Halaman

Jumaat, 18 November 2011

Timnas oh! Timnas

Sejak Harimau Malaya diundi bersama Thailand, Singapura, Kemboja serta tuan rumah, Indonesia. Sah! mesti provokasi serta dendam kemenangan piala Suzuki AFF 2010 masih tersemat erat di-dada penyokong Timnas. 

Sejak dari kekalahan 3-0 ditangan hero-hero Harimau Malaya haritu, dendam kesumat di-dada mereka tidak pernah padam sehingga-lah bertemu semalam di Bung Karno untuk menentukan slot ke Separuh Akhir Sukan SEA. Biarpun Harimau Malaysia diprovokasi dengan sikap penyokong-penyokong Timnas yang tidak ada semangat kejiranan, kesepakatan, serumpun, dan yang sewaktu denganya. Tidak berdiri sewaktu Negaraku berkumandang.

Tahu la Indonesia Raya tak semerdu Negaraku.

Mengem-boo pemain, dan pengurusan HarimauMalaya. Selain itu, pemulauan mereka tidak hanya dipenyokong sahaja tetapi pihak pengurusan sukan SEA yang dijayakan oleh INDON sendiri tidak memberikan keadilan yang sama rata untuk negara bertanding termasuk skuad Harimau Malaya yang diberikan jadual perlawanan serta training yang agak tidak menyebelahi HarimauMalaya.

Baru separuh akhir, stadium penuh dah macam akhir dah pun. Tapi KALAH jugak.

Selesai sudah games semalam, macam-macam status facebook di-post. ada yang provokasi, ada yang makian, ada yang luahan hati, dan macam-macam lagi. Tapi aku tertarik yang ini untuk dikongsi disini.

Bak kata dalam post dalam fanpage dia Facebook:
Game Indo-malaysia sudah pun habis. admin harap tak ada lagi kata-kata provokasi dalam page ni, baik fans malaysia mahupun fans indonesia. bersalam kita sesama saudara serukun, segama. jangan ada benci antara anda. Kami di fanpage harimau malaya mahukan penyokong-penyokong yang positif, yang mengangkat nilai-nilai kesukanan ke arah satu tahap yang lebih tinggi. minta beri kerjasama sepenuhnya. - unknown

Mana boleh, kalau dibiarkan lagi pijak, di-maling-malingkan negara kita. Boleh ka diam kalau orang lain maki-maki pasal negara? Kalau kita diam sapa lagi nak back-up our country? Nak harapkan sapa lagi? Boleh ka MATA tu baca segala bagai makian takpun TELINGA tu dengar segala bagai tomahan, hinaan dan juga makian. Serius cakap, aku TAK BOLEH!

+++++++++++++++

Bagi aku, games semalam aku pilih pemain HarimauMalaya yang menunda untuk mengambil SPM, Nazmi Faiz Mansor sebagai Man Of The Match dengan usaha dan sikap tak reti penatnya, benteng HarimauMalaya tetap utuh dengan bantuan defender dan juga keeper. Memang aku respect dia, sebab baru 17tahun boleh bertahan dengan Bung Karno lautan merah dikelilingnya. Aku harap pengawas peperiksaan yang jaga dia nanti tak straight sangat. Bagi la change sikit. Ong Kim Swee pula telah mempelajari pepatah baru hari ni, "Kerana mulut, kena guna walkie talkie".

Bak kata Leplep di Sokerleaks, Walaupun menurunkan Jericho WWE, Diego kawan Dora the explorer, sepupu jauh Ferdinand Menyu, mereka masih belum mampu membaham Harimau. Diharapkan mereka mampu berjumpa sekali lagi dengan Malaysia di final nanti.


Akhir kata syabas Harimau Malaya yang melenyapkan ego Timnas!

p/s: Garuda hanya mitos. tahu?! Tunggu White Angle mangsa seterusnya.

Sekian.

2 ulasan:

Unknown berkata...

easy lah Indon. 3-4 bijik seeloknya game tu. 3 point, cukup sudaah.

jmpa final la timnas huii

GamUHU berkata...

@nub, keh3x. juara!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...