Halaman

Rabu, 11 Mei 2011

Garam Belacan

Assalamualaikum dan selamat petang!


Aisehh! skema pulak aku petang nih. keh3x. Haa! ampa tau apa tu garam belacan? Comfirm-comfirm la tau kan? Sapadia yang taktau tu, mai dekat sikit aku nak habaq ni haa. Mula-mula penah dengaq belacan? taktau jugak? Ni maksud dia dan apa itu belacan. 


'Belacan' ialah sejenis bahan yang digunakan di dalam masakan. Masakan akan menjadi lebih sedap jika dicampurkan dengan sedikit belacan. Cara membuat nya tidaklah begitu rumit. Belacan diperbuat daripda udang yang halus atau dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau ini dicuci bersih, dijemur dan dicampurkan dengan garam mengikut banyak atau sedikit udang geragau yang hendak dibuat belacan. Kemudian ia dijemur supaya menjadi kering. 

Setelah kering, udang geragau ditumbuk dengan mengunakan lesung batu (sejenis alat yang diperbuat daripada batu yang berbentuk bulat digunakan untuk menghancurkan atau menghaluskan). Ia ditumbuk supaya menjadi halus. Selepas habis ditumbuk udang geragau di kepal-kepal dan diambil segenggam demi segenggam untuk dibuat bulatan dan leper (terpulang sama ada besar atau kecil).

Selepas habis dibuat, barulah ia dikenali sebagai belacan. Belacan yang siap dibuat itu akan dijemur dan perlulah disimpan di tempat yang mempunyai suhu yang sejuk agar ia boleh bertahan lama. 

okeyh! Itu maksud belacan dan cara buat. Nih pulak garam belacan, dia nih senang saja nak buat dan dimakan dengan buah-buahan seperti mempelam(mangga) muda, jambu batu, betik tua, kedondong, sengkuang dan lain-lain buah yang ada. Tapi aku selalu  makan dengan mempelam muda. Makan tambahan pulak sambil pot pet pot pet kat beranda umah tuh. Perhhhhh..mantop!

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir
2 ketul belacan sebesar ibu jari.
1/2 sudu teh garam
5 biji cili api (ikut ketahanan anda)
5 sudu kicap lemak manis
5 sudu kacang goreng ditumbuk kasar (sekiranya perlu)
Cara-caran penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan kecuali kacang goreng(kalau perlu) tumbuk dengan lesung batu.
  2. Dah hancur dan lebih kurang sebati, tuang dalam bekas. Masukkan kacang diatas. 
  3. Dah siap untuk dicicah dengan buah-buahan kegemaran

Paham? Biasalah orang bujang yang buat. HAHA! dah macam rancangan masakan la pulak. Apa mimpi tah nak buat entry nih. Apa-apa pon selamat menjamu selera. Time untuk pi bendang. Babai.

Sekian.

4 ulasan:

storyfromme berkata...

fad tak boleh makan belacan sangat.nanti hidung gatal.

GamUHU berkata...

storyfromme: same! tapi bedal jerk. hakhak!

shahjiehan berkata...

entri yang sebelum ni hilang...tp still ade dlm file blogspot..so aku just publish je~ huhu..yg entri curi kereta tu

GamUHU berkata...

shahjiehan: ouh! ouke. thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...