Halaman

Ahad, 18 September 2011

DARA Hanya Ukuran Gadis

Bagi lelaki bujang di luar sana, pasti mereka inginkan gadis yang masih dara untuk menjadi teman hidup mereka. Walaupun mereka bukanlah sebaik mana tetapi sentiasa mengharapkan pasangan mereka yang terbaik dalam dunia ini. Tidak salah jika memilih begini namun dara sebenarnya bukan ukuran sebenar kesucian seorang gadis.
Banyak lagi yang perlu di nilai dalam diri seorang gadis itu sebelum daranya seperti perangainya, pergaulannya, dan ciri-ciri lain untuk di jadikan calon menantu. Kadangkala, janda itu lebih baik servisnya dari dara yang masih mentah dan banyak lagi perlu belajar. Menyebut mengenai dara ini, banyak yang perlu di olah. 

Berikut adalah pertikan mengenai dara dan ukuran kesucian seorang gadis.

+++++++++++++++++

ISU selaput dara sebenarnya isu lama yang masih dipertikai dan dipersoalkan. Istilah anak dara digunakan untuk menjelaskan status kesucian seseorang wanita, yang belum pernah dinodai atau belum pernah melakukan persetubuhan. Sama juga dengan istilah anak teruna – gelaran ini dirujuk kepada lelaki baligh yang masih belum melakukan persetubuhan.

Situasi menjadi rumit apabila isi atau tisu yang menyelaputi pembukaan faraj digunakan sebagai asas kedaraan seseorang wanita. Ia tidak tepat sama sekali. Mungkin keterangan yang diberi akan dapat membuka minda mereka yang masih mempunyai anggapan kuno mengenai dara atau tidaknya seseorang wanita.

Jika wanita itu ada selaput dara dan ia tebal dan padat, kemungkinan terkoyak boleh berlaku jika benda panjang dan keras menembusi faraj. Jika zakar yang menembusinya maka wanita itu kehilangan status atau kedudukan daranya.

Jika benda lain yang mengoyakkannya maka wanita itu masih anak dara, kerana belum disetubuhi. Jika selaput dara itu tipis ia kemungkinan terkoyak ketika wanita itu melakukan aktiviti lasak. Dia masih anak dara lagi kerana belum bersetubuh.

Jika wanita itu dilahirkan tanpa selaput dara, dia masih anak dara jika dia belum lagi bersetubuh. Jika wanita mempunyai selaput dara yang elastik dan selaput itu masih kekal walaupun telah bersetubuh, dia masih mempunyai selaput dara tapi dia bukan anak dara lagi kerana telah bersetubuh.

Jika wanita itu mempunyai selaput dara yang komplet atau menutupi pembukaan faraj dan doktor terpaksa membedah dan membuang selaput itu, dia masih anak dara walaupun selaput daranya telah dibedah dan dibuang, kerana dia belum melakukan persetubuhan. Sama dengan wanita yang memasukkan jarinya ke dalam permukaan faraj, kemungkinan selaput dara terkoyak boleh berlaku dan selaput dara telah tiada tetapi dia masih anak dara kerana belum bersetubuh.

Wanita yang mempunyai faraj yang sempit tidak semestinya anak dara, sama juga wanita yang mempunyai faraj yang luas, masih anak dara jika dia belum pernah melakukan persetubuhan.

p/s: Lani dara pon dah boleh dibuat di-siam. keh3x

Sekian.

11 ulasan:

Mashe berkata...

betul. setiap org pernah buat silap. :)

Ct Aja berkata...

setuju, kesimpulanya, selagi belum besetubuh statusnya masih lagi dara...

GamUHU berkata...

@mashie, kesilapan tidak boleh diambil kira.

@ct aja, tak adil kalo kira yang tu. ada yang jadi mangsa keadaan.

.drakula. berkata...

kalau ada dara terjamin bahagiakah rumahtangga?

kalau tiada dara pula bahagiakah mereka bila berumahtangga nanti?

tiada satu pun terjamin sebenarnnya!

Dara atau bukan dara bukan penting sangat!

GamUHU berkata...

@republic, pemikiran hang sama ngan aku.

Biha Petom berkata...

wahhh, bile gamUHU berkata-kata, hehe..sttus dara x mnggambarkan pribadi seseorg pn sbnr nye tp kdg2 tu yg trlalu jd keutamaan utk org len, hmm..

GamUHU berkata...

@biha, tak semua yang berfikiran begitu.

Solihin Zubir berkata...

dara palsu pun ada juai lani.. dara palsu beb.. haha.. lawak..

GamUHU berkata...

@SZ, dunia kan semakin maju.
*teruja blogger femes bro SZ komen. :p

Unknown berkata...

lelaki suka dara.

hahahahahaa

GamUHU berkata...

@nub, hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...