Halaman

Sabtu, 30 April 2011

Saya Kata JANGAN

Menjadi seorang manusia yang sempurna adalah sesuatu yang amat sukar untuk dicapai. Tetapi sebagai manusia juga, kita perlu berusaha untuk menjadi seorang yang sempurna. Di sebalik pencarian menjadi seorang yang 'perfect' itu perlu ada kekangan yang harus dilalui. Nak tau apa?? Jom bace kat bawah ni.
  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah Kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)..
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama Dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
  • Jangan baca saja, tetapi hendaklah disusuli dengan amal. Ilmu tanpa amal seumpama pohon yang tidak berbuah.
Baiklah, sama-sama kita fikirkan dan selamat beramal ye kawan-kawan.

Ahad, 24 April 2011

Permainan Isteri

Ada satu kisah sepasang suami isteri berjalan ke sebuah kampung.

Suami dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Mereka sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.
Si Isteri secara jenaka mencuit si suami dan dalam senyum berkata :'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kemudian mereka pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi si isteri mencuit si suami dan berkata :'WOW Itu dah lebih dari dua kali seminggu. Abang boleh belajar banyak dari dia'.

Dan kemudian berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :
'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Isteri menjadi girang dan mencuit suami dengan kuat dan berkata :'Itu bermakna sekali setiap hari.Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini' !!!

Suami pun pandang isteri dan berkata kepada nya,
'Awak pergi tanya lembu jantan tu, selama 365 hari itu, adakah dia mengawan dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA SETIAP KALI ??

p/s: Habisla. Nak poligami la tu? HAHA!

Sekian.

Sabtu, 23 April 2011

Bintang Youtube


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Huhh! nampaknya, aku tak boleh berengang lagi dari belog nih. Ada ja yang aku nak taip buat entry baru. Ermm! entry apa tah aku nak tulih arini. 

Haa! pasal Najwa Latif. 

Ampa kenai sapadia? Yang pasti, gadis yang baru berusia 16 tahun ini sudah mempunyai ramai peminat di laman youtube peribadi beliau. Aku mula tengok video-video kat Youtube lepaih HEROICzero paste link lagu kot kat wall fesbuk aku. Aku try search tengok lagu-lagu lain yang dia record kat youtube tuh. 

Banyak jugak la lagu-lagu dia -  Carta hati (original song), She was mine(cover)ost lagenda budak setan (cover) dan macam-macma lagi. Kalo nak listkan suma memang banyak. Pastu ada satu nih dia siap buat video clip. Nak tengok klik sini


Aku tengok banyak pic-pic dia yang snap buat "love" guna tangan tuh. Maybe tu trade mark dia kot.*pic sebelah* Baru-baru ini, Najwa telah di lamar syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd untuk menjadi artis di bawah naungan syarikat itu. Najwa bertuah mendapat khidmat produser berpengalaman Edddie Marzuki selaku penerbit untuk single pertamanya berjudul “Cinta Muka Buku”.

Kalo ampa nak tau, "Cinta Muka Buku" ni karya Najwa sendiri yang mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat-peminatnya. Baru tiga hari lagu tersebut di muat naik untuk di pra-dengar di laman YouTube, ia sudah mencecah angka 9,000 penonton, satu petanda positif bagi Najwa dan lagu ini sendiri. Nih dia Teaser "Cinta Muka Buku" bagi sapa-sapa yang belum dengaq tuh. Sila-sila..



biodata ringkas Najwa Latif: 
Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Nama Pentas: Najwa Latif
Tarikh Lahir: 23rd May 1995
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Tinggi: 155cm
Berat: 47kg
Umur: 16
Status: Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial: Blog: www.najwalatifs.blogspot.com
Facebook Fanpages: najwalatif
Twitter : @njwalatif
youtube : 
www.youtube.com/najwa59


Sekian.

10 Negara Paling Kecil di Dunia

Ouke! Arini ada lagi info yang aku nak habaq kat ampa. Kali nih macam yang ampa tau, mesti la tau dah tengok tajuk entry aku tu kan, aku nak tulih pasal Negara Paling Kecik pulak. 

Mesti kalo ampa tengok peta dunia, ampa akan nampak negara-negara dalam peta tuh yang besaq-besaq macam Rusia, China, AS, India even Malaysia jugak, dah kita dok tang ni kan. Ya dak? Suma tu kita tau wujud kat peta then tau kedudukannya dimana. Tapi ampa tau ka ada jugak negara yang kita tak perasan kewujudan negara tu kat peta. Nak tau negara-negara tu, mai baca bagi abih entry nih.

