Halaman

Ahad, 18 September 2011

DARA Hanya Ukuran Gadis

Bagi lelaki bujang di luar sana, pasti mereka inginkan gadis yang masih dara untuk menjadi teman hidup mereka. Walaupun mereka bukanlah sebaik mana tetapi sentiasa mengharapkan pasangan mereka yang terbaik dalam dunia ini. Tidak salah jika memilih begini namun dara sebenarnya bukan ukuran sebenar kesucian seorang gadis.
Banyak lagi yang perlu di nilai dalam diri seorang gadis itu sebelum daranya seperti perangainya, pergaulannya, dan ciri-ciri lain untuk di jadikan calon menantu. Kadangkala, janda itu lebih baik servisnya dari dara yang masih mentah dan banyak lagi perlu belajar. Menyebut mengenai dara ini, banyak yang perlu di olah. 

Berikut adalah pertikan mengenai dara dan ukuran kesucian seorang gadis.

+++++++++++++++++

ISU selaput dara sebenarnya isu lama yang masih dipertikai dan dipersoalkan. Istilah anak dara digunakan untuk menjelaskan status kesucian seseorang wanita, yang belum pernah dinodai atau belum pernah melakukan persetubuhan. Sama juga dengan istilah anak teruna – gelaran ini dirujuk kepada lelaki baligh yang masih belum melakukan persetubuhan.

Situasi menjadi rumit apabila isi atau tisu yang menyelaputi pembukaan faraj digunakan sebagai asas kedaraan seseorang wanita. Ia tidak tepat sama sekali. Mungkin keterangan yang diberi akan dapat membuka minda mereka yang masih mempunyai anggapan kuno mengenai dara atau tidaknya seseorang wanita.

Jika wanita itu ada selaput dara dan ia tebal dan padat, kemungkinan terkoyak boleh berlaku jika benda panjang dan keras menembusi faraj. Jika zakar yang menembusinya maka wanita itu kehilangan status atau kedudukan daranya.

Jika benda lain yang mengoyakkannya maka wanita itu masih anak dara, kerana belum disetubuhi. Jika selaput dara itu tipis ia kemungkinan terkoyak ketika wanita itu melakukan aktiviti lasak. Dia masih anak dara lagi kerana belum bersetubuh.

Jika wanita itu dilahirkan tanpa selaput dara, dia masih anak dara jika dia belum lagi bersetubuh. Jika wanita mempunyai selaput dara yang elastik dan selaput itu masih kekal walaupun telah bersetubuh, dia masih mempunyai selaput dara tapi dia bukan anak dara lagi kerana telah bersetubuh.

Jika wanita itu mempunyai selaput dara yang komplet atau menutupi pembukaan faraj dan doktor terpaksa membedah dan membuang selaput itu, dia masih anak dara walaupun selaput daranya telah dibedah dan dibuang, kerana dia belum melakukan persetubuhan. Sama dengan wanita yang memasukkan jarinya ke dalam permukaan faraj, kemungkinan selaput dara terkoyak boleh berlaku dan selaput dara telah tiada tetapi dia masih anak dara kerana belum bersetubuh.

Wanita yang mempunyai faraj yang sempit tidak semestinya anak dara, sama juga wanita yang mempunyai faraj yang luas, masih anak dara jika dia belum pernah melakukan persetubuhan.

p/s: Lani dara pon dah boleh dibuat di-siam. keh3x

Sekian.

Sabtu, 17 September 2011

Anti-terrorism legislation

Setelah I.S.A di-bubar-kan oleh Encik PM semalam ramai yang mula bercakap-cakap mengenai semakin hampirkah PRU13. Adakah keputusan ini dibuat kerana menyatakan kerelaan mereka sendiri ataupun hanya sandiwara PRU sahaja. 

Semua persoalan itu timbul sebaik sahaja Encik PM mengistiharkan I.S.A dibubar dan mungkin digantikan dengan DUA akta yang masing-masing tidak tahu akan keberkesanaan dan keadilan terhadap rakyat jelata. Berikut merupakan akta yang dikatakan kemungkinan mengantikan I.S.A akta 'Amaran Keras' dan akta 'Amaran Lagi Keras'.

