Halaman

Khamis, 16 Jun 2011

malaysia di-godam

Seperti sedia maklum, kumpulan pengodam yang dinamakan Anonymous telah pun mengatakan yang mana mereka akan godam laman kerajaan, Malaysia.gov.my pada pagi ini, sekitar 3 pagi tadi. Namun begitu, lebih awal daripada itu, ianya kelihatan beberapa laman kerajaan telah pun diserang oleh penyokong mereka.
Sehingga kini, antara laman web yang telah digodam, termasuklah halaman web CIDB.gov.my, JBiotech.gov.my, UiTM Penang, TourMalaysia.com.my, KRU Studios, Parlimen.gov.my dan beberapa laman lagi. Laman Malaysia.gov.my juga kelihatan seperti tidak boleh diakses, dan seperti dibawa ke halaman Staging.Malaysia.gov.my. Buat masa ini, ianya kelihatan yang mana beberapa laman web telah digantikan halamannya, serta beberapa yang lain digodam menggunakan DDOS.

Laman web UiTM Pulau Pinang pula mesej berupa berikut ditinggalkan,
"Happy Birthday UiTM Penang ke 15
sempena 15 thun, page ini sebagai hadiah :p
BTW, pn wan anishah krn bgi dpt A dlm kos csc
harap kite jmpe lgi pada thun hadapan"


*dengan adunan lagu Happy Birthday Upin&Ipin

Di laman web Ezi2Care JKM, penggodam dari Dragon Force Malaysia meninggalkan mesej yang sama seperti dua laman web terdahulu yang menentang tindakan kerajaan Malaysia menyekat akses ke laman perkongsian fail.


Laman web KRU Studios juga dilihat sedang mengambil jalan selamat untuk menutup sementara laman mereka bagi mengelakkan pelayan mereka diserang oleh penggodam.

Berikut merupakan web yang di-hack.

Serta kebanyakkan web milik kerajaan yang lain dilihat telah menutup laman masing-masing.
- Malaysia Official Government Website [link]
- Malaysian Meteorological Service [link]
- ASEANconnect [link]
- Ministry of Education [link]
- Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia [link]
- Bomba [link]
- Perbendaharaan Malaysia [link]
- Kementerian Kerja Raya Malaysia [link]
- Parlimen Malaysia [link]
- JobsMalaysia [link]
- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [link]
- Majlis Sukan Negara [link
]



[UPDATE]

sumber: yes.my

Info lanjut akan menyusul.

Sekian.

5 ulasan:

Siti Mashitah Saidin berkata...

hoho.. daysat~ jgn la hack belog saya!~

Siti Mashitah Saidin berkata...

hoho.. daysat~ jgn la hack belog saya!~

GamUHU berkata...

@mashie,memang daysat!

aRaN berkata...

gila rancak depa ni

GamUHU berkata...

@aran, kita usha dari jaoh sudah. hakhak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...