Halaman

Jumaat, 31 Disember 2010

Keburukan Shisha.

Assalamualaikum..

HAHA! lama gak noh aku tak update blog nih dgn entry2 baru. ermm. malas nak bukak and taip. aku lebih suka baca entry² kat blog org lagi. keh3x.


Masa sem satu dulu, aku selalu lepak-lepak dengan member aku kat Jitra untuk hisap shisha. Tapi aku tak isap. Biasanya orang yang merokok kalau pergi mesti hisap shisha. So, aku tak lah sebab aku tak merokok. Actually, masa semester satu lah first time lah aku tau pasal shisha. Kalau tak kerana ikut member aku jalan, memang tak tahu lah apa benda shisha tu. So, ada lah lebih kurang 10 kali lebih aku lepak-lepak kat tempat shisha. 


Actually, aku sangkakan yang shisha ni bagus sebab alternative kepada rokok yang bahya gila. But then, aku baru tahu dari Majalah Maskulin yang shisha adalah dalam 400 kali ganda lagi bahaya dari rokok. YA 400 KALI WTF!!. WTF!!. Tapi tu lah, stylo gila kan bila cakap ayat "400 kali ganda". Biasa sebut dua atau tiga kali ganda ni. Tapi ni dah main beratus-ratus dah.



What the hell is shisha?
Sebenarnya, shisha ni ada banyak di jual kat kedai-kedai makan yang tidak berstatus restoran. Kalau kat Kuantan, yang dekat rumah aku, shisha mesti hanya di jual kat warung. Nak cari shisha kat restoran agak susah (mungkin kat kuantan sahaja). Shisha ni kiranya macam ganja arab lah bentuk dia. Dah macam bong dah panjang dia. Menggunakan arang tembakau sebagai bahan bakar dan macam-macam perasa.





Nama lain bagi shisha adalah hookah, sheesha, shisa, okka, kalyan, ghelyoon dan ghelyan. 

Kenapa shisha best dan sedap? 
Dari apa yang aku tengok lah kan, ramai suka shisha sebab shisha ada asap banyak. Macam feel je sedut, then hembus. Sekali hebus, berkepul-kepol asap keluar. Dah macam asap fogging bunuh nyamuk denggi dari rumah ke rumah dah. Memang perh. Memang stylo. Lagi satu, shisha ni ada banyak jenis perasa. Ada perisa anggur, epal, watermelon, strawberry. Dan yang bestnya, kebanyakkan perisa adalah mints. Kira macam hisap Dunhill menthol lah kononya. Dan perisa boleh di campur-campur.


Pastu, biasanya, yang pergi shisha ni akan pergi ramai-ramai. Dieorang akan share-share satu shisha tu ramai-ramai. Satu shisha boleh adalah dalam 12-15 ringgit. Oh, ya satu session shisha, boleh cecah satu jam. So, memang jauh lagi lama lah dari rokok. Memang puas.



Satu lagi sebab shisha tu sedap adalah sebab shisha bahaya untuk kesihatan. Biasalah, benda-benda bahaya memang sedap kan?



Kenapa shisha bahaya untuk kesihatan?

Shisha menggunakan tembakau yang di peram. Which is lagi bahaya. Dan juga arang. Arang adalah antara benda yang boleh trigger cancers. Sama macam makanan yang korang tak reti masak lah. Korang masak ayam, pastu hangus hitam. Korang makan juga hangus tu tanpa korang tahu yang hangus tu adalah amat berbahaya untuk diri anda yang boleh trigger cancers. Bab-bab tak pandai memasak ni mesti perempuan.

Macam rokok juga, shisha pun ada toksin yang tertentu. Dan air dalam shisha tak boleh tapis toksin-toksin yang ada.

Asap shisha memang banyak. Memang cool kalau tengok. Kalau semua hisap masa tengah malam yang hening dan sejuk, memang dah boleh berangan duduk di tempat sejuk dan asap tu dah boleh jadi macam kabus dah. Serious asap shisha banyak gila. Tapi asap shisha ada banyak benda-benda yang sedap yang ramai tak tahu. Contohnya, tar, carbon oxide, zink, nikotin dan carcinogen. Ya, carcinogen antara bahan yang paling sedap sebab dia boleh trigger sel kanser.

