Halaman

Sabtu, 18 Jun 2011

MELAYU

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya...!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.!!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Apa yang diperolehi daripada cerita diatas adalah kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.
 
Sekian.

Jumaat, 17 Jun 2011

sebelum dan semasa

sebelum kapel

''awak, saya tak pernah jumpa perempuan yang sebaik awak selama saya hidup, dulu saya kapel ramai yang tipu saya, sampai saya dah tak sanggup nak berkapel lagi. tapi dengan kehadiran awak ni, awak buat saya rasa 'hidup' kembali. saya sayang awak''

semasa kapel

''awak, apa awak buat kalau sayang saya? kalau saya nak suruh buat ape-ape awak buat tak? jangan risau,saya sayang kan awak,saya nak kahwin dengan awak je.saya dah tutup hati saya dekat semua gurl dalam dunia ni...boleh kan? kalau ni permintaan terakhir saya, mesti awak menyesal. buktikan lah'' 

Bagi Lelaki - Sekira-nya anda seorang lelaki yang baik, jangan mintak pasangan anda untuk buktikan sayang mereka. sebab, kalau anda sayang mereka seikhlas hati, mesti anda boleh merasa dengan sendiri. Macam tu jugak untuk perempuan, jangan bila lelaki dah pujuk anda 'turut', Itu BENGONG namanya.


Bagi perempuan - Bila ada lelaki yang berjanji bagai nak rak, jangan cepat benar percaya. Nak nya budak-budak mentah macam kau. Ops! maksud-nya yang remaja-remaja ni. Jangan ulangi lagi kes cium mulut depan bangunan tepi jalan!

Bila dah ada baby, jangan tunding jari hang tu kat sapa-sapa, jaga baby anda tu. Jangan 'bunuh' mereka dengan cinta bodoh anda. Baby anda tak bersalah. Jangan ingat family dah buang sebab tak sayang anda, cuba pikir kenapa sebelum buat tak pikir?

Bagi kedua-dua - Kalau tuhan nak tunjuk, dia akan tunjuk jugak. Percayalah. Kita boleh buat berapa banyak kali untuk jadi jahat. Cuma kita tak tau kali ke berapa kita akan tertangkap dalam perbuatan jahat kita!


p/s: sekadar renungan bersama.


Sekian.

Khamis, 16 Jun 2011

Kenapa Tak ROGOL?

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Aku penah baca pasal ayat kursi sebelom nih. Mungkin dua orang lelaki yang mendampingi wanita tersebut adalah malaikat yang diutuskan oleh Allah supaya menjaga wanita tersebut yang sentiasa ingatkanNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

p/s: Mungkin ampa penah baca cerita nih seblom nih kat blog lain ataupun facebook. Aku post nih sekadar perkongsian malam Jumaat. :)

Sekian.

BERSIH?

BERSIH? apa benda tuh? Dekat surat khabar, blog, dan macam-macam lagi sekarang nih asyik-asyik pasal benda alah nih. Sumpah aku tak tahu apa benda. Siap ada lambang bagai. Nih ha lambang dia.
Then try search kat laman pencarian sapa lagi kalau bukan pakcik GOOGLE. Aku jumpa la benda nih. [klik]

Pastu baru la tahu ada Masalah yang aku pikir sekarang nih BERSIH sangat-kah kalau tengok dari kepimpinan atasan BERSIH nih? Bukan aku kata penyokong-nya ok? Sebab apa aku kata camtuh? Tengok sini

p/s: aku bukan bawah umur.

Sekian.

WEBSITE YANG DIBLOCK

Banyak yang aku web apa ha yang gov. block sampai news pasal hacking merata-rata. Sebab masing masing dah rasa macam tak best je kalau tak dapat nak download lagu ke apa ke lepas ni. Bukan semua ok?! 10 ja. Tapi banyak jugak tuh. So setakat ni, kerajaan dah block website ni. 
Check it out!

Semua ni adalah website file sharing. So memang susah jugak la kalau website ni dah tak boleh bukak lagi. huhu. kesian kita kan yang KakiDOWNLOAD nih. Kenapa ye kerajaan buat macam ni? Bukan semua sharing tuh jenayah!. Alasan gov nak banteras jenayah. pufffft!! Sebelum ni P1Mimaz je yang patuh arahan SKMM ni. Tapi start semalam rasanya, TMnet  pun dah take the same action dengan mem-block semua website ni. Arahan ni dikeluarkan oleh ISP (Internet Service Provider). 

