Halaman

Isnin, 19 Disember 2011

Ludah!

Ludah? Ni apa pasal sampai nak ludah-ludah? Ingat mahasiswa tu sorang dua ka? Kalau sorang sekali ludah. Mati lemas kau dengan air liur yang diludahkan itu. Tahu? Sudah-sudah la. Pasal turunkan bendera pun mahu diludah-ludah. Panglima-panglima sekalian, ingatlah mungkin salah seorang mahasiswa-mahasiswa ini juga akan mengambil alih negara lepas ini. Mana tahu kan? Orang-orang di atas sekarang akan berada dibawah pula. Pikir-pikirkan lah. 

Kes ini aku tengok segenap blog ada entry pasal ini. Bermula dengan desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971. Semasa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberikan ucapan, seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai protes di bagunan UMNO, Putra World Trace Centre (PWTC).

tuuiii!!

Ni apa kes sampai nak ludah-ludah. Macam ini kah mahu orang hormat, respect? Cakap lagak macam gangster. Memang begini panglima perang Pemuda UMNO diajar bercakap? Hendak ditegur dicakap biadap, sampai nak ditampar-tampar bagai cara untuk mengajar. Comfirm-comfirm FAIL dalam etika mengajar. Okey, aku taknak cakap banyak. Kang masuk ISA. Eh! silap, ISA sudah lupus, masuk tibi @ femes diblog-blog sekutu brader nih pula.

Sampai buat video-video, dah kira ugut nih. Tahu?


Tidak cukup dengan itu lagi, lebih kurang 50 ahli dipercayai Pemuda UMNO yang menggunakan platform seperti wakil Felda, PERKASA dan lain-lain telah menyerbu Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). UMNO yang terkenal mencarut dalam berdemo telah mencarut, provokasi warga mahasiswa UPSI berkenaan hal turun bendera Najib di PWTC. 

Di AdukaTaruna ada gambaran keadaan di UPSI. Lebih lanjut. Usha sini

p/s: dah macam lagu Hujan la pulak. Ludah Amerika Ludah! Keh3x

Kredit: keadilandialy





Sekian.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...