Halaman

Jumaat, 1 April 2011

Petrol RON 97 naik lagi



Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.  Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.
NONE
"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi. Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan. Pada 31 Jan lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.

p/s: Ini bukan aprilfool okeyh!

Sekian.

2 ulasan:

Ct Aja berkata...

adoi aiii...naek lg.....

GamUHU berkata...

Ct Aja: naseb la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...