Halaman

Ahad, 22 Mei 2011

Highway Terpanjang di Dunia

Okey nampaknya agak lama jugak aku tak bagi info nih. So, malam nih aku nak bagitau pasal Highway Terpanjang kat dunia. Ampa tau kat mana? Dari apa aku search kat incik Google, nih aku jumpa. Jom tengok.

Lebuhraya Pan Amerika adalah rangkaian jalan raya utama sepanjang hampir 48,000 km. Ia menghubungkan kebanyakan negara tanah besar utama di Benua Amerika dalam satu sistem rangkaian jalan raya, kecuali selang hutan hujan sejauh 87 km. Menurut Guiness World Records, Lebuhraya Pan Amerika adalah "jalan raya kenderaan bermotor" terpanjang di dunia.


Sebahagian besar rangkaian Lebuhraya Pan Amerika sudah siap sepenuhnya dan merangkumi dari Prudhoe Bay, Alaska, di Amerika Utara sehinggalah bahagian selatan di Amerika Selatan. Beberapa penghujung lebuh raya didakwa wujud, termasuklah bandar raya Puerto Montt dan Quellon di Chile dan Ushuaia di Argentina. Tiada jajaran khusus yang ditakrifkan di Kanada dan Amerika Syarikat, walaupun beberapa lebuh raya di sana dipanggil "Pan Amerika".

Lebuhraya Pan Amerika melalui pelbagai bentuk muka bumi dan kawasan iklim, daripada kawasan hutan tebal sehinggalah kawasan genting pergunungan yang sejuk. Memandangkan lebuh raya tersebut melalui banyak negara, jajarannya tidaklah sekata. Terdapat beberapa jajaran yang hanya boleh dilalui semasa musim kering, serta terdapat juga beberapa jajaran yang berbahaya.
Jajaran yang terkenal di sepanjang Lebuhraya Pan Amerika termasuklah Lebuhraya Alaska dan Lebuhraya Antara Amerika (jajaran antara Amerika Syarikat dan Terusan Panama). Kedua-dua jajaran tersebut dibina semasa Perang Dunia Kedua untuk menghantar bekalan ke kawasan pedalaman tanpa perlu menghadapt ancaman serangan bot-U.


Lebuhraya Pan Amerika melalui 15 negara berikut:-


Bagi tujuan pelancongan, bahagian utara Lebuhraya Pan Amerika di bahagian Amerika Utara kadang-kadang dianggap sebagai dibentuk daripada Lebuhraya Alaska, seterusnya melalui sepanjang pantai barat Kanada dan Amerika Syarikat, kemudiannya ke arah timur dari San Diego, California dan akhir sekali ke jajaran utama di Nogales, Arizona.

Sekian.

6 ulasan:

senyumSOYA berkata...

kena byar tol x? hihihi

Mashe berkata...

wua... besh la.... tak payah guna flight lg... naik ja keta... jalan2 negara org~

GamUHU berkata...

@senyumsoya, tak sure yang tu. info tak jumpa.

GamUHU berkata...

@mashie, lenguh pinggang kot. :p

anumuchan berkata...

huish pnjgnyeee..
kalau dari hujung ke hujung tu naik flight je laa..x pun keretapi laju..huhu

GamUHU berkata...

@アヌム ちゃん, HAHA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...