Halaman

Rabu, 13 April 2011

Loghat Peghelih 6

Assalamualaikum kawan-kawan dan selamat sejahtera. Ok! petang nie kita sambung pelajaran Loghat Peghelih siri ke6 pulak yea murid-murid. Agak lama aku menyepi dengan pelajaran Loghat nih. Selamat belajaq!

251. semawa = selawa
252. ais kepal = ais yg di mesin dan dikepal bulat dibubuh ayaq gula
253. tang nu = disana
254. tangni = disini
255. cher bagitau = sila beri tahu
256. kayang = Kangar (sebutan orang cina kaki bukit)
257. jentu = cekak bahagian atas karung yang berisi dan ikat.
258. epo = kaut dan kumpul dengan dua belah tangan
259. muoa = kalau
260. ketulang = lekat tulang
261. mengkelan = tercekek makanan
262. ayak angat = air kopi
263. tembun = gemok
264. boyoit = buncit

265. koi = makin 
Contoh: Ayaq bah(banjir) nih koi naik dah ni.

266. ndoi = buaian
267. terbae = lastik
268. deraih = laju
269. cenining = laju
270. acan = usik-usik
271. apuih = tenggelam
272. babe = bertengkar, bergaduh
273. baloq liat =  malas
274. be-dak = bahagi
275. beghetoh = langgar
276. bequek = parang
277. boh = letak
278. coih = muncul
279. chendek = perli
280. habiak = terlalu tawar
281. hemoi = ramah
282. idap = berulang-ulang
283. kedaghah = makan pada tahap yang lampau
284. Lengai = lembap
285. lykeh = barang tak tahan lama
286. meghlik = bersinar
287. menyerama = menyibuk
288. ongek = goyang
289. qeqhetuk = buang bagi habis
290. rimbok = belasah/pukul
291. seloba = tamak haloba
292. tagham = simpan dendam
293. tertomoih = tersungkur
294. ughat = garisan
295. juah = suka menunjuk-nunjuk
296. mengheli = menjadi biasa
297. yong = halau
298. wakwik = bising
299. ceghabiak = koyak-rabak
300. uncat = acah 
contoh: Turun naik umpan masa memancing
Uncat-uncat la banyak kali sikit,baghula ikan ghuan mau sambak. 
*Acah-acahlah selalu mudah-mudahan disambar ikan haruan.


Bersambung..

Sekian.

4 ulasan:

julyanaatika berkata...

kampungku di perlis <3

GamUHU berkata...

julyanaatika: asal dari peghelih. :D

qila~ berkata...

alamak,nk usha siri 1-5 cmna nih? xdak link ka...

GamUHU berkata...

qila: http://keleboqmaneh.blogspot.com/2011/01/loghat-peghelih-1.html

http://keleboqmaneh.blogspot.com/2011/01/loghat-peghelih-2.html

http://keleboqmaneh.blogspot.com/2011/01/loghat-peghelih-3.html

http://keleboqmaneh.blogspot.com/2011/02/loghat-peghelih-4.html

http://keleboqmaneh.blogspot.com/2011/02/loghat-peghelih-5.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...