Halaman

Jumaat, 31 Disember 2010

Keburukan Shisha.

Assalamualaikum..

HAHA! lama gak noh aku tak update blog nih dgn entry2 baru. ermm. malas nak bukak and taip. aku lebih suka baca entry² kat blog org lagi. keh3x.


Masa sem satu dulu, aku selalu lepak-lepak dengan member aku kat Jitra untuk hisap shisha. Tapi aku tak isap. Biasanya orang yang merokok kalau pergi mesti hisap shisha. So, aku tak lah sebab aku tak merokok. Actually, masa semester satu lah first time lah aku tau pasal shisha. Kalau tak kerana ikut member aku jalan, memang tak tahu lah apa benda shisha tu. So, ada lah lebih kurang 10 kali lebih aku lepak-lepak kat tempat shisha. 


Actually, aku sangkakan yang shisha ni bagus sebab alternative kepada rokok yang bahya gila. But then, aku baru tahu dari Majalah Maskulin yang shisha adalah dalam 400 kali ganda lagi bahaya dari rokok. YA 400 KALI WTF!!. WTF!!. Tapi tu lah, stylo gila kan bila cakap ayat "400 kali ganda". Biasa sebut dua atau tiga kali ganda ni. Tapi ni dah main beratus-ratus dah.



What the hell is shisha?
Sebenarnya, shisha ni ada banyak di jual kat kedai-kedai makan yang tidak berstatus restoran. Kalau kat Kuantan, yang dekat rumah aku, shisha mesti hanya di jual kat warung. Nak cari shisha kat restoran agak susah (mungkin kat kuantan sahaja). Shisha ni kiranya macam ganja arab lah bentuk dia. Dah macam bong dah panjang dia. Menggunakan arang tembakau sebagai bahan bakar dan macam-macam perasa.





Nama lain bagi shisha adalah hookah, sheesha, shisa, okka, kalyan, ghelyoon dan ghelyan. 

Kenapa shisha best dan sedap? 
Dari apa yang aku tengok lah kan, ramai suka shisha sebab shisha ada asap banyak. Macam feel je sedut, then hembus. Sekali hebus, berkepul-kepol asap keluar. Dah macam asap fogging bunuh nyamuk denggi dari rumah ke rumah dah. Memang perh. Memang stylo. Lagi satu, shisha ni ada banyak jenis perasa. Ada perisa anggur, epal, watermelon, strawberry. Dan yang bestnya, kebanyakkan perisa adalah mints. Kira macam hisap Dunhill menthol lah kononya. Dan perisa boleh di campur-campur.


Pastu, biasanya, yang pergi shisha ni akan pergi ramai-ramai. Dieorang akan share-share satu shisha tu ramai-ramai. Satu shisha boleh adalah dalam 12-15 ringgit. Oh, ya satu session shisha, boleh cecah satu jam. So, memang jauh lagi lama lah dari rokok. Memang puas.



Satu lagi sebab shisha tu sedap adalah sebab shisha bahaya untuk kesihatan. Biasalah, benda-benda bahaya memang sedap kan?



Kenapa shisha bahaya untuk kesihatan?

Shisha menggunakan tembakau yang di peram. Which is lagi bahaya. Dan juga arang. Arang adalah antara benda yang boleh trigger cancers. Sama macam makanan yang korang tak reti masak lah. Korang masak ayam, pastu hangus hitam. Korang makan juga hangus tu tanpa korang tahu yang hangus tu adalah amat berbahaya untuk diri anda yang boleh trigger cancers. Bab-bab tak pandai memasak ni mesti perempuan.

Macam rokok juga, shisha pun ada toksin yang tertentu. Dan air dalam shisha tak boleh tapis toksin-toksin yang ada.

Asap shisha memang banyak. Memang cool kalau tengok. Kalau semua hisap masa tengah malam yang hening dan sejuk, memang dah boleh berangan duduk di tempat sejuk dan asap tu dah boleh jadi macam kabus dah. Serious asap shisha banyak gila. Tapi asap shisha ada banyak benda-benda yang sedap yang ramai tak tahu. Contohnya, tar, carbon oxide, zink, nikotin dan carcinogen. Ya, carcinogen antara bahan yang paling sedap sebab dia boleh trigger sel kanser.

Penyakit yang boleh di hidapi oleh kaki shisha
Macam yang aku cakap kat atas-atas tadi, penyakit yang korang paling tak nak kena adalah kanser. Then bagi lelaki, penyakit yang korang memang tak nak kena adalah kemandulan dan kegagalan 'barang' (Denver) anda untuk berfungsi. Memang tak payah jadi lelaki lah kalau Denver korang tak berfungsi.



Penyakit lain adalah sakit jantung dan stroke. Semuanya di sebabkan nicotine. Dan penyakit lain adalah emphysema yang boleh membawak kepada pneumonia yang bila dah sampai satu tahap, korang tak boleh di ubati dan hanya hidup menggunakan tiub udara di sebabkan masalah di dalam paru-paru dalam kes nak terima oksigen.




Dan satu lagi, kes sharing is caring. Kalau korang hisap shisha kat kedai-kedai, agak-agak, dia basuh cuci-cuci tak pipe penyedut shisha tu?

So, bagi yang kata hisap shisha sebab tak nak hisap rokok yang rokok tu lagi bahaya, memang silap. Macam yang aku cakap tadi, shisha adalah 400 kali ganda lagi bahaya dari rokok biasa. So, aku tak faham, mana datangnya isu hisap shisha lagi menyihatkan.

Jangan hisap shisha, jangan hisap rokok. Banyak lagi benda sedap yang korang boleh hisap. Choki-choki misalnya.


Sekian.

p/s: aku tatau betol ka dak apa aku taip kat entry nih. kalo dari apa aku baca tu betoi. kira betoi la. kalo salah. kira korang pon kene mohong gak la. :p

5 ulasan:

selipar hijau berkata...

kalo siap share2 tu tahan ag,member kpada member aku siap beli dapur dia sendirik kot!share reramai kt hostel.sengal kemain.,btwy,perisa durian xder ke?hihi

GamUHU berkata...

HAHA! takpayah susah2 beli dapoq dia tuh. pi pekena ja kat kedai. 15 hinggit. aku takpenah jmpa lg derian punya perisa. aku cari perisa KETUM. keh3x =p

selipar hijau berkata...

carila yg perisa coki-coki baru ada life weh..haha

Cik Eyla berkata...

slipar hijau : ko nk prisa durian,ko add prisa sndri..aku rse bkn stkt 400 kali gnda,1000 kali gnda kot bhya 2..ko nk mabuk ke bro?haha
gam UHU:byk la choki2,klu ade yg rse choki2,aku rse aku pom isap menatang 2 wehh..haha..400 kali gnda? WTF !! haha

GamUHU berkata...

Wan Eyla: HAHA! standard tu. aku baca kat mana tah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...