Halaman

Rabu, 11 Mei 2011

Model Miniatur Lapangan Terbang Terbesar

Model lapangan terbang paling besar telah dibuka di Miniatur Wunderland Hamburg, German merupakan model miniatur lapangan terbesar di dunia. Model yang mempunyai skala 1/50 (saiz) memang direka dan dibuat dengan penuh terperinci sehingga seakan-akan seperti sebuah lapangan terbang yang sebenar. Kalau ditengokkan pada gambar dengan menjadikan saiz sebagai ukuran, sudah tentu kita anggap ni adalah lapangan terbang sebenar. Kan?. Miniatur Wunderland adalah gabungan model kereta api dan lapangan terbang terbesar yang dibina dalam masa 6 tahun dengan pelaburan sebanyak 3.5 Juta Euro. 

Ni ada sedikit fakta yang aku jumpa pasal miniature airport ni. Ianya merupakan model sebenar Hamburg's Fuhlsbuttel International Airport. Mempunyai 40 model kapal terbang, 40,000 lampu, 15,000 figurines, 500 kereta, 10,000 pokok, 50 keretapi, 1000 gerabak (wagons), 100 signal, 200 switches, dan 300 bangunan.



















Cer ampa tengok video kat atas ni. Memang style abis la. Aku kagum gila time tengok nih. Tersangat-sangat halus seni dan idea depa nih. Terasa macam nak buat satu je miniature airport ni kat dalam rumah. 

Credit: amusingplanet.com, geek.com

Sekian.

5 ulasan:

ARAYANA berkata...

besar gile. <3

GamUHU berkata...

ARAYANA: tahu takpa.

Mashe berkata...

comel gila!~ ngan lori2 tuh... comel la..

Mashe berkata...

comel gila!~ ngan lori2 tuh... comel la..

GamUHU berkata...

Siti Mashitah Saidin: betoi3x.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...