Halaman

Sabtu, 26 Februari 2011

Pantang Larang




Orang tua dulu-dulu memang tak bleh lari dari pantang larang. Macam-macam jenih pantang diorang ada, yang tak masok akal pon ada. Tambah-tambah pulak orang melayu yang kaya dengan pantang-pantang larang nih. Asalnya dari pengalaman diorang sendiri yang disampaikan dari mulot ke mulot kat anak cucu diorang. Lepas tuh dari generasi ke generasi sampai la ke ari nie.

Ada sengah kata tu - "Orang tua-tua dulu cakap pasal pantang larang apa jadah tuh. Bukan betoi sangat pon. Tambah-tambah time diorang pesan tuh dah beruban dah pun + dah nyanyok. Korang cayaKAH? Keh3x."

Haihh! apa kata lagu tu. Tak semua diorang suroh kita ikot. Ada jugak yang diorang tak suroh langsong. Diorang bagitau pon juz sebagai adat terun temurun. Maybe la. Aku tak pasti. HAHA!. 

Btw, apa yang diorang sampaikan atau bagitau kat anak cucu diorang nih adalah satu hint kat kita. Korang tengok lah orang tua dulu-dulu banyak gunakan bahasa kiasan. Punya la tinggi bahasa kiasan diorang. Kadang-kadang tuh payah nak paham.

Ok! balik kat tajuk entry nih. pantang larang!.

Kadang-kadang diorang nih bagi hint ja. takpun kias-kias. Tak straight 2 da point. Bukan apa. Diorang nak suroh gak anak cucu cirit cicit piut. Ermm! apa lagi eh? Lantak la apa pon. HAHA! diorang nak suroh pikir. Diorang takmau kita-kita suma nih lembap dalam pemikiran(maybe).

Contoh, dulu masa kecik-kecik orang tua aku takpun tokwan(datuk) selalu cakap and sound-sound aku kalo duduk ataih bantal. Diorang cakap, takbleh duduk ataih bantal nanti tumbuh bisul kat juboq. HAHA! tapi sebenaqnya ada maksud nya yang tersirat. Kita takbleh duduk ataih bantal sebab. Bantal tu tempat letak kepala. Kalau pikir logik pon, kan tak elok kalo duduk ataih bantal. Sama gak pijak takpun langkah bantal. Kalo orang laen pijak kepala takpun langkah kepala korang. Tak elok kan? Korang marah kan? Haa! macam tu la yang diorang yang sampaikan tu.

++++++++++

Hurmm! apa lagi erk? ha, jangan bukak payung takpun bersiul dalam rumah. Nanti ular masok.

Pastu ada gak yang aku ingat-ingat balik, diorang kata "jangan tunjuk pelangi dengan jari tangan, nunti kudung takpun bengkok"
Grulppp! kudung? bengkok? 

Tapi yang tak boleh belah, masa kecik-kecik dulu. Punya la semangat nak tunjuk jugak. tapi takot-takot berani ja time tuh sampai punya eksited nak tunjuk. Last-last tunjuk dengan bibir. HAHA! pikir-pikir balik dengan bibir takpa kot. Tak kudung atau bengkok. HAHA! sengal betoi. Biasa la, time tu budak-budak. Nampak ja benda pelik apa yang orang tua-tua pesan pon tak ingat dah.

Tapi yang aku ada jugak la dok pikiaq sampai ke arini, maksud tersirat disebalik tuh. Memang aku tak tercapai akalku dah nak pikirkan apa yang tersirat tuh. Yang aku rasa-rasa, maybe orang tua-tua masa tu nak takotkan anak-anak kot time tu. Sapa-sapa ada jawapan?

Lagi apa erk? Ha, 'anak dara tak elok termenung depan pintu, Nanti orang lambat masok minang'.

Lepaih tu ada jugak aku dengaq, 'anak dara tak elok nyanyi kat dapoq, nanti dapat laki tua'. Erkk! Ermm aku tak tuju kat sapa-sapa okeh?

++++++++++

Ada jugak yang cakap tak bleh bercakap masa dalam jamban, mengendap orang mandi and nyanyi masa mandi. Nanti naik ketumbit kat mata. Aku rasa kan, skop yang nih perlu takpun wajib diluaskan, jangan tengok porno kat tenet nanti mata ketumbit. Amacam? setuju? Korang tau tak ketumbit tu apa? Bagi yang TAKTAU, tengok kat bawah nih 
Apapun, sebagai orang Islam. kita  kena percaya qada' dan qadar. Pantang larang ni kadang-kadang ada yang betol, ada yang tidak. Yang mana tak baik- jangan ikot. pastu yang baik tak salah kalo ikot. kan?

p/s: sampai lani takot jugak nak nyanyi dalam toilet. HAHA!


Sekian.

A.W.A.K

awak..
hari ni baru saya kenal erti cinta..
baru saya tahu cinta memerlukan perngorbanan...
baru saya tahu cinta memerlukan kesetian..

awak..
hari ni mungkin awak jauh dari saya..
tapi saya nak awak tahu..
awak cume jauh dimata je awak..
awak tetap ade dihati saya..
sweet tak awak? HAHA!

awak..
hari ni saya lihat ramai yang tak percaya pada cinta..
saya sedih sangat awak..
ramai yang mengalah sebelum berusaha..
ramai yang salahkan cinta jika sesuatu berlaku pada hubungan mereka.

awak..
hari ni juga saya tahu sesuatu tentang cinta..
baru saya tahu yang untuk melafazkan cinta itu mudah..
tapi untuk menjaga dan melaksanakan cinta itu susah..
susah ke awak?
walau apa pun, saya akan tetap berusaha untuk cinta kita awak..
saya berharap kita jangan cepat mengalah ye awak..
mungkin Allah sengaja mahu menguji kita..
kita kene kuat kan awak?

awak..
saya nak awak tahu..
walau apa pun berlaku saya tetap ada disini..
saya setia menunggu awak..
kan cinta itu memerlukan kesetian..
betul kan awak?
semoga kita diredhai Allah..

Sekian.

Khamis, 24 Februari 2011

Kebizian Bermula

Huhh! pejam celik pejam celik dah hari khamis. Cepat betoi masa berlalu pergi. Tengok! dah dekat seminggu lebih dah tak update blog. Hadoi! labah-labah pon dah buat sarang dah tu + anak bini. keh3x*tengok atas entry nih*. Naseb la tadak doraemon. Kalo tak aku nak suroh ja dia undoKAN masa. kan best!! Buleh update blog nih tetiap hari. TAPI kalau ada doraemon pon, macam la buleh tolong. Bukannya takmau update blog nih. Tapi masa tak mencukupi.

Cewahh! macam gampang ja ang nih. Macam la busy sangat sampai tak bleh update. Sumpah!! aku busy jugak la dengan midsem, kuiz, assignment + tadak WIFI haram. Ada tu memang ada. tapi tak kena dengan masa. Masa aku free, dia tadak. Masa aku busy dia plak ada. Ishh! memang tadak rezeki la nak update. Nak buat macam mana lagi. REDHA ja la.

++++++++++++++++++++

Petang tadi aku berambos la dari umah kedua(sewa). Mula-mula aku takmau gak balik tapi bila pikirkan family, aku balik gak la. Yela dah dekat 3 minggu aku tak duduk umah lebih dari 3 ari. Minggu lepas pon balik nak renew lesen. Patu belah camtuh ja. Hadoi! adakah aku kejam? Ermm tak kot noh. Aku bukan apa, takmau la lepaih nih parent aku kata "Ang masa ada duet*ptptn* ang tak balik noh. Ang joli bagi abih. Masa tadak duet baru ang nak tunjuk muka ang". Nanti mesti ampa kata aku anak manja takleh berenggang seket. Bukan camtu sebenaqnya. Tapi dah sini asal aku, tak kan nak jadi "kacang lupakan kulit" ya dak?keh3x.
Sejak-sejak masok sem5 nih aku dah makin busy la jugak dengan paper yang agak-agak berat. Kalo nak timbang tuh, lebih berat dari Bigshow*ahli gusti*. Mana taknya, dengan research la, final project kena start dah. Kalo tak start dari lani, nunti sem6(akhir) tobat kelam kabut. 

