Halaman

Sabtu, 17 September 2011

Anti-terrorism legislation

Setelah I.S.A di-bubar-kan oleh Encik PM semalam ramai yang mula bercakap-cakap mengenai semakin hampirkah PRU13. Adakah keputusan ini dibuat kerana menyatakan kerelaan mereka sendiri ataupun hanya sandiwara PRU sahaja. 

Semua persoalan itu timbul sebaik sahaja Encik PM mengistiharkan I.S.A dibubar dan mungkin digantikan dengan DUA akta yang masing-masing tidak tahu akan keberkesanaan dan keadilan terhadap rakyat jelata. Berikut merupakan akta yang dikatakan kemungkinan mengantikan I.S.A akta 'Amaran Keras' dan akta 'Amaran Lagi Keras'.

Mungkin tidak banyak yang mengetahui apakah Anti-Terrorism Legislation sebelum ini, begitu juga aku sebelum menaip entry ini. Baca betul-betul akta yang bakal barangkali mengantikan I.S.A. Adakah ia lebih dasyat lagi daripada I.S.A?


Anti-terrorism legislation
http://en.wikipedia.org/wiki/Anti-terrorism_legislation




Dalam dunia sekarang tiada yang dilakukan tanpa kerelaan rakyat. Lihat-lah negara luar Mesir, Libya dan sebagai-nya. Tiada jugak negara/parti politik yang dapat bertahan dengan lebih daripada 40 tahun dengan tidak mengambil kira kehendak rakyat mahupun kepentingan-kepentingan lain. Perubahan mesti ada jua walaupun dengan menukarkan jalan kampung daripada tanah merah kepada jalan berturap.

Semoga apa jua perubahan yang dilakukan tidak dilakukan hanya untuk kepentingan peribadi mahupun parti politik semata-mata. 

p/s: kepentingan BUMIPUTERA yang dilupakan dan dihapuskan juga.

Sekian.

6 ulasan:

Ct Aja berkata...

betui 2.. dunia sekarang dah susah nak percaya, kadang2 politik semata2, nak kaburkan mata rakyat.. sebagai rakyat kita patut memilih, tapi dlm memilih kita tak tau siapa yg benar....

GamUHU berkata...

@ct aja, kebanyakan hanya propaganda kaburkan mata rakyat.

nub berkata...

tahun depan aku layak mengundi.

tapi x eksaited pun. ades

GamUHU berkata...

@nub, aku pon tak terasa nak mengundi. tubuh parti sendiri maybe!

miratun madihah berkata...

politik politik bikin aku pening nak sokong yang mana, haih. semua main kotor.

GamUHU berkata...

@madihah, biar tikus dengan labu-labu-nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...