Halaman

Rabu, 30 Mac 2011

Neymar diburu Chelsea

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nih aku nak habaq mai pasai budak yang main bola dari Brazil tuh. Mai kita tengok sama-sama.

Penyerang muda Brazil, Neymar menjadi buruan Chelsea pada musim panas ini dengan nilai £30 juta (RM145.6 juta) bagi menggantikan Didier Drogba. Chelsea sebenarnya sudah mengintai kelibat Neymar yang menjaringkan dua gol ketika membantu Brazil menewaskan Scotland 2-0 di Emirates, Ahad lalu sejak dari musim lalu. Bagaimanapun, hajat Chelsea untuk mendapatkan penyerang berusia 19 tahun tersebut yang mengenakan imej rambut Mohican, tertangguh kerana dia dihantui masalah kecederaan ketika itu.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sudah bersedia untuk menggandingkan Neymar dengan Fernando Torres yang dibeli dengan harga £50 juta (RM242.7 juta) manakala Drogba, 33, pula bakal dijual. Abramovich melihat Neymar sebagai pemusnah berbahaya di dalam kotak penalti berdasarkan rekod 59 gol yang dijaringkannya sepanjang hanya 119 perlawanan bersama Santos.

Kini dengan usia dan tahap kecergasan Drogba mula diragui, Neymar dilihat sebagai individu paling sesuai untuk mengisi tempat penyerang Ivory Coast itu di Stamford Bridge.


"Chelsea adalah kelab yang bagus. Jika suatu hari terdapat tawaran, saya akan gembira untuk ke sana. Jika terdapat lagi tawaran dari Chelsea, kami akan duduk berbincang."

Terbaik, itulah mesej 'come and get me' daripada Neymar. Mungkin hati dia tergerak apabila tengok rakan-rakan lain seperti Ramires dan David Luiz berjaya di Chelsea.

p/s: banjir lagi kat peghelih. Mintak-mintak umah sewa aku tak kena. Amin~

Sekian.

Lukisan Di Cermin Kereta

Entry hari ini aku nak tunjuk gambar lukisan yang sangat menarik yang dilukis di atas cermin kereta yang berhabuk. Lukisan nih hasil kreativiti daripada Scott Wade. Memang aku tabik la dengan mamat nih. Stylo kot! Untuk melihat hasil karyanya, bolehla pi melawat kat  laman web dirtycarart.com













p/s: korang boleh buat? aku surrender awai lagi. 

Sekian.

Sabtu, 26 Mac 2011

Stadium Termahal Dunia

Harini aku kembali dengan entry baru untuk minggu ini sebelum menyepi kembali bermula malam nanti hingga ke minggu hadapan. Entry harini aku nak tunjuk senarai stadium paling mahal di dunia. Dalam dunia sukan, stadium adalah elemen yang sangat penting. Sesetengah pasukan kelab sanggup mengeluarkan wang untuk beberapa ratus bilion hanya untuk membina stadium yang besar dan megah. Mereka tidak ragu-ragu untuk menghabiskan banyak wang untuk membina sebuah stadium yang besar dan megah, kerana dengan sebuah stadium besar, ia akan mampu menampung banyak penonton juga akan secara tidak langsung memberikan positif bagi kelab baik dari segi aspek teknikal dan kewangan.


10.ANZ Stadium – Sydney, Australia ($ 624 million)

9. Safeco Field – Seattle, USA ($ 656 million)

8. Lucas Oil Stadium – Indianapolis, USA ($ 675 million)

7. Soldier Field – Chicago, USA ($ 714 million)

The Emirates Stadium – London,England ($ 770 million)

5. Roger Center – Toronto, Canada ( $ 930 million)

4. State de France – Paris, France ( $ 974 million)

3. Madison square garden – New York, USA ($ 1.1 billion)

2. Olympic Stadium – Montreal, Canada ($ 1.4 billion)

1. Wembley Stadium – London, England ($ 1.5 billion)
Sumber: serba-sepuluh

Sekian.

Laptop terbaik 2011

Pada tahun 2011 ini, banyak syarikat yang bawak keluaq laptop kat pasaran. Hampir semuanya menawarkan kemudahan yang canggih dan bersaing. Maka tak heran kalo boleh membuat pengguna jadi penink lalat nak pilih yang mana satu. Kat sini aku ada bagi 10 jenih laptop terbaik untuk taon 2011 buat setakat ini untuk sapa-sapa yang nak beli.