Penyakit yang boleh di hidapi oleh kaki shisha
Macam yang aku cakap kat atas-atas tadi, penyakit yang korang paling tak nak kena adalah kanser. Then bagi lelaki, penyakit yang korang memang tak nak kena adalah kemandulan dan kegagalan 'barang' (Denver) anda untuk berfungsi. Memang tak payah jadi lelaki lah kalau Denver korang tak berfungsi.



Penyakit lain adalah sakit jantung dan stroke. Semuanya di sebabkan nicotine. Dan penyakit lain adalah emphysema yang boleh membawak kepada pneumonia yang bila dah sampai satu tahap, korang tak boleh di ubati dan hanya hidup menggunakan tiub udara di sebabkan masalah di dalam paru-paru dalam kes nak terima oksigen.




Dan satu lagi, kes sharing is caring. Kalau korang hisap shisha kat kedai-kedai, agak-agak, dia basuh cuci-cuci tak pipe penyedut shisha tu?

So, bagi yang kata hisap shisha sebab tak nak hisap rokok yang rokok tu lagi bahaya, memang silap. Macam yang aku cakap tadi, shisha adalah 400 kali ganda lagi bahaya dari rokok biasa. So, aku tak faham, mana datangnya isu hisap shisha lagi menyihatkan.

Jangan hisap shisha, jangan hisap rokok. Banyak lagi benda sedap yang korang boleh hisap. Choki-choki misalnya.


Sekian.

p/s: aku tatau betol ka dak apa aku taip kat entry nih. kalo dari apa aku baca tu betoi. kira betoi la. kalo salah. kira korang pon kene mohong gak la. :p

Selasa, 21 Disember 2010

Bilik rahsia WikiLeaks


Bilik bawah tanah yang menempatkan pelayan-pelayan komputer milik pengasas laman web Wikileaks, Julian Assange (gambar) umpama set filem James Bond, lapor sebuah akhbar semalam. Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia. Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit. 
Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin. Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams..
PINTU masuk ke bilik bawah tanah laman 
WikiLeaks di Stockholm, Sweden.

Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm. Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal. Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air terjun buatan. Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan. Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa. Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam. 


Sumber: Kosmo! Online
p/s: teringin gak nak pi tgk kat dalam tu.

Jumaat, 10 Disember 2010

Wireless Haram

Huhh! seminggu lebeyh noh aku tak update blog aku nih dengan entry² tak dak faedah. HAHA!. al-maklum lah lepas masok study balek ni. busy sket dengan kerja² yang berfaedah mahupun tak berfaedah. Start klas awai pagi pukoi 8. Balek plak pukoi 5 lebeyh dah plus pi makan minum lepak suma jadah² tu. sampai ja time to sleep. so tak sempat la nak update blog nih.

at No **, Taman **** Utama

So dah aku ada masa nak update and bukak laptop ni untuk taip entry baru. baru la aku post entry-entry baru dari semasa ke semasa. Bukan aku tak mau update. tapi sifat ke'malas'an untuk taip entry² baru yang menjadi penghalang terbesar untuk aku. Nak kata tadak laptop. bukan nak riak ok? ofcoz aku ada, dah setaon lebeyh dah. 

So, bukan penghalang bout laptop. 2nd, nak kata aku tadak internet? bukan tadak. ADA!. kedua-dua umah aku ada internet. umah family kat peghelih ada, kat umah sewa aku pon ada. tenet kat umah sewa bukan aku @ memba2 aku bubuh streamyx or p1 wimax. tapi ntah jiran mana tah baek hati sangat bagi kami guna sama. Bukan ada satu ja wireless yang open kat situ. Tapi sampai EMPAT. Fuh!! memang sporting ar jiran² kat taman tuh. double *tumb up* ar aku bagi kat depa tuh. Macam-macam nama wireless ada. TP-Link, aimin, Huat, dengan WTF!!! apa tah  lepaih tuh. Lupa dah. >.<


Untung gak kalo banyak ja wireless sebab. Time pagi ada ja online. tengah hari ada gak, petang ada gak. malam-malam ada gak. Kira 24 jam la mesti ada yang online. Kadang-kadang sampai ke-empat-empat tu yang online at the same time. HAHA!! Nih baru pak najib kata 1 Malaysia 1 MALAYSIA. Tak berkira langsong!. Keh3x!! sebab tu memba aku dok nampak ja aku online 24 jam. Awal-awal masok umah sewa baru ni dah dapat dah hadiah wireless ciplak haram. Semoga aku tak leka dalam menimba ilmu. Amin. Doa kan aku yea kawan².