 

So pada yang masih blur lagi tentang isu ni, sebenarnya SKMM hanya block sesetengah file hosting website sahaja. So pada pengguna yang mengupload movie ke, lagu ke, perisian ke, memang masalah la kat dorang semua. Tapi yang menjadi persoalan mediafire.com dengan rapidshare, tak pulak di-block.

p/s: Kata nak jaga alam sekitar. Tengok pic nih. HIJAU tak? *PEACE*

Sekian.

malaysia di-godam

Seperti sedia maklum, kumpulan pengodam yang dinamakan Anonymous telah pun mengatakan yang mana mereka akan godam laman kerajaan, Malaysia.gov.my pada pagi ini, sekitar 3 pagi tadi. Namun begitu, lebih awal daripada itu, ianya kelihatan beberapa laman kerajaan telah pun diserang oleh penyokong mereka.
Sehingga kini, antara laman web yang telah digodam, termasuklah halaman web CIDB.gov.my, JBiotech.gov.my, UiTM Penang, TourMalaysia.com.my, KRU Studios, Parlimen.gov.my dan beberapa laman lagi. Laman Malaysia.gov.my juga kelihatan seperti tidak boleh diakses, dan seperti dibawa ke halaman Staging.Malaysia.gov.my. Buat masa ini, ianya kelihatan yang mana beberapa laman web telah digantikan halamannya, serta beberapa yang lain digodam menggunakan DDOS.

Laman web UiTM Pulau Pinang pula mesej berupa berikut ditinggalkan,
"Happy Birthday UiTM Penang ke 15
sempena 15 thun, page ini sebagai hadiah :p
BTW, pn wan anishah krn bgi dpt A dlm kos csc
harap kite jmpe lgi pada thun hadapan"


*dengan adunan lagu Happy Birthday Upin&Ipin

Di laman web Ezi2Care JKM, penggodam dari Dragon Force Malaysia meninggalkan mesej yang sama seperti dua laman web terdahulu yang menentang tindakan kerajaan Malaysia menyekat akses ke laman perkongsian fail.


Laman web KRU Studios juga dilihat sedang mengambil jalan selamat untuk menutup sementara laman mereka bagi mengelakkan pelayan mereka diserang oleh penggodam.

Berikut merupakan web yang di-hack.

Serta kebanyakkan web milik kerajaan yang lain dilihat telah menutup laman masing-masing.
- Malaysia Official Government Website [link]
- Malaysian Meteorological Service [link]
- ASEANconnect [link]
- Ministry of Education [link]
- Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia [link]
- Bomba [link]
- Perbendaharaan Malaysia [link]
- Kementerian Kerja Raya Malaysia [link]
- Parlimen Malaysia [link]
- JobsMalaysia [link]
- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [link]
- Majlis Sukan Negara [link
]



[UPDATE]

sumber: yes.my

Info lanjut akan menyusul.

Sekian.

Tips Untuk Pujuk Awek



Berikut adalah beberapa tips dan petua untuk lelaki memujuk awek atau teman wanita yang sedang merajuk. Merajuk adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. Kita sebagai lelaki perlu tahu teknik dan tektik yang sesuai ketika menghadapi situasi itu

Keberkesanan tips dan petua ini adalah tidak dapat disahkan oleh mana2 pakar sakit tuan atau sakit puan. Ianya bergantung kepada banyak faktor, antaranya tahap merajuk, tahap ketampanan anda dan juga mungkin kandungan hormon dalam badan.

So, penggunaan tips dan petua ini tidak dijamin keberkesanannya.

1. Bila awek mula mengamuk baling-baling barang
- Cuba anda sambut apa yang dia baling. Inilah masanya anda nak tunjuk kepantasan dan kehebatan menjadi goal keeper. Tidak sia-sia selalu jadi keaper masa main futsal

2. Bile awek mula menjerit tak pasal-pasal menengking, membebel tanpa henti
- Anda menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. Inilah masanya untuk anda menunjukkan suara anda sehebat Faizal Tahir,Tomok atau pun Black (Mentor)

3. Bile awek anda tenung macam nak telan (garang arh konon!)
- Anda senyum jek pandang si dia! Inilah masenya anda tunjuk betapa comelnyer muka anda ketika senyum!