Berikut ini adalah daftar 10 Laptop terbaik di tahun 2011 yang layak direkomendasikan untuk dibeli (Berikut Spesifikasinya):

10. Apple MacBook Air

• Brand : Apple
• Model : MacBook Air (1.86 GHz)
• Processor : Intel core2 Duo
• Operating System : Mac OS X + Life
• Display Screen Size & Type : 13.3″ Inch & LED-backlit
• Display Resolution : 1280 * 800
• Processor Cache Memory : 6144 KB
• RAM: 2048 MB
• Hard Disk Drive: 128 (Solid State)
• Video Display Card: Dedicated
• Video Card Memory: 256 MB
• Wi-fi : 802.11n
• USB Port: 1
• Mouse Type: Touchpad
• Weight: 1.36 Kg
• Battery Life: 4.5 Hours
• Color Option: Aluminum
• Warranty Period: One Year

9. Lenovo G550

• Intel Pentium Dual-Core T4200 (2.00GHz, 1MB L2 cache, 800MHz FSB)
• Microsoft Genuine Windows Vista Home Premium (w/ SP1)
• 15.6-inch glossy 16:9 display (1366×768)
• Intel Graphics Media Accelerator 4500MHD
• 3GB DDR3 1066MHz RAM
• 250GB Western Digital 5400RPM HDD
• SuperMulti DVD+/-RW Optical Drive
• Broadcom WiFi (802.11b/g), 10/100 Ethernet, Modem
• 6-Cell 11.1V 48WHr Battery
• Limited 1-year standard parts and labor warranty
• Dimensions: LxWxH, 14.9 x 9.6 x 1.4″
• Weight: 5lbs 9.0oz

8. Toshiba Satellite L645D

• 14.0 inches of diagonal wide screen TruBrite TFT screen
• 1366 x 768 pixel of screen resolution
• 1MB L2 cache
• 3GB DDR3 system memory
• 320GB (5400 RPM) hard disk drive
• Microsoft Windows 7 Home Premium operating system (64-bit version)
• 2.2 GHz AMD Athlon II Dual-Core P340 processor
• ATI Radeon HD 4250 graphics card
• 8x SuperMulti DVD drive
• Toshiba Media Controller
• Wi-Fi networking connectivity
• Fast Ethernet (10/100)
• Microsoft Office Starter 2010
• Multi in 1 digital media reader
• Built-in stereo speakers with Dolby Advanced Audio
• 3 total USB 2.0 ports with 1 eSATA/USB combo port
• 6 cell/48Wh Lithium Ion battery
• VGA video output
• Microphone and headphone jacks
• 13.3 x 9.13 x 1.5 inches of dimension
• 4.98 pounds of weight

7. HP Pavilion DV6

• Chipset: AMD M770
• L2 Cache : 1MB
• FSB : Up to 3600MHz
• 4GB PC2-6400 DDR2 RAM (800MHz)
• 320GB SATA Hard Disk Drive with HDD Protection ( RPM 5400)
• Super Multi Drive DVD +/- RW / +/-R Writer (Light Scribe)
• 15.6″ Widescreen (WXGA) with Bright view Technology
• Windows Vista Home Premium Operating System (32Bit)
• Fingerprint Reader
• VGA Webcam
• Microphones
• Integrated 802.11a/b/g/draft-n Wireless LAN
• Bluetooth
• ATI Mobility Radeon HD 4650 -1GB Dedicated Graphics
• One HDMI v1.3 Port
• One eSATA/USB Combo Port
• 3 USB 2.0 Ports
• Weight : 2.93Kgs
• 6 Cell Lithium Battery
• Carry Case
• HP Mobile Express Card Remote Control
• HP Games

6. ASUS UL30A

• 13.3-inch LED-backlit display
• A full-sized island-style keyboard
• Integrated web camera
• Pre-installed Microsoft Windows 7 Home Premium OS
• 4GB RAM
• 500GB hard drive
• 1.3GHz Intel SU7300 core 2 duo processor
• 3 USB slots
• Multi-format memory card reader
• Altec Lansing speakers, & SRS surround
• HDMI port

5. Dell Inspiron i14R

• 2.13GHz Intel Pentium Core i3-330M processor with 3MB cache
• 4GB DDR3 SDRAM at 1066MHz
• 500GB, 5400 RPM hard drive; 8x Dual-Layer DVD+/-RW Drive
• Integrated Intel HD Graphics and 14-inch High-Definition WLED
• Genuine Windows 7 Home Premium (64-Bit) operating system
Processor, Memory, and Motherboard
• Processor: 2.26 hertz Intel Core i3
• RAM: 4 GB
• Memory Slots: 2
• Hard Drive: 500 GB
• Speed: 5400 rpm