Sekian.


p/s: Kepada tuan wireless yang budiman, jangan bubuh password noh kat wireless² tuh. Nanti kami tak buleh online fesbuk dengan buat assingment update blog. =p

Khamis, 2 Disember 2010

Kisah Rumah Baru

Tak sampai seminggu aku rasa tinggal blog neh untuk di'update'kan. Ermm part mana nak start neh sebab banyak sangat nak habaq dalam entry kali neh. Baru 4 hari lebeyh kurang tak update. Macam² ceta keluaq kat paper. Ok! ceta bout semalam sudah la yeah? Smlm Malaysia kena bantai dengan Indon sampai 5-1. Bukan takat kena bantai tapi kena titik, ganyang, belasah semua ada. Erk!! memang betol² diorunk ganyang nih. Memang tak buleh dinafikan dah dalam bab ni TAPI dalam bola sahaja ok?. Be profesional. It ok yang tu kita kalah tp ada lagi yang kita menang. pikiaq² la noh. 


++++++++++++++++++++++++++++

Kemarin dulu (hari selasa) aku dah gerak pi rumah baru aku. EKEKE! stylo. kiri kanan rumah family. same² jah dgn umah sewa dulu.(bkn ada niat jahat). rumah belah kanan tu ada anak dara. bleyh tahan la dia punya lawa. Ok! bukan tu matlamat aku pi sewa kat situ k? Aku nak pi study!! bukan ngorat.

HAHA! sebenaqnya saja ja aku tamo nak update blog ni. Bukan tadak masa and busy gila² sampai nak update pon tadak masa tp juz segan nak bukak blog and taip entry baru neh. Sebab tu dah aku balek umah ni, kira free la sket dengan aktiviti with frend kat umah sewa tuh. 

(nunt aku upload pic)

Bout umah sewa plak. Ermm aku dah cari and jumpa dah lama dah. dalam 2 minggu lepas kot. time tu aku dengan 3 ekoq lagi membe nih set time pi cari untuk nak stay time semester 5 nih. Plan tu nak dok ja kat umah lama tapi. ada budak² junior plak yang sem lepas still stay kat situ, so tak leyh ar nak port umah tu lg. Tapi tak pa, kami cari yang laen, nak merasa dok kat tempat laen plak dari yang dulu tu. Cari punya cari jumpa la pakcik sorang nih. Dia ni kira ejen la umah sewa kat jitra tuh. kalo tak silap aku dia conquer dalam 45 bijik rumah kot. gila!! byk duh! bia kan. tu rezeki dia. 

It ok. sambong kat mana tah tadi. Haa..

Dah jumpa pakcik tuh. naseb la ada umah sebuah ni. Umah nie sebenaq nya ada budak² pompuan dok port nak sewa jugak. tapi pakcik tu kata kalo ampa bayaq advance dulu, pakcik kira jadi la.  Sebelom pi jumpa pakcik tu kami ada col dulu then dia bg alamat umah tu suroh pi tgk. So, kira kami dah usha la. Tapi kat luaq ja, dalam tak leh sebab kunci. Dalam ati kami nih memang comfirm arh nak ambik sebab masa dah suntuk and aku dapat tau, umah² sewa belah jitra dah abih! gila ampa. kalo tadak umah, kami nak pi dok mana? tepi pintu pagaq poli aku tu? bawah tangga? masjid? sorry!! kami bukan merempat.ok? Pastu dah deal ngan pakcik tu kami bagi la seratus untuk pegang janji @ advance nak ambik umah tu. and ari jumaat(minggu lepas) kami kena bayaq 500 lagi untuk advance. Temasok api and ayaq. 

Ada gak part kami tak puas ati ngan orang tua nih. Sebab? Membe aku silap cakap kata sebelom ni kami dok kat umah lama tu. bayaq mahai lagi. kira dia silap la letak harga murah la. orang tua nih tak la tunjuk sangat kata tak puas ati, tapi dari reaksi dia, aku dah leh agak dia tak puas ati. bukan aku sorang, memba² aku pon perasan gak. Sori yea pakcik. Ok! peduli apa dia puas ka dak. Janji kami dah bayaq and dah deal kira jadi. Hari jumaat kami bayaq Rm500. So, settle!!!

Sekian.
                                                                                                                                      ƦιʍβA βAƦα crEw



p/s: aku dengan membe aku tak larat nak tanya balek apa pakcik tu cakap. sbb? kami tak paham pakcik cakap. kalo tak silap aku lidah pendek. sori pakcik. jangan naek kan sewa  umah noh. =p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...