Sampai sorang nih pon aku jarang da mesej and call. Tapi aku arap dia paham la. Bukan takmau contact macam 3 4 minggu lepaih. Ermm! yaka 3 4 minggu lepaih? HAHA! Lantak la. Kalo orang tu ada baca entry nih. saya mintak maap kalo-kalo macam nak jaohkan diri. Kalau "kamu" nak tau. Aku still macam apa yang bagitau sebelom nih. 

Aihhh! apa nih. Entry dah lari dari apa yang aku nak isi dalam entry kali nih. Sudah-sudah la cintan-cintun GamUHU oih!. 

Tapi apa aku kata tu betoi! 

Sudah-sudah! study dulu. dapat keja. baru pikiaq nak jaga anak dara orang! Haihh!!

Sekian.


Khamis, 17 Februari 2011

Kisah Malam Jumaat


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamek untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan.


Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.

Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda.

lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.

Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu.

Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.


Selamat Malam Jumaat

Sumber : kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas

Sekian.

Rabu, 16 Februari 2011

InsyaAllah versi Melayu

AdaNya, kau rasa tak berupaya,
Hidup sendirian tiada pembela,
segalanya suram, bagai malam yang kelam,
tiada bantuan tiada tujuan,
janganlah berputus asa,
kerana Allah Bersamamu,
InsyaAllah, InsyaAllah
InsyaAllah, ada jalan-Nya
InsyaAllah
InsyaAllah, InsyaAllah, ada jalan-Nya
Adanya.. kesalmu berulang lagi,
bagai tiada ruang untuk kembali,
dikau keliru atas kesilapan yang lalu,
membelengu hati dan fikiranmu,
janganlah berputus asa,
kerana Allah Bersamamu,
InsyaAllah, InsyaAllah
InsyaAllah, ada jalan-Nya
InsyaAllah
InsyaAllah, InsyaAllah, ada jalan-Nya
Kembalilah…
Kepada yang Esa,
Yakin padanya
panjatkanlah doa..
Oh, Ya Allah…
pimpinlah daku dari tersasar..
Tunjukkan daku ke Jalan Yang benar,
Jalan yang benar,
Jalan Yang benar..
InsyaAllah, Insya Allah
InsyaAllah, ada jalan-Nya
InsyaAllah
InsyaAllah, InsyaAllah, ada jalan-Nya x 3

Sekian.

Isnin, 14 Februari 2011

Perempuan Kata

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: "woow, cool giler..."
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: "eh perasan bagus..."
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: "nobody's perfect"
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: "memang.... muka pun macam pecah rumah!"
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: "wah.. machonya.. macam hero filem!"
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: "entah2 kawan dia..."
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "sepadan sangat..."
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "mesti kena bomoh perempuan tuh!"
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: "jangan sedih, kan saya ada..."
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: "perasaannya halus...penuh kasih sayang"
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: "sesama keluarga memang harus menyayangi..."
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: "matching... hebat luar dalam"
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: "bang, bosnya mana...?"
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: "pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar"
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: "tak sanggup melihat hasilnya ya..."
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:"ini barulah lelaki gentlemen"
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: "naluri pembantu, memang begitu...."
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: "let me be your shoulder to cry on"
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: "kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?"

P/s: Sekadar renungan bersama.Kenali dan nilai diri sendiri dahulu sebelum menilai orang lain. Terimalah dengan redha dan hati terbuka terhadap kekurangan yang ada pada pasangan kita. 
Sekian.

