Hehh! jumpa lagi kita kat entry bersiri nie noh. HAHA! pukoi 8:30 baru mangkit lepaih di'col oleh sorang hamba Allah nih. Petang tadi dia kata jangan tidoq tapi aku tidoq gak. Nasib la tak majok, kalo tidak jenuh aku nak pujok. ekeke! =p. Jangan marah eyh kalo baca entry nih. HEHE! Arghh! sudah Gam ang dah melalot dari topik dah nih. Ok! kita balik pi ke tajok entry nih. Kali nih siri ke-empat untuk Loghat Peghelih(Perlis). Selamat Belajar yea?
152. Ceme = Sepet
153. Lengkong = cincau
154. Nira = Manisan
155. cucoq Spera = Karipap inti kelapa
156. Baloq = Birat (bebaloq = berbirat)
157. Bahawa = Teringin
158. Serawa = Bubur manis
159. Sengkak = Kenyang sangat
160. Siau = Mangkuk tingkat
161. Deriyan Benggala = Durian Belanda (Soursoup)
162. Terung Belanda = Terung pipit
163. Timba = Baldi / Gayung
164. Tirai = Langsir
165. Kepoy = Bekas penyukat dibuat dari tempurung
166. Sik = Hisap / Sedut
167. Cebok = Kaut (air)
168. Telaga = Perigi
169. Bagak = Besar
170. Cempera = lari berkeliaran
171. Soq = Sahur
172. Sentoq = Manarik dengan kuat/cepat
173. Bah = Banjir
174. Ban = Batas tali air dekat sawah
175. Gelabah = Nervous / Gentar
176. Hantuk = Laga benda
contoh : " Aku hantuk kepala hang ke dinding " maknanya, " Aku laga kepala kamu ke dinding"
177. Bok kail = Batang pancing
178. Melilau = Merayau
179. Tungging = Terbalikkan
180. Teleng = Senget
181. Bekoit = Parang
182. Bok = Tilam kekabu
183. Kepoh = Reban ayam
184. Lau = Reban ayam
185. Haluih = Kecil
186. Daui = hampas/celaka etc mengambarkan tak puas hati
187. Dokpi = dah pergi
188. Dokmai = dah datang
189. Pi = pergi
190. Mai = Datang / kemari
191. Lagutu = Begitu
192. Laguni = Begini
193. Lagu = Cara / Bagai / Umpama
194. Tengalong = Lontar / Baling
195. Punggai = Lontar / Baling
196. Serlong = Pakai
197. Lengai = Lembab / melambat-lambatkan
198. Lecah = Becak
199. Kampui = Lari laju / gulung tali
200. Kampoh = Tindan
Bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan