Halaman

Jumaat, 25 November 2011

Selamanya HarimauMalaya



Sori lambat update. Tak di-kira terlewat lagi kut kalau guwa nak ucap TAHNIAH HARIMAU MALAYA yang benam keegoaan Indog, tambah-tambah fans diorang yang agak keterlaluan dengan negara aku MALAYSIA.


Bila mana skuad bola sepak sukan SEA berangkat ke Jakarta tanpa kelibat Wan Zack yang cedera, OKS dengan pantas memanggil Nazmi Faiz sebagai gantian. Itu pun disaat keberangkatan mereka ke Jakarta. Namun tiada yang diharapkan pada anak muda ini, jika dilihat dari segi umur yang baru menjangkau 17tahun. Tiada apa yang perlu dimegahkan namun guwa berani di katakan, dia pemain yang menunjukkan permainan yang paling matang pada usia dia, jika ada lagi 3 pemain tengah seperti dia. Tidak seperti rakan-rakan seusia dengannya yang sedang mentelaah buku SPM dan facebook. Beliau berjuang demi maruah negara dalam misi mempertahankan emas.


Guwa berani jamin, Malaysia akan bermain bola pendek dan bermain dekat. ala ala spain. Sehingga-kan berjaya memberikan kepercayaan kepada OKS dengan menurunkannya menggantikan tempat Gurusamy. Bagi guwa, kalau dididik dengan baik, elok, takdak keja masuk keluar kelab. betina. ambik 'barang'. Guwa yakin kalau semangat budak nih dengan bola sepak tak melencong. Hang boleh pi jauh Mi. Dan yang paling penting guwa tengok dah macam David Silva versi 'Harimau Malaya'. cara passing. control bola. ala-ala rambut. ada jugak yang cakap macam Kaka. Lantak la Mi, hang jangan dok ikut sangat macam sapa pun. Jadi diri sendiri lagi bagus. Made In Malaysia beb. baru gempak!

Kau memang setail abis la Mi. tak caya? tengok ni.

kredit: MrKiralolxya90

Tak cukop dengan budak Mi nih, yang sanggup tangguhkan SPM sampaikan tahun depan baru ambik. Ada lagi player yang bagi aku, bola sepak Malaysia tak la seteruk yang disangka dan mengulangi zaman-zaman sebelumnya yang agak mundur, mungkin sebab masalah pengurusan dalaman.Sultan Bola barangkali. kalau tak, tak kan nak ada fanpage kat Facebook 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan'.

Syahrul Azwari !

Namanya terselit dibibir-bibir penyokong-penyokong yang dahaga-kan permainan laju ala-ala EPL selepas menjaringkan gol menentang Indog pada pertemuan peringkat kumpulan. Larian pantas. pandai hidu peluang. Boleh lepasi perangkap ofsaid lawan. Dribbling yang baik bila berdepan dengan defend lawan. Passing cantik. Memang ada potensi pi jauh.

Larian menentang Indog.


"Pemain luar negara yang banyak mempengaruhi permainan saya ialah Theo Walcott" - kata Syahrul Azwari yang menjadikan Arsengal dan Barcelona sebagai kelab kesukaannya.
sumber: utusan.


p/s: malas cakap pasal FAKRI, tadi dah masuk Kosmo. kang tak pasal-pasal aku kena sebab kritik lebih-lebih. 

Sekian

4 ulasan:

Adib Syazwan berkata...

memang gaya silva la nazmi tu!
terbaik!
haha!
yang terbaiknya siap ade perkataan arsengal lagi dalam post ko ni, haha!
kuat la menganjing~

Unknown berkata...

moga batch2 nazmi ni nanti guna teamplay yang cenggitu. lapuk sangat dah cara main team asia tenggara suma...

GamUHU berkata...

@adib, ada potensi budak tu.

menganjing-kan menyeronokkan dan lumrah dalam sukan. dalam erti kata lain bagi semangat.

GamUHU berkata...

@nub, dah makin maju. moga-moga bertukar pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...