Hari Kekasih Allah

Besok 12 Rabiulawal kita akan menyambut Maulidurasul untuk memperingati kelahiran kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun kita semua tak pernah berjumpa dan hidup sezaman dengan Rasullullah tapi yakinlah sesungguhnya rasa cinta dan kasih sayang baginda kepada umatnya tidak dapat ditandingi dengan rasa kasih, cintan cintun korang kepada pasangan memasing di dunia sementara ini. 
So seharusnye kita semua memperingati hari bersejarah iaitu hari kelahiran baginda dengan meningkatkan kasih dan sayang kita kepada baginda dan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh baginda. Sesungguhnya Kasih dan Sayang kita kepada Allah Dan Rasullulah adalah sebenar2nya kasih sayang yang dapat memberikan kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak InsyAllah. Kat sini aku nak kongsikan 13 kisah Rasullulah sebagai pengajaran dan panduan kepada kita semua*TERmasok aku*.

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang..'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun kesatu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olahsendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
+++++++++++++++++++++++
Hari ni hari kekasih, esok pun hari kekasih gak. kenapa tiba2 tahun ni ada 2 hari kekasih? Itu yang aku taktau. Esok plak hari kekasih jugak TAP Kekasih Allah iaitu junjungan besar kita, baginda nabi Muhammad S.A.W. Jadi bagi menyambut Maulidur Rasul ni, kita seharusnya menghentikan sambutan hari kekasih yang bertarikh 14hb Februari(Valentine Day) tuh sampai bila-bila. INGAT!!! sampai bila-bila. Sebab?? Kita sebagai umat Islam, dilarang menyambutnya.
Kat sini ada 7 step yang aku asa-asa leh dekat kan kita dengan Allah and tinggai laranganNya. Terpulang la kat individu. Lagipon ini sekadar renungan bersama. Memang! aku pon payah nak buat. TAPI tak salahkan saling nasihat-menasihati. Tambah-tambah dunia pon dah dekat AKHIR zaman. 
  1. Tukarkan aktiviti bersiar2 di taman dengan menyertai perarakan yang dianjurkan di masjid2 mahupun di surau-surau. 
  2. Tukarkan memberi bunga/ chocolate kepada pasangan anda dengan memberi zikir kepada Baginda nabi kita.
  3. Tukarkan candle light dinner kepada join ceramah agama di masjid2 berhampiran.
  4. Tukarkan pergi pawagam kepada menziarahi makam Nabi di Mekah (bagi yang berkemampuan)
  5. Tukarkan parti2 liar kepada parti2 usrah di surau2 dan berkongi tentang ilmu2 agama agar tenang jiwa hendaknya
  6. Tukarkan karaoke kepada menyertai kumpulan nasyid dan klau bleh constant agar bleh mengharumkan nama negeri hingga ke peringkat antarabangsa.
  7. Tukarkan pesta sex dengan aktiviti kekeluargaan di rumah.
Ingat! lagu Sohaimi Mior Hassan ft Ana Raffali (Kalau Berpacaran) pon ada kata "Boleh pandang-pandang"|"Jangan pegang-pegang"|"Duduk renggang-renggang Bertambah sayang" pastu "kalo berpacaran memang banyak pantang larang"

p/s: Maaf dipohon kalo-kalo ada pihak-pihak yang baca entry nih terasa hati. =)

Sekian.

'Valentine Day'


Sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)
++++++++++++++++++++++++++++
Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
+++++++++++++++++++++++++++
Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelas para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
VALENTINE DAY ITU HARAM!!!
Sekian.

Sabtu, 12 Februari 2011

Plants and Zombie

Game simple tapi bleh tahan la bestnya. Tak caya.Try tengok. Kat  bawah nih aku bagi link mediafire. SO, pandai-pandai ampa download noh.





screenshot

plants-vs-zombie-full-portable-MF
(pilih salah satu)


Lagi STYLE time tengok lagu nih.
SELAMAT MENYEDUT!!
Credit: mediafire

Sekian.