4. Alienware M11X

• Intel Core TM 2 Duo SU7300 (1.3GHz/800Mhz FSB/3MB cache)
• Genuine Windows® 7 Ultimate 64-Bit
• 2, 4, 8GB Dual Channel DDR3 at 800MHz
• Mobile Intel® GS45 Chipset
• 1024MB NVIDIA® GeForce® GT335M
• 11.6 inch display (1366X768)
• Internal High-Definition 5.1 Surround Sound Audio
• Up to 640GB5 SATA II hard drive (7200RPM)
• (Optional) External USB Slot-Loading DVD Burner (DVD±RW)
• 8 Cell Prismatic (64 whr) – Primary
• IEEE 1394a (4-pin) port
• Integrated Ethernet RJ-45 (100 Mbps)
• Audio In / Microphone Jack (remarkable for 5.1 audio)
• Two Built-In Front Speakers
• Height: 32.7mm (1.29 inches)
• Width: 285.7mm (11.25 inches)
• Depth: 233.3mm (9.19 inches)

3. Toshiba Portege R700

• 13.3″ HD widescreen LED-backlit display
• Intel Core i3, i5, i7 processor options
• 4GB DDR 3 RAM
• Airflow Cooling Technology
• Premium raised keyboard
• TouchPad with customizable Multi-Touch Control
• Windows 7 professional
• ExpressCard, eSATA/USB combo port, webcam
• DVD SuperMulti drive
• Docking capabilities

2. HP Envy 14

• Intel(R) Core(TM) i7-720QM Quad Core processor (1.6GHz, 6MB L3 Cache) with Turbo Boost up to 2.8 GHz
• 1GB ATI Mobility Radeon(TM) HD 5650 DDR3 graphics [HDMI] – For Quad Core Processors
• 6GB DDR3 System Memory (2 Dimm)
• 640GB 7200RPM Hard Drive with HP ProtectSmart Hard Drive Protection
• 8 Cell Lithium Ion Battery (standard) – Up to 6.0 hours of battery life +++
• 14.5″ diagonal High Definition HP BrightView Infinity LED Display (1366×768)
• SuperMulti 8X DVD+/-R/RW with Double Layer Support
• HP TrueVision HD Webcam and Dual Digital Integrated Microphones
• Intel Wireless-N Card with Bluetooth
• Backlit Keyboard
• Adobe(R) Photoshop(R) Elements 8 & Adobe Premiere(R) Elements 8

1. Apple MACBook Pro

• OS: Mac OS 10.6: Snow Leopard
• Screen: 17-inch, 1920×1200
• Processor: Quad core Intel i7 2.2Ghz
• Graphics: Intel HD Graphics 3000, with 1GB AMD Radeon HD 6750M
• Memory: 4GB (2x2GB)
• Storage: 750GB
• Optical drive: Yes
• Battery claimed: Seven hours
• Connections: FireWire 800, 3xUSB 2.0, Thunderbolt, Audio in, Audio out, N Wi-Fi, Bluetooth 2.1, Express card
• Dimensions/Weight: 250x393x27mm/2.99kg


Pada korang yang nak cari Laptop berkualiti, mungkin 10 Laptop kat ataih tuh boleh la korang pilih. SELAMAT MEMILIH. :)

Sekian.

Jumaat, 25 Mac 2011

Minum Ais Dan Kesannya?

Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia. Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya. Ada yang menyarankan amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya.

Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.

Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung.

Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman. Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum, perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan luaran mereka. 

Kata Halimah, walau bagaimana haus sekali pun, minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari. “Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa. “Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas,” katanya.

Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, Halimah turut menasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranakan. Halimah berkata, penyakit hari ini senang singgah pada badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu disembuhkan. Amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil. Individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya.

Amalan minum minuman sejuk atau berais juga dikatakan boleh menyebabkan perut mudah buncit. Katanya, orang tua sering berpesan supaya jangan makan berselang dengan minum kerana ia juga akan menyebabkan perut menjadi buncit. “Amalan menghirup sup ketika makan nasi juga tidak digalakkan kerana sup juga seperti air, boleh menyebabkan perut membuncit serta tidak elok diberi kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah diserang demam.
Rahsia ais dan air sejuk:-

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.
■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,
■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.
■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.
■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.
■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.
■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.
■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.
■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.
■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Khamis, 24 Mac 2011

Fadhilat Jumaat



ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Sumber: Google 

Sekian.

Kapur 3D



Oukeh! korang dah tengok kat gambaq mamat kat ataih nih. Kenai dak sapa? Nih yang aku nak story nih. Kalau aritu aku tulis satu entry pasal Dalton Ghetti yang ukir kat pensil tuh. Arinih plak aku nak tulih pasal Julian Beever pulak. Julian Beever ni banyak melukis lukisan jalanan yang memang nampak macam real dengan hanya menggunakan kapur. Memang real la dia nih lukis. Kalo tak caya, korang tengok nih.

antara hasil seni beliau :















Real dak? Bagi aku memang stylo la mamat nih. Guna jari kapur pon buleh. Haihhh! Lain orang lain kemahiran kat dunia nih. Nanti kalo ada yang style² aku buat entry laen plak noh. Oke chiow.

Sekian.

Sabtu, 19 Mac 2011

Berciom bagus?

