Halaman

Selasa, 8 Mac 2011

Gitar oh! gitar

Kali nih aku nak buat entry pasal alat muzik yang satu nih 'gitar'. Aku minat gila jugak dengan alat-alat muzik nih. Tapi tak reti nak main. Setakat kastenet, kerincing, loceng dengan kayu tiktok aku tau la. Tu pon sebab ada dalam silibus subjek muzik masa sekolah rendah dulu ada ajaq benda-benda alah tuh. Ada lagi erk lanih? 
Bukan tak teringin. Aku teringin tapi masalah aku malas. keh3x. Itu la salah satu penyakit orang melayu lanih. Haihh! tapi tak suma macam tu okey? 

Story pasal nih aku teringat masa darjah 5 aku pi KL. Ada jadah apa tah masa tuh. Kalo tak silap aku hari kanak-kanak sedunia kot. Kira wakil negeri la pi tu.Eceyhh! Sekolah aku antaq aku dengan membe aku sorang nih. pompuan. Ermm time tu free aku jalan-jalan la dengan roomate aku. Lupa da nama dia nih. Kami pi jejalan kat area hotel kami stay tuh(pon lupa nama apa). So, nampak la dua tiga orang mamat nih lepak depan satu kedai yang tak bukak nih. Dengan baju lusuh, jeans yang tak berapa nak ada kaler dah. Kat depan diorang ada guitar case. Maen gitar nyanyi lagu. Perghh! memang stylo la wa cakap lu.

Sejak dari tu aku ada la pasang niat. Lepas dari tu nak beli satu gitar kapok tuh then belajaq maen. Pastuh gitar nih sebenaqnya satu medium la untuk jejaka mamat yang takdak awek nih nak pikat pompuan. Erk! tak caya? Pompuan nih jenih ati lembot, patu diorang nih cukop suka kalo lagu-lagu yang dimainkan ada bait-bait yang puji diorang. Tambah-tambah pulak dalam bentuk sweet-sweet gitu. Mak aii, janda pon boleh cayaq. Hakhak!
gitar kapok
Korang tak caya? tengok la lagu-lagu yang puak-puak artis dok nyanyi. Banyak kot lagu-lagu nama pompuan yang ada kaitan dengan ati-ati nih.
> Rozana
> Isabella
> Nur Nilam Sari
> Jesnita
> Farhana 
> Tiara

Okey! dalam banyak-banyak nih, korang terai tengok tukaq nama-nama pompuan tu pi ke laki. Aku bagi satu contoh.
cuba korang bayangkan yang lagu TIARA dari kumpulan KRIS di tukar kepada FAIZAL

FAIZAL... menggamit kenangan zaman persekolahan 
FAIZAL... ku mimpi kita bersanding atas kayangan 
Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam 
Di malam pesta engkau bisikkan 
Kata azimat di telinga 

Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah 
Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata 
Engkau jauh meniti puncak menara gading 
Yang menjanjikan hidup sempurna 
Tapi aku hanya tunduk ke bumi 
Hidup tertekan 

Jika kau bertemu aku begini 
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi 
Di penjara terkurung terhukum 
Hanya bertemankan sepi 

Bisakah kau menghargai 
Cintaku yang suci ini... 
Oh!FAIZAL ... pedihnya 
Dapatkah kau merasakan... 

Bisakah, masih bisakah 
Engkau hargai cintaku lagi 
Oh! FAIZAL pedihnya dapatkah kau merasakan 
Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya... 
FAIZAL... Oh.! 

Celaka! Geli gila bila aku terai nyanyi sorang-sorang kat dalam bilik. hakhak! Korang taktau la geli ka tak. Hadoi!. Pastuu kalo la satu hari nanti aku diTAKDIRKAN jadi artis. keh3x perasan! Sebab tu aku kata KALO! Okey sambung, kalo aku jadi artis aku nak solo jerk plus maen gitar. Bukan apa kalo jadi vocalist nih. Awek-awek cuma pandang vocalist jerk. Bagi aku nih tak fair. So, aku rasa baik solo.
Sebelom jadi apa pa aku dah buat result sesiap. Macam Ana Raffali takpon Yuna. Style kot!. Pegang gitar jerk. Kalo maen drum. Takkan nak bawak drum ke hulu ke hilir kot. Silap-silap tercabot lehiaq. hakhak!

Ermm! InsyAllah lepaih abih study aku nak beli gitar and belajaq maen. Kalo maen lani bukan tak buleh, tapi takot tak study and aku tau aku jenih macam mana. Ada satu-satu benda tuh yang best. Payah nak tinggai. Contoh paling dekat. fesbuk dengan blog. Pastu, result ke mana harapan tuan and puan rumah entah ke mana.

Sekian.

2 ulasan:

Ct Aja berkata...

teringat zaman sek ren slalu main alat2 tu dalam subjk muzik...

GamUHU berkata...

betoi3x.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...