Halaman

Sabtu, 2 April 2011

Parkour dalam kehidupan

parkour dan hidup seorang blogger
Parkour.. Aku suka bende nih. Korang tau tak ape die ‘Parkour’ tu? Kat bawah ni penjelasan tentang Parkour yang aku copy paste sikit daripada Wikipedia.
Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l’art du déplacement (seni pergerakan badan) merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari point A ke point B dengan secepat dan sepantas mungkin, menggunakan kebolehan badan manusia.
Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, di mana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran – dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar.
Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuse.

Sejarah dan Asal Usul Parkour

Parkour diperkenalkan ke seluruh dunia oleh seorang lelaki warganegara Perancis yang dikenali dengan nama David Belle. Dialah yang telah memperkenalkan sukan extreme dan lasak ini ke seluruh dunia yang pada awalnya hanya berkembang di Perancis.


David Belle
Diinspirasikan daripada ayahnya, Raymond Belle, seorang tentera Perancis yang berkerja sebagai ‘sapeurs-pompiers’ (bomba tentera). Raymond memperkenalkan kepada David tentang sebuah latihan halang rintang dan metode natural yang akhirnya dikenali dengan nama ‘Parkour’. Sejak saat itu, setiap kali David pulang dari sekolah dia berlatih dengan membuat latihan fizikal dan cuba untuk meloloskan diri dari situasi yang sulit. Menurut David, Parkour berguna sebagai self-defense dalam keadaan tidak terduga. Martial art (seni mempertahankan diri) disebut sebagai sebuah bentuk latihan untuk ‘fight’ (bertarung), parkour pula merupakan suatu bentuk latihan untuk ‘flight’ (kabur dari segi bahaya).


Sebastien Foucan
Ketika berusia 15 tahun, David Belle berpindah ke Lisses (kota di Perancis). Pada waktu itu dia bertemu dengan para remaja di sana yang tertarik dengan apa yang dilakukan oleh David. Di sinilah segalanya bermula dengan lahirnya Team Parkour yang digelar Yamakasi. Bersama teman masa kecilnya, Sebastien Foucan beserta beberapa pemuda lain, mereka mula mengembangkan Yamakasi sebagai team Parkour yang terkenal di serata Perancis. Namun disebabkan perbezaan prinsip, David dan Sebastian berpisah dan meninggalkan Yamakasi. Sehingga saat pengambaran filem Yamakasi yang dibuat pada tahun 2001 juga dijalankan tanpa kehadiran mereka berdua.

Sebastien Foucan juga pernah berlakon dalam filem James Bond: Casino Royale dengan aksi parkour-nya ketika adegan kejar-mengejar dengan James Bond. Korang boleh tengok aksi dia dalam Casino Royale kat laman YouTube – “Chase Part with Sebastian Foucan“. Aku malas nak masukkan kat sini. Hahaa..





Nilai-nilai kehidupan dalam Parkour

  • Menempuh halangan dan masalah dalam kehidupan - 
    Dalam hidup ni, terdapat banyak rintangan dan masalah hidup yang dapat kita lihat. Semua orang pasti mempunyai sesuatu yang ingin dicapai. Di saat kita bergerak untuk menuju ke puncak, banyak rintangan (obstacles) yang akan menghalang. Dengan menggunakan prinsip daripada Parkour, kita akan berusaha menempuh rintangan tersebut dengan indah dan penuh kawalan, dan berupaya menyelesaikan masalah yang kita hadapi dengan penuh efisien dan efektif.
     
  • Berani melawan rasa takut - Seseorang yang takut untuk mencuba sesuatu takkan berupaya untuk berbuat apa-apa dan tidak akan menjadi sesiapa. Semua manusia pasti akan melalui proses ini. Kalau kita tak berani dan tak mampu melawan rasa takut, takkan ada kemajuan dalam kehidupan kita. Kalau kita terlalu berani, kita akan bertindak bodoh; dan jika tersilap langkah boleh menimbulkan kecelakaan. Jangan pula kita terlalu takut kerana kita tidak akan dapat berbuat apa-apa sekiranya takut. Oleh itu, antara rasa takut dan berani tu haruslah kita seimbangkan.
     
  • Bangkit dari kegagalan - Ketika mencuba suatu gerakan dalam Parkour, kita akan selalu mengalami kegagalan atau jatuh. Tapi kalau kita sentiasa bangkit dan mencuba lagi, kita pasti akan menguasai salah satu gerakan tersebut. Begitu juga dalam kehidupan. Kalau kita inginkan kejayaan, kita haruslah berani untuk jatuh atau gagal. Cuba dan cuba lagi banyak kali, dan belajar supaya tidak gagal dan tidak jatuh untuk kali yang seterusnya.
     
  • Sentiasa fleksibel dan bersemangat - Parkour akan membuat diri kita sentiasa fleksibel dan bersemangat. Begitu juga dalam kehidupan. Di saat kita berada dalam situasi yang baru, kita akan berfikir untuk terus fleksibel dan berusaha menyesuaikan diri dengan situasi tersebut. Walaupun situasi tersebut pada awalnya kurang menyenangkan bagi kita.
     
  • Berfikir dengan kreatif dan bebas - Dalam Parkour, kita boleh berimaginasi dan menjadi seorang yang kreatif dengan mencipta gerakan baru atau menggabungkan beberapa gerakan yang kita sudah mahir untuk dijadikan satu gerakan baru. Begitu juga dalam kehidupan. Pelbagai elemen dalam kehidupan ni yang dapat kita gunakan untuk wujudkan satu gaya hidup baru yang sesuai dengan jiwa kita. Kita hanya perlu mengadaptasikan idea dalam situasi hidup yang baru itu secara kreatif dan bebas bagi mengaplikasikannya dalam kehidupan yang kita lalui.

(kredit: Lolo’s Kotoba)


p/s: Korang reti buat jadah parkour nih? Aku tak penah buat lagi. hakhak! silap-silap mau patah kaki ke leher ke. Tak ke naya. Tak nikah aku jawabnya. 


Kredit: anarm.net


Sekian.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...