Halaman

Selasa, 21 Disember 2010

Bilik rahsia WikiLeaks


Bilik bawah tanah yang menempatkan pelayan-pelayan komputer milik pengasas laman web Wikileaks, Julian Assange (gambar) umpama set filem James Bond, lapor sebuah akhbar semalam. Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia. Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit. 
Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin. Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams..
PINTU masuk ke bilik bawah tanah laman 
WikiLeaks di Stockholm, Sweden.

Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm. Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal. Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air terjun buatan. Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan. Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa. Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam. 


Sumber: Kosmo! Online
p/s: teringin gak nak pi tgk kat dalam tu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...