Halaman

Jumaat, 11 November 2011

Trend 'Kelar Tangan'

Okey entry kali nih pasal Trend 'kelar tangan'.

Kenapa kelar tangan ?

Untuk mengugut dan tunjuk perasaan ? 

Baru-baru ni, ada seseorang tunjuk kat aku gambar budak umur 16 tahun yang menoreh tangan nya dan di upload nya gambar tu dalam facebook. Tajuk gambar kononnya sungguh sadis...
"Aku boleh buat lagi teruk dari nih"

"Aku boleh buat lagi teruk dari nih"

....maksud kalau lelaki tu tak balik pada dia, dia akan kelar lagi teruk dan terus upload ke facebook gambar yang lebih dasyat. lebih bercorak dan berseni. 

Nampak caption seolah nak tujukan pada seseorang, mungkin boyfriend dia ? Yelah, dari comments yang aku baca dan wallpost di wall nya nampak macam seorang yang baru putus cinta. Tapi putus cinta, nak kelar tangan dan post di wall facebook ? Nak tunjuk perasaan sampai macam tu sekali ? Bukan setakat post gambar tangan berdarah, malah bantal dan cadar yang dipenuhi darah pun turut di upload. Satu album khas yang bertajuk "AKU BOLEH BUAT LEBIH DARI INI". Apa kes! mana aqidah hang budak woi?

Kenapa seksa diri macam tu, lepas tu upload plak kat facebook sebab nak tunjuk perasaan. Entah ex-boyfriend hang tu nak kembali atau tak. Buat rugi je kelar-kelar tangan ni. Orang nak darah, dia lagi nak buang darah sebab tunjuk perasaan. Bengong! Akai ada?!

Ni lagi satu bengong, trend ukir nama kat kulit.
Trend kelar tangan untuk ukir nama orang tersayang. Untuk apa ? Takkan bercinta putus bercinta putus asyik nak ukir nama je. Penuh lah satu badan macam tu kalau asyik couple clash ja. Zaman sekolah dulu famous sangat lah kelar-kelar nama ni konon nak buktikan cinta. Last-last kahwin dengan orang lain. Sayang oh kulit cantik-cantik tapi berparut dengan calar balar. Laki nama Ahmad tapi kat tangan nama Syam. Otak ada?!

Benda ni trend, plak di upload kat facebook, lagi lah menjadi ikutan manusia bila nak tunjuk perasaan. 

Fikir panjang sikit lah at least. Bunuh diri pasal cinta memang tak berbaloi. Boyfriend lari, mak ayah ada lagi. Harap budak-budak jenih ni insaf-insaf la. Pikir dulu sebelum buat. Jangan jadi BODOH tak boleh diajar.


Sekian.

8 ulasan:

teha (cik teah rusli) berkata...

buat sakit diri sendiri je...haiyaa..

GamUHU berkata...

@teha, bila cinta menguasai diri. sakit pun tolak tepi.

Raplah Pitstop!!! berkata...

ni gilaa ni -_______- haha

GamUHU berkata...

@raplah, memang SAH gila.

Unknown berkata...

lain kali jangan la buat sendiri, awok tu takdak seni. meh sini abang nub tolong buatkan naa.


haha

Ct Aja berkata...

org2 cenggini mmg takleh berfikir dgn matang, buat keputsan dlm jangka masa pendek, tapi tak fikir kesan utk janka masa panjang.....

GamUHU berkata...

@ct, ikot hati. binasa.

GamUHU berkata...

@nub, HAHA! ok boleh tapi seni kau dapat berapa time sekolah dulu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...