Mungkin tidak banyak yang mengetahui apakah Anti-Terrorism Legislation sebelum ini, begitu juga aku sebelum menaip entry ini. Baca betul-betul akta yang bakal barangkali mengantikan I.S.A. Adakah ia lebih dasyat lagi daripada I.S.A?


Anti-terrorism legislation
http://en.wikipedia.org/wiki/Anti-terrorism_legislation




Dalam dunia sekarang tiada yang dilakukan tanpa kerelaan rakyat. Lihat-lah negara luar Mesir, Libya dan sebagai-nya. Tiada jugak negara/parti politik yang dapat bertahan dengan lebih daripada 40 tahun dengan tidak mengambil kira kehendak rakyat mahupun kepentingan-kepentingan lain. Perubahan mesti ada jua walaupun dengan menukarkan jalan kampung daripada tanah merah kepada jalan berturap.

Semoga apa jua perubahan yang dilakukan tidak dilakukan hanya untuk kepentingan peribadi mahupun parti politik semata-mata. 

p/s: kepentingan BUMIPUTERA yang dilupakan dan dihapuskan juga.

Sekian.

Jumaat, 16 September 2011

Bapok vs Jalang

Huwarghhh! *menguap.

Keh3x. baru bangon tidoq setelah dekat seminggu aku tak cukop tidoq. Bizi betol semester ni. Blog nih kalau-lah menatang boleh masok, sah menatang tu beranak-pinak sudah. Sampaikan sorang blogger ni pun tegor aku "dah lama sangat ni raya" keh3x. :p

Ok! itu mukadimah setelah agak lama aku tinggal dalam penghasilan entry. Kalau dekat paper tuh dah macam-macam news keluaq. mana dengan kes itu, kes ini, tambah pulak 6% tax la. Aku bukan apa tak meng'aktif'kan diri dalam dunia blogging nih. Mana dengan bizi final projek yang asyik kena reject, laptop rosak la, tapi syukur-lah dah di-approve cuma laptop belum siap. *motherboard terbakaq. Melayang duet aku. Grrr!

++++++++++++++++++++++

Semalam time free membe aku ajak pi rumah membe dia. Lepas pi rumah membe dia tu, sorang membe aku nih, bagi idea ajak PI USHA BAPOK KA LORONG. naseb tak kena angkut. Keh3x.
Punya la excited nak kacau bapok-bapok tuh. Tengok-tengok bapok plak meng'anjing' membe aku kata semalam baru bukan 'servis'. Dengan nada suara jantan 'dikecilkan'. Pastu nak bagi free ja malam tu kalau nak layan. HAHA! Mau cuak membe aku tuh. Naseb la malam selasa dia ada kat rumah sewa. Kalau tak sah-sah kantoi angkut bapok sorang-sorang.

Lepas tu punya la tadak kerja, membe aku ajak serbu satu lagi LORONG tapi yang nih bukan bapok/pondan. Kali nie betol-betol pempuan/jalang. Siap ada 2 3 ekoq jantan dok kawal lagi. Kira macam bodyguard diorang la. Muka memang 'cannot go' sampaikan membe aku sorang ni kata muka dah macam jalan tar lorong masok kesitu. Kebetulan jalan masok situ memang berlubang-lubang terok. 

Kat situ membe aku try tanya berapa puluh? Hanya menjawab 'ENAM' tanpa banyak cakap yang lain. Mana tak-nya. Sampai TIGA biji motor bersama ENAM orang benti depan dia. CUAK kot. Keh3x. ENAM puluh itu hanya menjalankan 'kerja' diport belakang mereka sahaja. dalam HUTAN! tak mahu dibawak keluar. Punya la excited nak speaking BI dengan selamba 'I was scared'. HAHA!
*bapok=pondan

Sekian.

Akta ISA Dimansuhkan

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. 

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. 

Akhirnya, Rakyat yang ditindas telah memperolehi kebebasan dan menang keatas perjuangan mereka yang sebelom ni agak sia-sia pada malam 15 September 2011, Encik PM mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih efektif dalam menandingi masalah keganasan.

p/s: Nampak gaya-nya PRU13 tak lama dah. keh3x

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...