Haa! petang-petang berblogwalking, tetiba jari nih teringin nak tau pasal satu benda nih. Aku tekan tab baru, ambik Google then taip "Asal usul tembakau".
Nahh! ada pon. "Asal Usul Kejadian Tembakau"
Menurut apa yang aku dapat tembakau terhasil daripada air kencing iblis yang ketakutan ketika melarikan diri dari syurga akibat tidak mahu sujud kepada Nabi Muhamad s.a.w. Dan bersama nih aku ada jumpa hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.
Hadis ini dijumpai dalam buku penulisan Adil Akhyar yang berjudul 'Haram Merokok!'. Hadis tersebut secara jelas menunjukkan bahawa orang yang merokok ni Nabi tak mengaku umat dan mereka adalah golongan yang celaka. Kenapa celaka? Salah satu sebabnya kita boleh lihat dari segi bagaimana rokok itu sendiri boleh mengundang berbagai-bagai jenis penyakit.
Kalau dah ditimpa penyakit. Tak cukup celaka ke namanya tu? Menurut Abu Hurairah,
Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) :
“Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir."
Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu?
Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah.
Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
Jadi korang dah tau kan dari mana tembakau, tambah-tambah untuk KakiTembakau tuh. Aku pon baru ja tau nih. Adess! napa la dari dulu aku taktau. Shit!
Penggunanya bukan terhad kepada kaum lelaki semata-mata, tetapi kaum wanita jugak dah tak terkecuali.
Nak berhenti merokok? Ada caranya. Cuma nak atau tak nak ja.
p/s: kata TAKNAK untuk tembakau.
Sekian.
6 ulasan:
nasib baik aku dah stop meroko..huhu
aka on off..hahaha
ABU: HAHA! same-same.
huhu..seram..pls stop merokok!
♥ norlida ♥: Yeahh! Katakan TAKNAK!!
saya rasa bro tersilap tulis la, bukan nabi muhammad saw tapi nabi adam yang iblis tak mahu sujud tu. wallahualam...
mohon jangan cerita tipu kat sini, tiada hadis 'direct' pasal tembakau. awak telah kemukakan cerita tipu pada rakyat jelata.
berani tipu kami
nah ini link yang menerangkan kepalsuan anda yang lakukan
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=49453
Catat Ulasan