10. Malta - 122 batu persegi



Malta ialah sebuah negara kepulauan di selatan Eropah yang terdiri daripada kepulauan di tengah-tengah Laut Mediterranean yang berada betul-betul di selatan pulau Sicilia, Itali. Mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 400,000 penduduk. Ibu negera kepulauan ini adalah Valletta, manakala bandar yang terbesar adalah Birkirkara.


Kedudukannya yang strategik telah menyebabkan Malta dijajah dan diperintah oleh pelbagai kuasa selama beberapa abad. Mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 21 September 1964.


9. Seychelles - 107 batu persegi


Republik Seychelles adalah sebuah negara kepulauan di tengah Lautan Hindi, sekitar 1.600 km sebelah timur daratan Afrika, dan sebelah timur laut Madagaskar. Negara dan wilayah tetangganya ialah Mauritius dan Reunion di sebelah selatan,Comoros dan Republik Sevives. di barat daya, dan Kepulauan Maldives di timur laut. Seychelles menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Kreol: Repiblik Sesel sebagai bahasa rasmi.

Anggaran penduduk adalah sebanyak 81,000 orang dan Viktoria merupakan ibu negara serta bandar yang terbesar. Mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 29 June 1976.


Seychelles terbahagi menjadi 23 daerah:

8. Saint Kitts & Nevis - 104 batu persegi


Juga dikenali sebagai Persekutuan Santo Christopher dan Nevis, terletak di Kepulauan Leeward, adalah sebuah negara persekutuan dua pulau di Hindia Barat. Ia adalah negara berdaulatterkecil di Amerika, dari segi luas dan populasi.

Ibu negara dan pusat pentadbiran kerajaan pusat adalah Basseterre yang terletak di bahagian pulau yang lebih besar iaitu Santo Kitts. Negeri yang lebih kecil iaitu Nevis terletak kira-kira 2 batu (3 km) ke tenggara Santo Kitts, di seberang terusan cetek yang dikenali sebagai "The Narrows".

Jumlah penduduk adalah 51,300 orang serta mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 19 September 1983.


7. Kepulauan Marshall - 70 batu persegi


Republik Kepulauan Marshall adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik bahagian barat. Kepulauan Marshall bersempadan dengan Nauru dan Kiribati di sebelah selatan, Micronesia di barat, dan Pulau Wake di utara.

Mendapat kemerdekaan pada tahun 1986 setelah secara rasmi berpisah dengan kepulauan Pasifik (yang merupakan wilayah Amerika Syarikat). Negara ini mempunyai penduduk sebanyak 58,000 orang. Manakala ibu negara negara ini adalah Majuro.

6. Liechtenstein - 62 batu persegi
Kerajaan Liechtenstein adalah sebuah negara kecil di Eropah Barat. Ia bersempadan dengan Switzerland di barat dan selatan serta Austria di timur. Luas negara ini hanya sedikit melebihi 160 km² (kira-kira 61.7 batu persegi) dan jumlah penduduknya dianggarkan seramai 35,000. Ibu negaranya adalah Vaduz, manakala bandar terbesarnya pula adalah Schaan. 
Liechtenstein adalah merupakan negara berbahasa Jerman terkecildi dunia dan satu-satunya negara alpine yang keseluruhannya terletak diBanjaran Alps. Ia juga merupakan negara berbahasa Jerman yang tidak berkongsi sempadan dengan Jerman. Liechtenstein adalah sebuah negara Raja Berperlembagaan yang dibahagkan kepada 11 perbandaran. Kebanyakan kawasan permukaan bumi Liechtenstein bergunung-ganang, menjadikan ia sebagai destinasi sukan musim sejuk. Sektor kewangan negara yang kukuh terletak di ibu negara Vaduz, dan dikenali dengan nama syurga cukai. Liechtenstein adalah ahli Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah. Walaupunbagaimanapun, Liechtenstein bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah.

5. San Marino - 24 batu persegi

Merupakan negara yang tidak mempunyai pantai dah dikelilingi oleh Itali. Terletak di Pergunungan Titano iaitu utara Itali, San Marino mempunyai penduduk sebanyak 29,000 orang. Negara yang dikatakan antara tertua di Eropan ini, telah wujud pada abad ke-4 lagi. Bandar terbesar adalah Serravalle dengan menggunakan bahasa Itali sebanyak bahasa rasmi. Menurut fakta, San Marino wujud sejak 3 September 301.

4. Tuvalu - 9 batu persegi

Tuvalu terdiri daripada 9 susunan batu karang disepanjang rantaian batu karang yang terdapat di Polynesia. Negara ini berkapasiti penduduk sebanyak 12,000 orang dan memperoleh kemerdekaan pada 1 Oktober 1978 dari United Kingdom. Ibu negaranya ada Funafuti. 