4. Bile awek anda ambil semua barang2 dia ala2 nak lari dari rumah.
- Tolonglah kemaskan barang² dia bersama-sama. Ambil semua barang² dia masukkan dalam plastik sampah kaler itam tuh. Inilah masanya untuk anda tunjuk betapa rajinya, ringan tulang dan mempunyai semangat bergotong royong serta suka bantu membantu.

5. Bile awek menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata
- Anda ketawalah berdekah² hingga terguling². Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sedang berusaha membuatkan si dia gembira ketika dia sedang berduka, sedih Dan terluka!

Selamat mencuba.

Sekian.

Rabu, 15 Jun 2011

Kerajaan Malaysia Akan Kena Attack!


Salam.. Aku ada dengar ada sebuah Kumpulan, yang menyebut dirinya Anonymous, mengatakan akan melancarkan serangan di 07:30 GMT pada Rabu (Kamis 03:30 waktu Malaysia) dan telah menamakannya "Operasi Malaysia." [=___*] 
========================================               Berita The Star Online :Mikko Hypponen, ketua kepada penelitian petugas di F-Secure Corporation - sebuah syarikat perisian keselamatan komputer yang berpusat di Helsinki, Finland - tweeted tentang ancaman pada 04:42 waktu Malaysia.
Tidak ada butiran yang lain sedia waktu ini. Hal ini juga tidak diketahui mengapa Anonymous telah menyasarkan laman Malaysia.

Video :



Mesej Dalam Video Tersebut:-
In English : Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

Tetapi telah ada petunjuk "hacktivism" ini minggu terakhir, di mana kumpulan hacker telah menargetkan berbagai organisasi untuk kepentingan politik.Kumpulan Hacker tersebut telah menyerang Tabung Kewangan Antarabangsa dan Sony PlayStation Network, serta rangkaian syarikat penerbangan Lockheed Martin Corp dan Citibank di Amerika Utara, antara lain.

Kumpulan Anonymous (Hacker) dipersalahkan kerna menhack ke rangkaian PlayStation tetapi jurucakap kumpulan itu membantah terlibat, mengatakan bahawa tujuannya adalah politik.Sepanyol, bagaimanapun, telah perasangka anggota kumpulan hacker untuk serangan itu.Anonymous rupanya terdiri daripada sejumlah besar hacker di berbagai negara, yang telah ditetapkan ke dalam satu kumpulan dan ilmu-ilmu yang ada akan berkongsi bersama. Mereka beroperasi secara tanpa nama tapi secara terkoordinasi. 

Sementara itu, AP melaporkan dari New York bahawa sekumpulan hacker telah memperoleh akses ke laman-laman dari Senat AS dan syarikat video game Bethesda Softworks, terkini dalam siri serangan cyber menjangkiti pelbagai server online.Kumpulan, yang menyebut dirinya lulz Security.

USA :Bethesda mengakui intrusi dalam posting di blog hari Isnin minggu lalu, berkata hacker mungkin telah memperoleh akses kepada nama pengguna, alamat e-mel dan password.Syarikat mengatakan tidak ada data kad kredit atau maklumat kewangan yang lain dikompromikan.
Josh Shaul, Ketua Syarikat teknologi di database pembuat perisian keselamatan Keselamatan Aplikasi Inc, mengatakan data lulz yang dihack adalah "bukti kelemahan system" sehingga mampu untuk mendapatkan akses dan mengambil kendali dari laman Senat.
"Ini adalah kelompok yang sangat terampil," katanya. "Mereka mendakwa itu mudah."Lulz Keselamatan juga baru-baru ini mengaku bertanggung jawab atas menyusup ke laman-laman PBS, Sony Pictures, Nintendo dan lain-lain. Sementara itu, tidak jelas siapa yang bertanggung jawab untuk cyberattack baru pada sistem komputer Tabung Kewangan Antarabangsa atau yang ada di Citibank yang mencuri sekitar 200,000 nombor akaun kad kredit, nama pelanggan dan alamat e-mel.
Shaul mengatakan string serangan baru-baru ini mengambil keuntungan dari sistem tidak selamat. Sementara syarikat perimeter melindungi sistem komputer mereka, tidak sekali hacker akan masuk, katanya. Itu setara dengan bank-bank menempatkan penjaga di pintu dan meninggalkan semua wang di kumpulkan di peti besi , ia menambah.

