Halaman

Selasa, 1 Februari 2011

Mesir Oh! Mesir


Mana satu betoi nih? Berita mana yang betoi?  Sumber mana kita  tengok dan ambik serius? Sapa kita nak tengok sedangkan mereka yang berada di Mesir sendiri pon diarahkan berada dalam rumah masing masing. Malah terputus hubungan telekomunikasi dengan dunia luaq. 
Aku arap berita tuh palsu ja. Kalau tidak amat mendukacitakan sama sekali sebab pelajar kita yang dok ada kat sana pastinya beragama Islam dan mereka berada di negara Islam. IslamKAH?. Dimanakah semangat persaudaraan? Jika benar hanya krisis politik negara itu pasepa nak babitkan student luaq negara? Mereka bukan musuh. Mereka cuma pi nak study! Bukak la otak sikit!. 
Aku sebenarnya was-was nak tulih entry nih. Sebab? Kesahihan berita yang kita tak tau dari mana sumber tu. Ada yang main cakap mulut. Menurut mereka kononnya dari rakan mereka. Aku tak nak menafikan semua berita tu cuma sebagai seorang blogger , amatlah bahaya menyebarkan berita yang tak pasti betoi ka dak. Silap-silap kita boleh dituduh menyebarkan berita palsu. Tak ke kes naya tu? *masok ISA ark?* 
Pastu pagi tadi aku tengok kat Malaysiakini, depa tulih lagu nih. "Nasharuddin Mat Isa berkata protes yang dijalankan warga Mesir kini sudah menjadi tidak terkawal dan telahpun menular ke negara-negara di rantau itu. "Saya minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri menyediakan beberapa buah kapal terbang dan segera mengambil semua rakyat Malaysia yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak selamat di Mesir.
"Saya berpendapat tindakan kerajaan mahu menghantar pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana ke negara jiran seperti Jordan, Libya dan Arab Saudi adalah kurang tepat memandangkan protes kebangkitan rakyat telah menjalar ke beberapa buah lagi negara di Timur Tengah termasuk di Jordan sendiri," katanya. Katanya lagi, warga Malaysia di negara kawasan Alexandria di Mesir kini tertekan kerana berada bawah perintah berkurung dan amat sukar untuk mendapatkan makanan. Tambahnya, kes jenayah juga dibimbangi akan berlaku memandangkan "sejumlah besar banduan telah berjaya meloloskan diri daripada penjara." "Selain itu, kawasan Tir'ah pula berada dalam keadaan yang tidak selamat. Kawasan Mansurah pula telah dilabelkan kod jingga sebagai tanda amaran akan berlakunya rusuhan secara besar-besaran," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini." 
Yang nih plak aku usha-usha kat blog. Memang la kat sana ada KRISIS!. DARURAT!! ada yang MATI, ada yang CEDERA. Masalah bekalan makanan pulak akan terputus kalau isu ini berlarutan. Bank juga tidak berfungsi dan airport kat Alexandria dah kena bakaq.Post balai polis suma dah kene bakara and senjata suma orang awam dah curi. Banduan plak suma dah terlepas. Goverment Egypt plan nak potong bekalan air. Tapi sampai sekarang boleh pakai lagi. tak tau bila depa nak potong. So dia orang  hidup dalam kegelapan. Then ATM semua tak boleh pakai. 
Tu info dari mulot ke mulot ja. Takdak sidang media ka hapa. Apa-apa pun, aku sebagai salah seorang dari umat Muhammad s.a.w dan jugak rakyat MALAYSIA!, sudah pastinya mendoakan agar keselamatan mereka yang dok ada kat sana berada dalam keadaan selamat.

Sumber: Malaysiakini


p/s: Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah. 
Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman

4 ulasan:

HEROICzero berkata...

kerajaan Malaysia, please please please, no more bullshits. please. kita bukan nak dengar, pelajar sana selamat, masih terkawal, kita tak perlu risau. no more bullshits najib. bukak mata!

semoga saudara kita selamat, insyaAllah.

GamUHU berkata...

InsyaAllah.

Jiro berkata...

hm ,, menangis aku dengar krisis ni . bakal adik ipar aku ade kat sana ..

GamUHU berkata...

HanisahJiro: sabaq la noh. byk2 bdoa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...