Halaman

Rabu, 30 Mac 2011

Neymar diburu Chelsea

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nih aku nak habaq mai pasai budak yang main bola dari Brazil tuh. Mai kita tengok sama-sama.

Penyerang muda Brazil, Neymar menjadi buruan Chelsea pada musim panas ini dengan nilai £30 juta (RM145.6 juta) bagi menggantikan Didier Drogba. Chelsea sebenarnya sudah mengintai kelibat Neymar yang menjaringkan dua gol ketika membantu Brazil menewaskan Scotland 2-0 di Emirates, Ahad lalu sejak dari musim lalu. Bagaimanapun, hajat Chelsea untuk mendapatkan penyerang berusia 19 tahun tersebut yang mengenakan imej rambut Mohican, tertangguh kerana dia dihantui masalah kecederaan ketika itu.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sudah bersedia untuk menggandingkan Neymar dengan Fernando Torres yang dibeli dengan harga £50 juta (RM242.7 juta) manakala Drogba, 33, pula bakal dijual. Abramovich melihat Neymar sebagai pemusnah berbahaya di dalam kotak penalti berdasarkan rekod 59 gol yang dijaringkannya sepanjang hanya 119 perlawanan bersama Santos.

Kini dengan usia dan tahap kecergasan Drogba mula diragui, Neymar dilihat sebagai individu paling sesuai untuk mengisi tempat penyerang Ivory Coast itu di Stamford Bridge.


"Chelsea adalah kelab yang bagus. Jika suatu hari terdapat tawaran, saya akan gembira untuk ke sana. Jika terdapat lagi tawaran dari Chelsea, kami akan duduk berbincang."

Terbaik, itulah mesej 'come and get me' daripada Neymar. Mungkin hati dia tergerak apabila tengok rakan-rakan lain seperti Ramires dan David Luiz berjaya di Chelsea.

p/s: banjir lagi kat peghelih. Mintak-mintak umah sewa aku tak kena. Amin~

Sekian.

2 ulasan:

HEROICzero berkata...

buat pop up lah, senang nak komen.

GamUHU berkata...

HEROICzero: camna tuh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...