Ouke kawan-kawan, hari nih Sabtu, 19/3. So, arinih aku nak bagitau ke'bagos'an berciom mulot. HAHA! Mesti terkejut. Ini hanyalah info. Berciom nih bukan sahaja memberikan keseronokan atau nikmat TAPI boleh jugak melawan beberapa jenih penyakit. Bukan menggalakkan korang untuk buat. Pandai-pandai la tanggung untuk yang belum diijabkabulkan tuh.
Kelebihan serta keistimewaan berciom:
1. Berciom dapat membantu pengaliran darah kerana jantung bergerak lebih cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
2. Selepas berciom, paru-paru akan bergerak 3 kali ganda lebih cepat. Ia baik untuk mengelakkan saket paru-paru.
3. Menurut sesetengah doktor gigi, berciom dapat mencegah gigi daripada berlubang. Cioman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakkan pada gigi.
4. Proses cioman yang berlaku selama lebih daripada 3 minit dapat membantu seseorang daripada tekanan hidup dan stress.
5. Pasangan yang memulakan rutin harian mereka dengan berciom sebelum pergi ke kerja dapat memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan.
6. Cioman juga dapat memberikan ketenangan diri dan membuatkan diri mereka dihargai.
7. Melalui cioman juga, ianya boleh membakar 2-3 kalori seminit dan meningkatkan metabolisma. Malah kalo berciom lebih kurang 20 saat sebanyak 3 kali dalam sehari dipercayai dapat mengurangkan berat.
8. Sangat baik untuk jantung kerana menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
9. Mereka yang sering berciom jarang mendapat masalah-masalah perut.
10. Dapat menegangkan otot pipi yang dikatakan mempunyai tak kurang dari 30 otot. Mencegah otot pipi menjadi kendur dan membantu kulit menjadi halus serta tingkatkan peredaran darah.


kHaa bagi yang dah baca entry nih buat la erk. Tapi untuh dah BERKAHWIN SAHAJA. Yang belom tu tak BOLEH. Jangan nak gatai-gatai okeh? HAHA!
SELAMAT BERCIOM!.
Sekian.

Jumaat, 18 Mac 2011

Kereta Polis Terbaik Dunia


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Haihh! nak tulih entry pasal apa tah pon taktau. Tadi masa blogwalking aku terpikir nak buat entry pasal kereta. Last aku buat entry pasal kereta Satria Neo R3 lebih kurang seminggu lepas. Kali nih aku nak bagitau pasal kereta-kereta polis TERBAIK kat dunia termasok la Malaysia. Kat sini aku bagi 11 jenih kereta polis dari beberapa negara. So, korang tengok la sendiri okeyh? 

1.Lamborghini Gallardo (Itali,United Kingdom,Afrika Selatan)


Kereta yang berkuasa 5 liter V10 dan 500hp mampu untuk pergi dengan kelajuan maksimum 190mph. Kereta ini dipilih oleh ketiga² negara ini mungkin disebabkan negara tersebut mempunyai lebuhraya yang dibina untuk kelajuan dan tidak mempunyai had laju di beberapa kawasan.

2.Porche 911 (Jerman,Austria,Romania)



Porche 911 ini dilengkapi dengan 6 cylinder engine dan 500hp dan mampu untuk pergi dengan kelajuan maksimum 177-186 mph.

3.Corvette c6 (USA)



4.Hummer H2 (USA)

Ini adalah Hummer H2 yang terpantas yang direka khas untuk syerif² di Texas. Hummer ini menggunakan enjin supercharged v8.

5.Brabus CLS v12S (Jerman)
Dengan kuasa 730 hp dari enjin V12 twin-turbo dan kelajuan boleh mencapai 225.19mph, Brabus CLS Rocket kereta sedan yang terpantas di dunia.

6.Mini Cooper (Jerman)


7.BMW M3 (Belanda)




8.Mitsubishi Evo X (Malaysia,England)

Model sedan Lancer Evolution X menampilkan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo, 4 sebaris. Kuasa dan tork adalah bergantung kepada pasaran tetapi kesemuanya menghasilkan sekurang-kurangnya 280 PS (276 hp, 206 kW).  Pergh! Kereta polis malaysia pon tersenarai juga. Bangga gila. MALAYSIA boleh!!

9.Nissan Skyline (Jepun)


Bila remaja² jepun bermain 'drift' menuruni bukit dan di tengah kota dengan evo turbo mereka dan subaru. Kereta yang sesuai dengan keadaan tersebut tak lain tak bukan ialah Nissan Skyline. Sayangnya bukan R35

10.Ford Mustang GT (USA)


11.Dodge Magnum (USA)

Kereta peronda ini dimiliki oleh Polis USA dari Michigan yang mahu menjadikan polis mereka lebih bergaya.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...