Halaman

Isnin, 9 Mei 2011

CINTA aku

Bertemu lagi dengan GamUHU dipetang yang agak panas cuacanya. Mungkin sebab ManUtd menang semalam. Keh3x. Petang nih aku nak JIWANG. Dah semalam aku terLUKA dengan team aku. Harap si dia - si dia jangan keriau nangeh. *Bajet*

Kali pertama aku bertemu dia,hati aku terus terpaut. Itulah kebenarannya, Demi Allah aku tidak tahu mengapa. Walaupun aku tak perlu mengembara ke hujung dunia untuk mencari CINTA.


Aku telah menolak dia,sekuat-kuatnya. Tetapi dia telah mencabar aku dengan kejujuran dia. Dia tahu yang dia tidak bertepuk sebelah tangan begitu jugak aku. Dan dia telah berjanji aku bukanlah seekor kumbang perhiasan di kamar biliknya.
Hanya dengan sebuah renungan. Aku telah jatuh tersungkur ke penjuru mata dia. Aku tidak dapat membohongi perasaan aku bahawa aku menyayangi dia. Dan di saat aku mencintai dia, aku telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang seribu impian. Sehinggakan selalu senyum sorang-sorang ketika mengelamun.

Tapi akhirnya, bila dia telah memiliki CINTA aku. Dia mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu aku selam. *tau la aku tak pandai berenang*. Di sana, awak jugalah yang menyalakan api dan membakar aku dalam diam.

Aku sedih sangat, bila dia mengatakan tumpuanKu tidak cukop baginya. Walaupun berbagai cara dan langkah yang aku gunakan. Tapi jauh di sudut hati ini aku rasa dia masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA. Dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga dia belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang.

Jadi, selama ini siapa aku di hati dia?

Siapa yang memujuk aku untuk membuka pintu hati?
Siapa yang membuka HATI ku kali pertama?
Siapa yang mengajar aku bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu aku agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?
Siapa lagi kalau bukan DIA!!!

Melangkah pergi meninggalkan dia, telah mengambil seluruh kekuatan yang aku ada. Jangan anggap aku tinggalkan dia kerana aku bencikan dia. Jangan! Jangan! Jangan sama sekali beranggapan begitu.

Sebelum aku menghilangkan diri dari dunia dia. Aku ingin menyatakan sesuatu yang tak pernah dia tahu,

Kalaulah dia bertanya pada aku, sedalam mana aku cintakan dia, inilah jawapan aku.

“Kalau suatu hari dia kehilangan suara, aku akan memberikan suara aku agar dia dapat bersuara semula.
Meskipun waktu itu aku akan bisu selamanya dan kalau suatu hari dia kehilangan hati, aku akan memberikan hati aku agar dia dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu aku tiada lagi di dunia ini."

Semuanya untuk dia.

Kerana aku mencintai dialah aku melangkah pergi, demi kebahagiaan dia. Aku doakan supaya suatu hari nanti dia akan temui apa yang dia cari. Supaya suatu hari nanti dia akan memahami apa erti CINTA yang sebenar. Aku percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. 

Aku tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan aku tidak akan pernah mempersoalkannya. Aku juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali dia. Aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan aku.

Aku juga percaya. Andai benar kita punya jodoh, dia akan kembali pada aku. Itu bukan harapan aku tapi aku ingin belajar untuk redha pada ketentuan Allah. Dan kalau pun dia takkan pernah kembali pada aku. Aku percaya, mungkin itu yang terbaik..

Kerana CINTA itu tak semestinya memiliki. DAN
Kerana CINTA itu ikhlas & penuh kasih sayang.

Dan sesungguhnya. Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

p/s: Untuk INSAN yang pernah disayangi.

Sekian.

15 ulasan:

Mashe berkata...

itu kesilapan lelaki...sayang, tapi x tunjukkan sayang tuh...
pegi la pujuk balik, aiyark!
ingt senang ka nak dapat cinta...
cinta x jual kat pasar malam
tp jual dlm bentu DVD

*saksikan di pawagam berhampiran.. hahaha

GamUHU berkata...

Siti Mashitah Saidin: HAHA! ada jugak DVD erk? Bila keluaq? :p

ARAYANA berkata...

err. jiwang gile. err. XX

Raplah Pitstop!!! berkata...

sabar ya :) segala yang Allah takdirkan untuk kita adalah yang terbaik di antara yang terbaik. jangan putus2 utk berdoa :)

GamUHU berkata...

ARAYANA: keh3x. Ingat pompuan je leh jiwang? :p

Raplah: Betoi. kesabaran penting. dan yakin ada KEIMANAN. :) thanks cik.

Eyka Laikha Zulaikha berkata...

love needs a cane

liyana berkata...

nice stori
agak kejiwangan..aha..
yup..Allah tahu apa yg terbaik utk hambanya kn=)

GamUHU berkata...

eyka: hakhak! dats right.

GamUHU berkata...

liyana: JIWANG dipetang hari. :D

.drakula. berkata...

aku belum sanggup lagi nak buat macam tu kalau terpaksa pun aku tak sanggup...hehe....gila!



banyak lagi cinta di luar sana...

GamUHU berkata...

Republic Aku: HAHA! Cinta itu melalaikan.

Ct Aja berkata...

Wah giler best ayat... terpaku sebentar...hi3... percaya bhwa stp manusia mmg dah di jadikan berpasang2 an...

GamUHU berkata...

Ct Aja: ayat mana tu? :D

yanamib berkata...

cinta itu mmg indah dan manis..tiba2 teringat zmn cintan cintun dulu..kehkehkeh.. ^_^

GamUHU berkata...

YanaMIB: HAHA! tapi skrg dah kawen dah kan? :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...