Halaman

Khamis, 3 Mac 2011

Sembang Petang

Haihh! hangat betol petang nih. Lani tetiap ari hangat,maybe sebab nak beralih musim kot.  Mau bekah(kering kontang) tengkok aku kalao tak minom ayaq time tengah-tengah ari.  Masa aku mula taip entry nih tertera nombor 5:22 kat bawah belah kanan lappy nih. Tak sampai 5 jam aku sampai umah dah kena buang papan playwood kat lori tuan rumah. Nak tak nak walaupon ada lenguh badan macam nak demam, aku tologn gak la tuan rumah. Bukan pa, lani aku dah makin jarang balik and tolong dia kat umah nih. Yela, dah abih dah musim mengerat(menuai) padi. Dah abih buang suma tuh kena basoh plak. Aisehh! penat dowh! dengan hangat nak mampoih. Takpa, bak kata membe aku "hangat dunia". cilaka!. Korang tau tak papan playwood yang aku maksudkan tuh? Taktau erk? Ermm! kejap!
Haa! korang nampak playwood kat belakang lori tu. yang tutop bahagian ataih. Dah jadi lumrah dalam idop aku start dari umoq 12 taon kot lebih kurang. Aku tolong tuan rumah keja pasang natang playwood tuh. buang bila dah abih musim mengerat. Kadang-kadang tu cat besi bahagian belakang lori tu pon keja aku. Pastu, tukaq and pasang bateri lori pon dah jadi kacang bagi aku. Eceyh! macam riak la plak. keh3x.

benti taip entry, pi makan kuih 'pat segi' ngan milo sat! keh3x

Ok! sambong




Ermm! tu baru ceta pasai pasang, buang papan playwood, cat besi. tak masok lagi buang selot kat ataih jalan. Yela, dah mesin padi tu gerak nak pi satu tempat tu bukan buleh terbang! Mesti lalu kot ataih jalan jugak. Kalo musim kemarau kira okey la petak sawah kering. So, tadak la selot-selot tuh. Kadang-kadang tu kalo ada ayaq kat dalam petak sawah tuh, mesti ada selot lekat dekat trek, orang kampung aku panggil 'trek' tuh tayar mesin padi tuh. Aku pon taktau pasepa. Tak penah kaji lagi. keh3x. Haa! pasal selot ataih jalan tuh. dah jadi kerja part time aku kalo aku ada kat umah, then tadak keja apa pa. Maklum lah tuan rumah tuh orang yang handle mesin padi kat area kampung aku nih. So, anak tuan rumah nih pon ada jugak la tugas tak rasmi. keh3x. Apa pon korang nak kata takpon orang lain kata, aku tak kisah. Janji tu dah salah satu khidmat masyarakat yang aku buat. PEACE!

Memang best buat benda-benda alah nih. Biaq letih ka, penat ka tapi bagi aku berbaloi. Ada pengajaran, macam orang tua dulu-dulu lagi terok. Kena kandaq(pikul) padi dari petak sawah pi ke kilang. Tak ke haru kalo yang tuh. Takpon ada satu cara lagi orang dulu-dulu simpan padi-padi dalam jelapang. Kira nak makan baru la guna. Ada yang pi kisaq padi tu untuk nak buang kulit n nak jadikan beras. Ada yang tampi(buang kulit padi) sendiri. Lani dah tukaq, dunia makin maju. Guna jari lori pon boleh nak angkut pi kilang. HAHA! *tak tiru iklan syampoo okeh!*
jelapang
Ayark!! Pejam celik pejam celik, dah senja dah. Ok! chiow dulu keh? Nanti ada story apa pa aku open entry baru. 
Pic credit: Yahoo! Image

Sekian.

3 ulasan:

Zania- berkata...

hahaha..
xboleh blah siap ada translator lagi~

GamUHU berkata...

Zania: HAHA! jangan jelez jelez yea? =p

norfasihah berkata...

uihhh kelia ang,,tapa2 jnji ank tokey..ahakk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...