JIKA pada Piala Dunia ada sotong psikik "Paul" yang meramal keputusan perlawanan bola sepak, di Sukan Asia pula si panda psikik menjadi daya tarikan Xiangjiang Safari Park yang terletak di daerah Panyu dalam wilayah Guangzhou.
Semuanya bermula selepas panda bernama Bo Si meramalkan pakar wusyu China, Yuan Xiaochao akan menjadi pemenang pingat emas pertama Sukan Asia XVI. Secara kebetulan, Xiaochao meraih emas pertama temasya.
Bo diminta untuk memilih antara buluh yang mewakili pemenang pingat emas dari China dan epal bagi atlet luar. Bagaimanapun memandangkan atlet China begitu dominan pada temasya kali ini dan sering memenangi saingan mereka, maka banyak pihak meragui kuasa telepati sebenar si panda.
“Panda di Xiangjiang selalunya cenderung untuk memilih atlet China,” tulis akhbar utama tempatan, China Daily. Menurut akhbar berkenaan, terdapat 12 ekor panda keseluruhannya di Xiangjiang Safari dan ia akan menjadi daya tarikan sepanjang Sukan Asia.
sumber: Utusan Malaysia 17-11-2010
p/s: Bila aku t'baca news nie aku teringat kat sumone sbb tu aku post entry nih! "PANDA"♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan