Halaman

Ahad, 31 Julai 2011

PUASA I

Assalamualaikum! 

Perghhh! lama kot aku tak buat entry nih. Bulan ni pon baru DUA entry aku post. Al-Maklum lah dah study nih macam-macam kerja ada. Bizi memanjang, nak mengulaq pon tadak masa. Tau apa tu mengulaq? Bagi yang tak tau tu mengulaq tu MALAS. Contoh, ulaq lepas makan mesti dok melengkaq ja kan? Ni lebih kurang macam ulaq la.


Ok! hampa kenai dak sapadia kat dalam video ataih tu? Tu la Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Seingat-ingat otak aku ni la lepas keluaq dari perot mak aku. Muka dia ni la aku dok nampak masa malam puasa dan raya. Dia ni la yang dok keluaq tibi umum esok puasa, lusa puasa, esok raya, lusa raya dari aku kecik. Sampaikan aku ingat dia ni Agong time kecik-kecik dulu.

Dulu masa kecik-kecik lepas ja keluaq muka dia ni nak umum raya, mesti melompat. Then lepas muka ni keluaq kat tibi larh baru masing-masing kalot(sibuk) buat kerja. Mak buat ketupat bagi siap, basoh lantai kat luaq rumah, aku adik-beradik main mercun + bunga api, ronda kampung.

Tapi tadi masa tengok berita dengan tuan rumah dan puan rumah. Tengok-tengok dah bukan dia dah keluaq. Dia dah bersara dan digantikan dengan Datuk Syed Danial Syed Ahmad penyimpan mohor besar raja-raja yang baru. Terima kasih Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersama kami semua di malam puasa dan raya sejak kecil hinggalah hari ini. Aku ingat tak tukaq lagi. Nampaknya video diatas adalah pengistiharan yang terakhir dibuat oleh beliau.

Salam Ramadhan.

Sekian.

Jumaat, 29 Julai 2011

Salam Ramadhan


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dipanjangkan umur lagi untuk berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini. Seperti yang kita tahu, puasa dari segi syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa seperti makan, minum, membuat hubungan seks dan sebagainya dari terbit fajar sampai terbenamnya matahari yang disertai niat ibadah kepada Allah. Kedatangan Ramadhan sentiasa dinanti-nantikan kerana pada bulan inilah ramai yang mengambil kesempatan untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.
Sama ada kita sedar atau pun tidak, puasa dapat menguji tahap keimanan dan kesabaran seseorang. Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah merasai kesusahan. Ya, rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ada yang kaya-raya dan ada yang papa kedana. Ada yang makan 3-4 kali sehari dan ada yang hanya mampu menjamah nasi sekali sehari. Jadi, dengan berpuasa inilah kita berpeluang untuk sama-sama merasai kesusahan dan kepayahan orang-orang yang tidak senasib dengan kita di luar sana.
Jadi di kesempatan ini, saya berharap agar kita semua dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya. Anggaplah ini Ramadhan yang terakhir dalam hidup kita. Salam Ramadhan Al-Mubarak daripada saya.
"Embun suci di pagi hari, hati yang bersih akan lahir kembali
Bulan ramadhan telah menanti, bersihkan diri menghadap Ilahi
Mohon maaf atas segala salah dan khilaf yg pernah ada
“Mari persiapkan diri untuk menyambut Ramadhan yang suci, semoga amal ibadah kita diterima oleh ALLAH SWT..Amin”



Sekian.

Sabtu, 16 Julai 2011

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Pengertian nisfu Syaaban am bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...