Dulunya kepulauan ini dikenali sebagai Kepulauan Ellice, adalah kepulauan yang terletak diantara Hawaii dengan Australia di Samudera Pasifik. Titik tertinggi diantara 114 pulau yang membentuk negara ini hanya setinggi 5m di atas permukaan laut.

3. Nauru - 8.5 batu persegi


Republik Nauru ialah negara kepulauan terkecil di dunia dengan keluasan 8.5 batu persegi atau 21 km², negara republik merdeka yang terkecil di dunia, dan satu-satunya negeri republik di dunia tanpa ibu kota rasmi namun dianggap Yaren sebagai ibu negeri. Nauru terkenal dengan hasil produk fosfatnya yang telah ditambang oleh konsortium asing sejak 90 tahun terakhir. 
Terletak, di Kepulauan Pasifik selatan dan di bawah garis khatulistiwa serta di sebelah selatan Kepulauan Marshall. Jarak dari Pulau Papua ke Nauru adalah bersamaan dengan jarak dari Pulau Papua ke Pulau Jawa.
Mendapat kemerdekaan daripada Australia pada 31 Januari 1968 yang sebelum ini dikenali sebagai Pleasent Island. Penduduk negara ini terdiri daripada 13,000 orang.

2. Monaco - 0.7 batu persegi

Monaco ialah sebuah prinsipaliti negara kota di Eropah Barat yang mengamalkan sistem kerajaan raja berperlembagaan. Terletak di Rivera Perancis, antara Laut Mediterranean dan Perancis, serta beberapa batu dari sempadan bersama Perancis dengan Itali, Monaco adalah salah satu negeri mikro di Eropah. 

Monaco ialah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi iaitu 32,000 orang serta negeri merdeka yang kedua terkecil di dunia. Monaco juga mempunyai pasukan dan kehadiran polis yang terbesar di dunia, baik dari segi per kapita mahupun dari segi keluasan.

Monaco ialah negara yang kedua terkecil di dunia, selepas Bandaraya Vatikan. Monaco terletak 18 kilometer di timur bandar raya Nice, berhampiran dengan sempadan Itali, dan dikelilingi pada tiga sisinya oleh Kawasan Provence-Alpes-Côte d'Azur di Perancis. Ia terdiri daripada satu jalur pantai yang sempit antara Laut Mediterranean dan bukit-bukit kaki Banjaran Alp, dengan titik tertingginya di "Le Rocher" yang setinggi 141 meter (459 kaki).

Monaco terbahagi kepada tujuh bahagian atau quartiers, iaitu:
*Monaco-Ville, ibu negara dan bandar raya lama, yang terletak di Batu Monaco, tanjung tinggi yang berbatu-batan dan yang menganjur ke Mediterranean;
*La Condamine, bahagian di sepanjang pelabuhan;
*Monte Carlo, kawasan kediaman serta tempat peranginan yang memiliki sebuah kasino;
*Fontvieille, kawasan baru yang ditebus guna dari laut;
*Moneghetti yang menyempadani Cap d'Ail di barat;
*Larvotto - Tenao yang merangkumi kawasan pantai di timur kawasan kerajaan;
*Santo Roman yang menyempadani Tenao dan yang merupakan hujung yang paling timur.

Monaco terkenal kerana pemandangan semula jadinya yang sungguh indah, dengan iklim yang sederhana dan cerah. Bulan-bulan yang paling dingin ialah Januari dan Februari dengan suhu minimum purata serendah 8 °C (47 °F), manakala bulan-bulan yang paling panas ialah Julai dan Ogos, dengan suhu maksimum purata setinggi 26 °C (78 °F).


1. Vatican City - 0.2 batu persegi


Kota Vatican merupakan sebuah negara kota yang dikelilingi bandar raya Rom. Dengan keluasan tanah 44 hektar, Kota Vatican merupakan negara yang paling kecil di dunia. Negara kota ini dibentuk pada 1929 melalui Perjanjian Lateran antara kerajaan Itali dan Takhta Suci (Holy See). Sekitar 44 hektar (110 ekar) (0,44 km2), dan dengan jumlah penduduk lebih dari 800, itu adalah negara terkecil di dunia dengan baik penduduk dan daerah.
KerajaanMonarki Teokratik
 - Ketua NegaraPaus Benedict XVI
 - Setiausaha NegaraTarcisio Cardinal Bertone
 - GabenorBiskop Agung 
Terletak dalam wilayah Kota Vatican termasuklah Dataran St. Peter, Basilika St. Peter, Istana Apostolik dan sebagainya. Wilayah ini dikelilingi satu tembok yang juga merupakan sempadan antarabangasa antara Kota Vatican dan negara Itali.

Sekian.

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !


Bosan bosan bosan. Huhh! ok arini aku tak mau banyak cakap. Aku nak join abg Ben punya segmen. Dah berapa segmen aku tinggai. Al-maklum masih di kelilingi dengan soklan-soklan final. hakhak! tinggal satu paper je lagi. 

Ok! Aku nak jawab soklan abg Ben nih. Ada dua soklan.

Soklan 1st
Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog?
Ehh! awat senang sangat abg Ben. HAHA!. pasal buat blog nih, start baca and tengok yang  membe-membe. Pastu ada sorang nih ajak buat tapi tak minat lagi time tuh. Start toan lepas, mula jinak-jinak usha blogger-blogger len termasok Abg Ben. Then, rasa nak ceburi bidang nih makin dalam. So, Chingg!! buat satu blog.

Soklan 2nd
Siapakah sumber inspirasi anda?
Sumber inspirasi? Ermm! tadak kot. tapi yang buat bersemangat nak buat entry-entry tuh banyak la. HEROICzero, Abang Ben, and banyak lagi la. Kalo nak karang satu-satu tak abih deh.

Kalo korang nak join. Klik sini TAPI sampai pukoi 12 malam nih jerk.

Sekian.

Menara Jam Tertinggi

Sebuah menara jam tertinggi di dunia telah siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.
Menara jam berketinggian 601 m

Antara yang menarik mengenai kompleks yang menempatkan menara jam ini adalahruang legarnya adalah sangat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia dan ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. Ini menjadikan menara jam ini sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Jam yang berada pada setiap sudut menara adalah berukuran 43×43m menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.

Terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram

Diterangi dua juta cahaya LED pada waktu malam
Spesifikasi bangunan menara jam

Dengan terbinanya menara itu juga, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)
credit salafus-sholih


Ya Allah. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini Ya Allah. Amin..

p/s : Jangan buat rumah besar depan masjid kecil..

Jumaat, 22 April 2011

6 Roller Coaster

Ka Kingda(Jackson, New Jersey)

Ka Kingda adalah roller coaster terpantas dan tertinggi di dunia, boleh mencapai kelajuan  0-128 mph dalam 3.5 saat dan turun secara menegak sepanjang 418 kaki.*MENGGILA*tercabutt jantung aku . Jika anda benar² berani, pergi ke New Jersey dan naik rollercoaster ini.
Video : [link]


Vanish Roller Coaster(Yokohama, Jepun)
Vanish Roller Coaster yang terletak di Cosmo Land Yokohama begitu unik kerana roller coaster akan melalui terowong bawah air
Video : [link]


Bizaro(Jackson, New Jersey)
Bizarro (dahulu dikenali sebagai Medusa) yang juga dikenali sebagai Superman adalah roller coaster  yang terletak di Six Flags Great Adventure di Jackson, NJ. Roller Coaster ini direka oleh Bolliger & Mabillard. 
Video : [link]


Millennium Force(Sandusky, Ohio)
Hal yang besar tentang ini roller coaster adalah bahawa ketika anda berada di puncak itu 310 kaki, anda boleh mendapatkan pemandangan yang indah Tasik Erie. Jadi, anda akan buka mata lebar-lebar pada perjalanan ini. Ini adalah Roller Coaster yang keepat belas dibina di taman sejak Blue Streak dibuka pada tahun 1964
Video : [link]

Top Thrill Dragster(Sandusky, Ohio)
Top Thrill Dragster ini terletak di Cedar Point Amusement Park di Sandusky, Ohio. Ini merupakan "Strata Coaster" coaster yang pertama. Berketinggian lebih dari 400 kaki (120 m). Dibina oleh Intamin AG dan dibuka untuk umum pada tarikh 4 Mei 2003. Ini adalah salah satu daripada hanya dua stratacoasters ada, selain Kingda Ka (2005) di Six Flags Great Adventure di New Jersey.
Video : [link]

Steel Dragon 2000(Mie Prefecture, Jepun)
Steel Dragon 2000 adalah roller coaster di taman hiburan Tanah Nagashima Spa di Wilayah Mie, Jepun. Dibina oleh Chance Morgan. Gigacoaster ini dibuka pada tahun 2000 - "Tahun Naga" di Asia. Roller coaster ini dibuka kepada orang ramai hanya beberapa bulan selepas Millenium Force di Cedar Point, dan rekod Steel Dragon 2000 dipadamkan pada tahun 2003 ketika Top Thrill Dragster dibuka di Cedar Point. Steel Dragon juga memegang rekod trek terpanjang dengan panjang 8, 33 kaki 2 inci (2,478.99 m). Ini adalah satu-satunya gigacoaster yang telah dihasilkan oleh Chance Morgan.
Video : [link]

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...