Halaman

Sabtu, 31 Disember 2011

Derita Anak ke-Dua

Ada satu malam tuh, time nih aku balik peghelih, kampung halaman aku. Ada dekat 3 minggu kot aku tak pijak kampung nih. Padahal dekat jerk umah sewa aku dengan kampung. Kalo betol-betol pulas throttle minyak tuh, dekat sengah jam sampai la. Time nih aku tengah baring-baring atas katil, jauh jugak pikiran aku merewang. Haihh!

Aku ada sorang abang then dua orang adik. Sorang laki and sorang pompuan. Pada yang lembap pick-up sket tuh, senang kira aku nih anak ke-dua dari empat orang adik beradik. Seksanya jadi anak ke-dua nih, aku ja yang tau. Haihh! tak kan nak pi ceghita kat orang pulak. kan? Bila gadoh ngan abang or adik aku, tadak sapa nak backing aku. Nak ngadu kat puan rumah? Ermm. baik tayah cakap.

Aku dok bayangkan kalo aku ada kakak. Perghh! seronok jugak kan. Yela, dalam family aku yang sulong tuh laki. Nikah pon belom. SO, tadak la kakak lagik. Macam nak tanya ja kat puan rumah.

"Mak, abang iji nak kakak. Napa mak tak keluaqkan kakak yang awai-awai?" Boleh ark lagu tu? Tak pasal-pasal selipar jepon takpun tedung periuk bersaiz 2 jengkal diameter terbang mai kat kepala aku.

Tapi takpa, nanti abang aku kawen dapat la kakak kot. HAHA! tu pon kalo kawen. Haihh!.

Lani kalo sebut pasal adik beradik, ada satu benda aku tak rasa puas ati. Tak lain tak bukan kalo pasal gadoh. Kalo ngadu kat puan rumah dah boleh hapal dah jawapan dia. Lebih kurang macam nih la.

Bila bekelaen dengan abang :
"Ang tuh adik kena la hormat abang ang tuh. Dia kan tua dari ang"

Bila bekelaen dengan adik-adik pulak :
Dengan otomatik tanpa disuruh, jawapan tu bertukaq servis "Ang tu abang, kena la beralah sikit dengan adik-adik, tunjuk kata ang tuh dah besaq".

Oh, Ok. Asyik-asyik beralah, bila masa nak menang? Huhh!!


Kalo pasal nak beli barang pulak. Nih pasal kecik-kecik dulu larh. Nak beli pape pon yang sama tuh,macam baju ka, maenan ka (masakecik-kecik SAHAJA) mesti kena jugak beralah. Ekspesiali ngan adik laki. Jawapan dari puan rumah pon lebih kurang macam kat ataih tuh la.
"Ang tu abang, kena la beralah sikit dengan adik-adik, ang pilih la yang laen".

Tu kalo dari segi berkelaen ngan beli barang, kalo dari part lain contoh pakaian satu hal jugak. Baju-baju aku habis dirembat adik aku yang laki tuh. Kadang-kadang tu sampai tadak baju aku. Yala, aku dok umah sewa, takkan nak angkut baju pi balik-pi balik kot. Mesti la tinggai umah siket. Elok ja dok umah, Balik-balik tengok-tengok lesap. Celaka! Dari baju, seluar pendek,trek, tinggai spenda ja dia tak balas. Nasib!.



Sekian.

3 ulasan:

storyfromme berkata...

hihihihi..sabar jela.tapi selalunya anak kedua ni anak yang paling rajin.

Republic berkata...

keh3 faham sangat aku...

Munie Blushious berkata...

hahahaha..
aku 4 beradik gak..tp dlm family, kami semua paling jeles ngn anak kedua, sbb dy paling manja..
apa dy nak semua dpt, tau sbb apa jd lagu tu?
sbb dia paling pandai dan menjadi kebanggaan mak pak aku..
dem3x !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...