Halaman

Jumaat, 1 April 2011

Siapa Brendan Gan?


Brendan Gan, pemain Liga Australia berusia 22 tahun ketika ini sedang beraksi bersama kelab professional negara itu, Sydney FC. Dilahirkan di Australia tetapi bapanya, adalah rakyat Malaysia dilahirkan di Negeri Sembilan.

Khabar dari laman sosial, Facebook menyatakan yang beliau berminat untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia seandainya mendapat tawaran. Kata sumber utusan;
Selain itu, Azzuddin berkata FAM mempunyai perancangan untuk berjumpa wakil Brendan Gan, 24, yang difahamkan berminat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa sekiranya diberikan peluang.

''FAM akan usahakan dalam masa terdekat menemui Brendan, namun ia perlu mendapat makluman Jawatankuasa Teknikal terlebih dahulu dan mendapat perkenan Presiden, Sultan Ahmad Shah. ''Banyak perkara perlu kami teliti terlebih dahulu seperti profil dan laporan prestasi Brendan sebelum kami mengemukakan tawaran bermain bersama skuad kebangsaan, '' katanya.
Profil, laporan, prestasi?
Sudah sah la dia ni bagus, kalo dia tidak bagus mestilah dia ada kat Malaysia sekarang ni. Main dengan Felda United atau Sinar Dimanja Maisarah FC.


PERATURAN
Mengikut undang-undang FIFA, seseorang pemain bolasepak profesional layak bermain untuk negaranya, negara kelahirannya, atau negara kelahiran ibu atau bapanya.

Seseorang pemain profesional juga layak bermain di sebuah negara lain melalui proses naturalisasi atau proses pengurniaan kerakyatan oleh kerajaan kepada pemain tersebut. Pemain layak mewaliki negara baru dengan syarat, pemain tersebut masih belum mewakili sesebuah negara dalam mana-mana perlawanan antarabangsa kelas A. Sekiranya pemain tersebut mewakili negara untuk perlawanan peringkat umur (contohnya bawah 19 tahun), pemain tersebut masih layak mewakili negara baru.

Dalam kes Brendan Gan, beliau layak terus untuk beraksi dengan Malaysia selagi beliau masih belum mendapat Cap bersama skuad kebangsaan Australia.

NATURALISASI SINGAPURA
Di rantau Asia Tenggara, Singapura merupakan negara yang aktif mengimport pemain dari luar negara untuk dinaturalisasikan kedalam skuad kebangsaan mereka. Pemain-pemain yang dinaturalisasikan Persatuan Bolasepak Singapura ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Singapura, sama ada ayah, ibu, atuk atau nenek. Mereka sebenarnya diberi kerakyatan oleh kerajaan Singapura untuk membolehkan mereka bermain dengan Singapura. Contohnya, Daniel Bennet dari England, Shi Jiayi dari China dan Aleksander Duric dari Yugoslavia.

YOUNGHUSBAND DI FILIPINA
Jika Malaysia berjaya mendapatkan khidmat Brendan Gan, proses kemasukan Brendan ke dalam pasukan kebangsaan Malaysia SAMA SEKALI tidak menyerupai tindakan Singapura. yang nyata menggunakan jalan pintas. Kaedah yang bakal digunapakai oleh kita mungkin akan menyamai proses yang dilakukan oleh Filipina ketika membawa masuk pemain muda Liga Inggeris ke dalam skuad kebangsaan mereka.

Philip Younghusband dan James Younghusband mulanya adalah pemain skuad Akedemi Chelsea. Kedua-dua beradik ini adalah rakyat kelahiran United Kingdom tetapi ibu mereka adalah rakyat kelahiran Filipina. Kewujudan mereka berdua dikesan oleh penggemar 'game Football Manager', lantas menghubungi Persatuan Bolesepak Filipina. Pihak Persatuan tidak menuggu lama, dan kini Younghusband bersaudara adalah pemain skuad kebangsaan Filipina.

PEMAIN ASING DALAM SKUAD GARUDA
Persatuan SepakBola Indonesia khabarnya kini sedang mengesan 46 orang pemain berdarah Indonesia yang kini sedang beraksi di Liga Belanda. Hasil pencarian, 3 orang pemain kini sudah sah menjadi milik Indonesia, Sergio van Dijk, John van Breukeling dan Irfan Bachdim.

MASA DEPAN MALAYSIA
Andai benar kesudian Brendan pulang ke Malaysia, FAM seharusnya bertindak cepat. Jangan berulang kembali kes Shaun Maloney, pemain kelahiran Sarawak yang layak bermain untuk Malaysia. Tapi kini sudah menjadi milik Scotland sesudah pemain itu mendapat aksi kelas A bersama skuad kebangsaan Scotland.

Kepada FAM, bawa pulang Brendan secepat mungkin dan teruskan berusaha menghubungi darah-darah Malaysia yang lain yang khabarnya kini 2 orang berada di Liga Jepun, dan beberapa nama lagi di Liga Championship Inggeris.

p/s: Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dikebas orang. hakhak!

Sekian.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...