Dalam mesej Twitter, lulz mengatakan, pihaknya telah mempunyai maklumat mengenai lebih dari 200 000 pengguna dan mereka mengambil masa masuk ke website Bethesda lebih dari dua bulan lepas.
==============================================
Tip Dari ku Untuk Mengelakkan Kesan Dari Aktiviti Diatas Jika Berjaya- Sila Tukar Password Online Bank Anda. (Pastikan Password Tidak Sama Dengan Password Email)
So? Bersiap sedia lah Wahai Penjaga-penjaga Server Kerajaan..

By CrewFathi (Alien [165422] )

==============================================================
UPDATE!!
==============================================================

Web berita tersebut menerangkan segala-galanya.. So jangan la tuduh bukan2 ya.. 

IRC Op Malaysia==> http://cbe002.chat.mibbit.com/?server=irc.anono.ps&channel=%23OpMalaysia 

Wiki Anonymous (group)==> http://en.wikipedia.org/wiki/Anonymous_%28group%29
Mereka Ini Bukan Calang-calang Hacker.. Please! Kerajaan Malaysia Tolong Ambil Serius Pasal Ini.. Depa Ni Hacker Luar Negara... Dan Ada Sangkut Paut Dengan Pecah Masuk PayPal, Sony, Dan Banyak Lagi Website-website Kerajaan..  
==============================================================
UPDATE!! (12:25 AM - 15 June 2011)
==============================================================
Depa dah mula attack..==> http://pastehtml.com/view/ax3mejiup.html
Web tuh menunjukkan data2 yang depa memperoleh dari server yg di targetkan.. Please chack kot2 ada email anda.. 



[Admin = CrewFathi ](http://contact.in-asia.org)

=======================================================

Sekian.

Ahad, 5 Jun 2011

Cikgu Maths dan anak muridnya

Cerita ini tiada kena mengena dengan para cikgu-cikgu diseluruh dunia dan di Malaysia khususnya.

Kejadian berlaku di bilik darjah 2 Budi(B), disebuah sekolah rendah nun jauh di pendalaman, semenanjung Malaysia. Kat mana jangan tanya. 

Seorang cikgu wanita yang tengah asyik mengajar mata pelajaran matematik di kelas 2 Budi terhenti setelah melihat keletah seorang anak muridnya, Aiman (bukan nama sebenar). 

Dia melihat budak tu meludah atas tangan dan menggosok-gosok kat kepala dia. Disebabkan perasaan yang penuh curiga dan pelik, cikgu itu terus pergi ke muridnya dan bertanya.

Cikgu : Aiman, kamu ni dari tadi cikgu tengok kamu meludah atas tangan dan kamu sapukan ke kepala!! kenapa?

Aiman: ermm.. Matematik nih susah sgt la cikgu

Cikgu: Dah tue, kenapa kamu buat macam tue pulak?

Aiman : Senang sikit nak 'masuk' cikgu..

Cikgu: Apa maksud kamu? cikgu xpaham

Aiman : Macam nie cikgu, semalam saya terbangun dari tidur sebab nak pergi minum, saya lalu kt bilik parents saya. Tiba-tiba terdengar suara mak saya time tu.

Cikgu: Mak awak cakap apa?

Aiman: Mak cakap.. "Abang kalo susah nak masok sapu la sket air liur kat 'Kepala' tu, baru senang masokk..". Haaa.. tu sebab la saya sapu air liur kt kepala saya cikgu..

Cikgu: erkK!! Aimannnnn.......

Sekian.

Khamis, 2 Jun 2011

Al-Fatihah

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. 

Nama syaitan ; 
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA.
IYA bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami
meminta pertolongan!!!!"

7) SIROTHOLLAZI.....sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN...hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,MIN..3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat. Insya-Allah, semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam, belajarlah dan bergurulah dengan yang pakar, apa yang aku bagi hanyalah info untuk rujukan dan perkongsian semata-mata. 


Betulkan sekiranya ada silap. Yang baik datang dari Allah SWT, sekiranya ada kesilapan datang dari diri aku sendiri. :)
 
Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...