . kat skolah2 rendah n skolah2 agama rakyat petang2 tu. . dah tu sampah buang merata plak tu. -_-"

Siti Mashitah Saidin berkata...

wua... dulu sekupang ja... sekarang da 2 kupang....

GamUHU berkata...

RIAN: kena chop kat plastik "king-kong" tu - 'Jangan buang dimerata tempat'. ok tak?

Siti Mashitah Saidin: betoi-betoi :D

Republic Aku berkata...

dah berzaman tak jumpa ais krim ni...


salam.

GamUHU berkata...

Republic Aku: Sama kot. Lama tak pekena eskrem nih.

nub berkata...

oyeha!! aispong! haha

GamUHU berkata...

nub: HAHA!.oyeh! oyeh!

Han Ni Ah berkata...

my faveret : milo + asam ko . hoyeah . balik ni wat bisnes ni .

GamUHU berkata...

Han Ni Ah: keh3x. apsal ang punya feveret sama aku? grrr! tiru. :P

SANDRA AZWAN berkata...

Rindu gile dengan aiskrim nie!

GamUHU berkata...

SANDRA AZWAN: buat bro, senang ja. guna plastik king-kong. :D

atiq berkata...

woohoo. memori lama ni. makan eskrem malaysia masa skolah rendah.

balik umah dengan muka sengsara sambil makan eskrem malaysia. HAHA.

GamUHU berkata...

@atiq, sambil buat muka letih malas pegi kelas petang. keh3x.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...