Jumaat, 11 Februari 2011

Damasutra - Asyik

Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta


Sejak aku kenali
Cintamu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepadamu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu



Sekian.

Sabtu, 5 Februari 2011

Loghat Peghelih 5

Assalamualaikum kawan-kawan dan selamat sejahtera. Rasanya tak lambat @ terlewat lagi aku nak ucap Gong Xi Fa Cai kat depa yang sambut tuh. Ampau tadak? ekeke! Jangan maen mercon sudah la noh. Heran betoi aku, Cina sambot raya, budak-budak melayu pon sakan ja cucuh mercon. Aihhh!. Apa nak jadi ha? Bila la nak abih budaya maen mercon nih. *aku pon sama* HAHA! tadak la aku juz terpikir dan ada gak terasa insap tu. keh3x. Ok! malam nie kita sambung pelajaran Loghat Peghelih siri ke5 yea murid-murid. Selamat belajaq!

201. Kinja = Lompat
202. Tepung Jawi = tepung Beras
203. La ih = selekeh
204. Lani = sekarang
205. Dok = Tinggal / Tak
206. Dok aih = Tak la
207. Hoktu = Yang itu
208. Hokni = Yang ini
209. Terperluih = perkataan ni untuk kaki yg termasuk dalam lubang
210. Tergeliat = terkehel
211. Kitab = Buku , selalunya orang tua-tua yg cakap mende ni.
212. Rokok Sekerit = rokok selain dari rokok daun (mungkin orang tua-tua nak sebut cigarette tapi terbunyi sekerit)

213. Buboq Sora = Bubur Asyura
214. Keriyau = Menangis dengan bunyi yg kuat
215. Teriyak = Menangis dengan bunyi perlahan (sedu-sedan la ni)
216. Keloi = panggil
217. kapok = dakap/peluk
218. Kanyiaq = mudah sangat.
219. Sekaya = Seri Kaya yang dimakan bersama roti
220. Marka = Awek / makwe
221. Leweh = senget
222. Tepawe = Semua jenis container plastik di panggil Tepawe (mungkin sebab dulu kat sana famous brand Tupperware ni)

223. Jaras = Bakul
224. Turih = Tapis
225. Semak perut = susah hati
226. Musim Timur = Musim panas
227. Musim barat = musim tengkujuh
228. Pancoq = Paip air / valley gutter kat bumbung rumah.
229. Puntung = batang

contoh:"sepuntung rokok" maknanya "sebatang rokok"

230. Rial = ringgit (selalunya orang-orang lama jer pakai perkataan ni, arwah wan aku selalu sebut)

231. Gulai = Kari
232. Daun karipullai = Daun kari
233. Pesah = Buat

contoh : "apa yang hang dok pesah kat dalam tu?" maknanya, "apa yang kamu sedang buat di dalam tu?"

234. Bang = Azan
235. Semalam = Malam Tadi
236. Kelmarin = Semalam
237. Kelmarin dulu = Kelmarin
238. Kawaq = Pencuri / Perompak / Penyamun
239. Medak = Lebam (untuk ikan saja)
240. Gedong = Hospital
241. Turuih = Bocor
242. Hambat = Halau contoh: Pi hambat lembu masuk kandang. Pergi halau lembu ke dalam kandang.

243. Ligan = Kejar contoh: depa do pi ligan kawark. Meraka sedang mengejar pencuri
244. Rapit = Berkawan baik
245. Hapit,Kapit = Kepil antara dua benda
246. Menaksah = Surau
247. Kepala Bubuih = Botak

248. nat = Pasar sehari
249. nerai=barisan 
* Jangan nak pandai-pandai tukaq BARISAN NASIONAL ke NERAI NASIONAL ok?
250. luku = kena ketuk kat kepala dgn buku lima tangan


Bersambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...