Halaman

Khamis, 1 Disember 2011

Masa Kecik

Kalo boleh diulang masa mesti semua orang akan ulang balik masa sebelom nih. Korang tanya aku sekalipun, aku mahu juga diulang masa itu. Siapa yang tidak mahu masa diulang. Tapi, persoalannya masa tidak boleh diulang. Kalau ada doraemon sekalipun, bolehkah? Doraemon tu tak wujud la bangang! Boleh ke guna benda-benda alah yang ada dalam poket dia? Haihh! itu suma wayang ja tuh. fantasi! fantasi! bukan realiti.


Bila ingat-ingat balik masa kecik-kecik dulu, banyak jugak perkara-perkara habit yang tak blah/annoying/cannot go. Pikir-pikir balik agak bodoh kurang pandai jugak la masa tuh. Tapi tu masa kecik-kecik, sekarang lebih kurang juga. hakhak!



1st-
Dulu-dulu tuan and puan umah selalu bawak aku dengan adik beradik tepi pantai time petang-petang kat kola peghelih. Tapi tak la selalu sangat. Boleh dikira dengan jari. Aku ingat lagi kalo cuti-cuti sekolah, kami pi mandi kat batu feringhi, itu kat Penang dah bukan  negeri aku lagi. Puan rumah aku cakap jangan mandi jaoh-jaoh sangat. Nanti sampai ujung laut tu pastu jatuh entah pi mana. 
Bila dah sekolah, cikgu ada ajaq yang bumi nih bentuk sfera. Takdak yang bersegi-segi sampai buleh jatoh macam puan rumah bagitau tuh. hakhak! Free ja kena kencing. padan muka aku!.

2nd-
Dulu masa kecik-kecik, aku selalu tengok drama/movie cintan plus dengan romance² gitu. Dalam drama/movie tuh mesti ada scene ciom-ciom nih. ayarkk! tuan rumah cukop marah kalau tengok-tengok benda-benda macam tu. hakhak! tapi aku suka. Sembunyi-sembunyi jugak. Bukan porn okeyh! Time tuh taktau lagi pasal porn-porn nih. Ok sambung, aku ingat lepaih ciom-ciom tuh larh terjadinya baby! keh3x. Bengap tak?
Rupa-rupanya, masok ja darjah 4 cikgu ada ajaq part pembiakan. Baru aku tau, kalo nak dapat baby kena ehem-ehem dulu. Bak kata ustaz aku dekat poli "berus celak masok dalam botol celak".

3rd-
Bila waktu petang ja masa kecik-kecik dulu port aku maen yang tak lain tak bukan ofcoz depan rumah sebab budak-budak lagi tak pandai lagi main jaoh-jaoh, takut sama. Pastu aku nih jenis tak pakai kasut kalau main. Puan rumah selalu beletiaq, dia cakap kalo tak pakai kasut nanti cacing masuk dalam kaki then isap darah. Aku pikir masa tuh cacing tuh masuk then hisap darah pastu mesti mati. Tambah plak aku ingat cacing tuh besar jari kelinking. takmau aku! hakhak!

4th-
Kalo pasal buah pulak aku suka makan jambu batu. Kan biji jambu tuh banyak papoi. Aku tak buang arhh. Pastu aku dok bayang kalau-kalau biji tu tumbuh kat dalam perut mampus aku. Gila! tengok-tengok terkeluaq daun kot telinga, tumbuh akaq kat tumit. hakhak! sengal betoi. Sama jugak dengan buah delima. korang tau buah delima? Taktau? Nih haa kat bawah ada. Ada ke orang makan buah delima buang biji? 
 

5th-
Kalo masa tengahari dok lepak-lepak kat luaq rumah sambil kena angin. Maklum lah tengahari kan hangat/panas. Angin kat rumah aku plak kuat-kuat, tambah-tambah musim kemarau. Perghhh! macam ribut. Aku dok usha matahari. Aku dok pikir matahari tu banyak mana api ntah yang buat sampai panas macam nih. hakhak! bertambah la kesengalan aku. haihhh!

6th-
Lebih kurang matahari la. Tapi yang nih bulan pulak. haha! Aku ingat guna karan(letrik) sebab tuh la ada cahaya terang gila. Banyak betoi kena guna duit kalau macam nih. Time naik kereta malam-malam aku tanya puan rumah, "napa kita pi tang mana pon bulan tu ada. dia dok ikot kita ka?". Puan rumah aku jawab "haa! ikot kita la, dok tengok hang tuh. ketegaq!". Sebab tu kalo naik kereta aku usha bulan, aku duduk senyap. hakhak!

Sekian.

5 ulasan:

Solihin Zubir berkata...

part telan biji buah tumbuh pokok dlm badan tu lawak gila! haha..

.drakula. berkata...

indah sungguh menjadi kecil ...

GamUHU berkata...

@solihin, budak-budak lagi time tu.

GamUHU berkata...

@republic, kalau boleh masa itu diundur masa. aku mahu.

Cik Eyla berkata...

bangang tol entry nih..aku pom rindu zmn bdk2..eh,tetibe je,haha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...